BAB 22

Humor Completed 774

“SEDAP jugak ek makanan dekat sini. Air pun manis je. Macam awak.” Puji
Andy. Alexandra hanya diam.

“Awak..” panggil Andy.

“Nak apa?” soal Alexandra .

“Awak sayang saya tak?” soal Andy pula.

“Tak.”

“Jawab la jujur.”

“Jujur la ni. Serius aku tak sayang. Degil la kau ni,” marah Alexandra
lagi. Andy tergelak. Kali ini tawanya kedengaran berbeza. Seolah-olah
tawa yang dibuat-buat.

“Kalau saya kahwin lain?” Andy menyoal lagi. Alexandra mengangkat sebelah
keningnya.

“So? Ada aku kisah ke?” Andy tersenyum nipis.

“Mananya awak pernah kisah fasal saya. Kalau saya kena campak kat laut,
kena makan dengan jerung pun belum tentu awak kisah. Kan?” perlahan Andy
menuturkan, nasi disua ke dalam mulut.

Hati Alexandra bergetar tiba-tiba. Mengapa Andy berkata begitu?
Mungkinkah Andy sakit hati dengan tingkah laku aku selama ini? Alexandra
berteka teki dengan hatinya sendiri.

“Tahu tak apa.” Jawab Alexandra . Kemudian mereka berdua diam. Seolah-olah
tiada topik untuk dibualkan.

“Awak…” panggil Andy setelah lama berdiam diri.

“Nak apa? Kau ni. Rimaslah aku..”

“Untuk sesaat dalam hidup saya. Bilalah boleh saya dengar awak panggil
saya abang ek?” kata Andy. Wajahnya tampak kelam.

“Huh? Mungkin lepas kau mati kut,” ujar Alexandra dengan nada bergurau.

“Macam suka je kalau saya mati.” Kata Andy.

“Sikit kut.” Kata Alexandra lagi. Andy senyum sahaja.

“Saya nak cakap..”

“Cakap je la.”

“Cinta saya mungkin tak seharum perfume Escada yang selalu awak pakai
tu.. Mungkin juga tak seperti wangian Bvlgari yang selalu awak
agung-agungkan. Tapi percayalah.. Saya ikhlas mencintai awak. Kalau nak
dibuktikan cinta saya sekalipun, terlalu sulit dan sukar.. Hum tumhe
pyar karte hae.. I really meant it.” Dengan satu nafas Andy menuturkan.
Alexandra menahan gelak.

“Sejak bila kau tengok cerita Hindustan ni? Lawak la..” ujar Alexandra .

“Saya serius ni awak..” wajah Andy serius. Alexandra tergelak lagi.

“Malas aku layan kau. Aku nak pergi toilet kejap.” Alexandra meminta
diri. Andy mengeluh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience