BAB 11

Humor Completed 774

FATIHAH menarik lengan Alexandra dengan kuat, memasuki sebuah butik
pakaian yang berjenama di pusat beli belah itu. Alexandra hanya menurut.
Mujurlah dia juga seperti Fatihah, jika tidak pasti Fatihah akan berasa
bosan sepanjang keluar bersamanya. Fikir Alexandra .

“Tak penat ke?” soal Alexandra .

Fatihah menggeleng. Mana taknya, masuk ini sahaja sudah berapa kali
Fatihah singgah minum. Sebab itulah tidak terasa penat.

Nampak sahaja restoran, mereka akan berhenti. Nampak sahaja kafe
minuman, mereka berhenti. Sehinggakan perut Alexandra terasa senak hari
ini. Terlalu banyak makanan yang dimakannya hari ini.

Sepatutnya hari ini Alexandra tidak dibenarkan untuk menyentuh nasi
mengikut apa yang telah dijadualkan oleh dirinya sendiri. Tidak sangka
pula hari ini dia telah tergoda dengan ajakan Fatihah untuk menjamah
nasi. Bukan sekali, tapi dua kali!

Sepasang mata Alexandra mengecil tatkala melihat seorang lelaki yang
turut berada di dalam butik tersebut. Hatinya terbakar tiba-tiba.
Sungguh tak disangka! Ini rupanya yang kau balas dekat aku! Kutuk
Alexandra di dalam hati.

Air minuman Chocolate Latte masih berada dalam genggaman tangan, kakinya
laju mengorak langkah mendekati lelaki tersebut. Dengan segera dia
menuang air minuman yang dipegangnya itu ke baju lelaki itu. Rasakan kau!

“Damn it! Kau apasal hah!” maki lelaki itu. Alexandra berlagak selamba.

“Eh mamat.. Agak-agaklah. Kau dah kaut duit aku, lepas tu kau boleh
laburkan duit kau dengan minah ni?” Alexandra menuding jarinya pada
wanita yang berada dalam pelukan lelaki itu.

“Itu hak aku. Dah jadi milik aku. Bukan masalah kau,” tengking lelaki
itu lagi. Fatihah yang sedang asyik memilih pakaian tiba-tiba sahaja
tersentak. Dari jauh dia memerhatikan Alexandra yang berdiri bagaikan
mahu menumbuk lelaki di hadapannya.

Tunggu sekejap! Lelaki tu! Teman lelaki Alexandra ! Teman lelaki Alexandra
yang sombong itu! benarlah! Itulah dia! Hati Fatihah menjerit-jerit.

Lelaki itu memandang Alexandra dengan tajam. Mereka menjadi perhatian
umum kini. Semua yang berada di dalam butik tersebut terjeda seketika,
memerhatikan ‘drama swasta’ yang berlaku secara spontan dan tanpa skrip itu.

“Kau dengar sini eh Que. Mula hari ni.. Kita putus!” jerkah lelaki itu.
Alexandra membuat memek muka tanda mengejek.

“Ada aku kisah ke Jack? Kau tu aje yang tak boleh hidup tanpa aku sebab
kerja kau tu mengikis harta perempuan aje. Dasar pisau cukur..” jawab
Alexandra dengan suara yang kuat. Wajah lelaki itu sudah berbahang,
terasa malu dengan kata-kata Alexandra itu.

Segera Jack dan teman wanita barunya itu berlalu keluar dari butik
tersebut. Baju yang mahu dibeli diletak begitu sahaja. Alexandra
tersenyum puas. Di sebalik kegembiraan itu, terdetik juga perasaan sedih
dalam dirinya.

Alexandra merasakan dirinya dipermainkan. Patutlah selama ini Jack banyak
memberi alasan untuk keluar bersama-sama. Sungguh menyakitkan hati!
memang semua lelaki begitu ke? Hati Alexandra menjerit. Masuk kali ini,
sudah tiga kali dia gagal dalam percintaan!

Melihat kekerutan pada wajah sepupunya itu, Fatihah memeluk bahu
sepupunya itu dan berlalu keluar dari butik berkenaan. All she needs is
a cool drink. Getus hati Fatihah. Risau dia melihat keadaan Alexandra
yang tampak berpura-pura mengukir senyuman itu.

Fatihah sendiri faham dengan keadaan yang menimpa Alexandra ini. Perkara
seperti ini memang selalu berlaku. Oleh sebab itulah seseorang pasangan
itu harus mengenali hati budi pasangannya sebelum menjalinkan hubungan
cinta.

Jika cinta dinilai dari faktor rupa, beginilah jadinya. Alexandra learnt
from her lesson. Mereka berdua berhenti di sebuah kafe minuman yang
berdekatan dengan butik tersebut. Alexandra memegang kepalanya. Terasa
ingin sahaja dia menghentak kepalanya itu ke atas meja. Dia menyesali
dengan apa yang pernah berlaku

“Faty.. Bodoh sangat ke aku?” Alexandra menyoal sepupunya itu. fatihah
menggeleng.

“Tak. Kenapa kau tanya ni?”

“Aku bodoh sebab percayakan dia! Aku bodoh sebab belanjakan duit aku
dekat dia. Aku tak tahu yang dia sebenarnya cintakan duit aku aje. Bukan
aku!” Alexandra merintih, airmatanya gugur. Fatihah mengeluarkan tisu
yang disimpannya di dalam beg, laju sahaja dia menyeka airmata sepupunya
itu.

“Sabar Que.. Anggap semua ni dugaan. Lepas ni kau kena lebih
berhati-hati. belajar mengenali hati budinya dulu.” Fatihah memberikan
nasihat. Alexandra merasa sebak.

“Aku serik nak bercinta Faty. Aku tak percaya pada lelaki. Aku benci!”
ujar Alexandra lagi. Fatihah menggosok-gosok bahu Alexandra dengan perlahan.

“Jangan cakap macam tu Que. Kau kena tahu yang setiap manusia di muka
bumi ni perlu berkahwin. Kahwin itu tuntutan agama. Macam mana kalau kau
nak kahwin tapi kau tak percaya pada lelaki? Sedangkan lelaki itu perlu
untuk kita mendirikan rumahtangga. Persepi kau salah Que. Tak semua
lelaki tu jahat. Ada juga yang baik. Cuma aku minta kau ubahlah cara kau
menilai seseorang tu. Kau jangan nilai luarannya Que. Kau kena pastikan
dia benar-benar sukakan kau. Aku tak nak tengok lagi kau macam ni,”
panjang lebar Fatihah berkata. Alexandra hanya mendiamkan dirinya. Betul
juga apa yang dikatakan tadi itu.

Perbualan mereka terhenti saat pelayan membawa dua gelas minuman miik
mereka berdua. Setelah menghirup air minumannya Alexandra kembali
memandang wajah Fatihah.

“Pendapat kau sekarang ni apa?” soal Alexandra .

“Forget about loves. It will invite you, soon. Kau kena bersabar.” Saran
Fatihah. Alexandra mengangguk. Sudahlah, selepas ini dia tidak mahu
membebankan kepalanya dengan cinta. Biarlah cinta itu datang sendiri,
ikhlas dari hati.

Why is love so complicated! I hate it that he can’t seem to understand
what I feel. He melts my heart and now he left me? Awesome! Suara hati
Alexandra berbunyi lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience