BAB 15

Humor Completed 774

SEMUA yang berada di meja makan memandang Alexandra dan Fatihah yang
turun agak lewat untuk makan malam. Mereka berdua menjadi perhatian
berpasang mata yang ada di ruang makan.

Dahi Alexandra berkerut. Semua yang ada kat meja ni macam tak nak makan
makanan yang terhidang, semuanya nampak macam nak makan aku je! Gumam
Alexandra di dalam hati.

Sebaik sahaja melabuhkan punggungya di atas kerusi makan yang diimport
dari luar negara itu, Alexandra mengukir senyuman plastik.

“Kenapa semua tengok orang ni?” soal Alexandra .

“Awalnya turun?” sindir Tengku Qhasha. Alexandra mencebik. Jam di
tangannya dikerling sekilas. Setahunya, dia lewat turun tidak sampai
sepuluh minit. Itupun salah ke? Bukannya aku lakukan jenayah besar pun!
Rungut Alexandra .

“Tadi cari barang yang hilang,” Alexandra memberi alasan. Fatihah
langsung tak berkata apa-apa. Seeloknya dia mengambil langkah berdiam
diri, ini urusan keluarga Alexandra .

“Sudahlah tu.. Qayyum, baca doa..” arah Tengku Zila. Meleraikan
pertengkaran antara anak lelakinya itu dan anak perempuannya. Jika tidak
dilerai, nescaya akan berlarutan.

Usai sahaja doa dibaca, masing-masing diam menjamu selera. Seketika
kemudian Tengku Zila bersuara lagi.

“ Xandra . Dengar sini apa yang bonda nak cakap.” Tegas sekali nada Tengku
Zila. Dahi Alexandra berkerut. Kedengaran serius sahaja nada yang
dituturkan oleh bondanya itu.

“Apa dia bonda?” soal Alexandra .

“Lagi enam bulan, bonda nak adakan majlis perkahwinan Xandra .” Lancar
sahaja Tengku Zila berkata. Hampir sahaja Alexandra tersedak. Kahwin?
Dengan siapa? Dia baru sahaja memutuskan hubungannya dengan Jack!

“Are you kidding bonda?” anak mata Alexandra tajam memandang bondanya
itu. Raut wajah Tengku Zila serius. Pantas Tengku Zila menggeleng.

“Bonda has no time to make a joke.” Ujar Tengku Zila lagi, ibu tunggal
yang lembut, tetapi tegas. Tidak hairanlah semua anak-anaknya tidak
berani angkat muka jika Tengku Zila bersuara.

“Bonda, orang tak ada calon lagi. Orang baru je putus!” bantah Alexandra .
Gila ke apa mahu mencari calon suami dalam waktu enam bulan? Tengku Zila
tersenyum nipis.

“Ada bonda suruh kamu cari calon ke? Bonda dah ada calon.” Kata Tengku
Zila. Qayyum, Qhasha, Qaniah hanya diam membisu mendengar bondanya
berbicara. Tidak pula mereka menyampuk. Anak mata Alexandra membulat.

What? Calon sendiri? Bonda nak tetapkan siapa calon suami aku? No way!
For sure nanti rumahtangga tak bahagia! Rungut Alexandra di dalam hati.

“Tak naklah bonda,” kata Alexandra . Qayyum menelan liur. Berani benar
kakaknya itu membantah kata-kata bondanya. Tengku Zila menjegilkan matanya.

“Bonda dah arrange semuanya. Whether you like it or not, you have to
follow on what I have planned. Titik!” arah Tengku Zila. Alexandra
mendengus kasar, meja makan terus ditinggal, hanya sedikit sahaja
makanan yang dijamah. Fatihah terpinga-pinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience