BAB 32

Humor Completed 772

Alexandra berasa ralat. Dia menyesal dengan segala tindakannya dahulu.
Dia tidak pernah menghargai Andy saat Andy masih ada. Dan kini, saat
Andy tiada. Barulah dia merasa kehilangan. Benar-benar kehilangan.

‘Cinta abang ibarat pelita di malam hari, menerangi hati saya yang
sunyi.. Kelam tanpa bintang, bulan pun bersembunyi di balik awan.
Hembusan nafas abang menenangkan jiwa saya. Tapi.. Semua tu sudah tak
ada lagi..

Di manakan saya cari pengganti. Sesuci cinta abang semurni hati abang..
Adakah kita bakal bertemu lagi di alam sana? Saya tetap cintakan abang
walaupun saya tidak berada bersama-sama dengan abang.’ Suara hati
Alexandra berbisik.

Laci almari suaminya itu dibuka. Dia tidak sempat untuk memberitahu Andy
tentang berita gembira untuk mereka berdua. Suka dan duka. Alexandra
hamil dua bulan. Tapi apalah ertinya jika Andy tiada disisi?

Buku nota yang berada di dalam laci tersebut dikeluarkan. Terdapat
beberapa contengan Andy yang begitu kreatif di atas kertas putih itu.
Lakaran wajah Alexandra turut ada. Hati Alexandra dipagut rasa sayu.
Sungguh dia merasakan ilalang yang berpendaran turut sama-sama
mengiringi sebak di dadanya.

Alexandra tanpa membuang masa mencapai netbooknya dan segera menekan ikon
Mozilla Firefox. Alamat yang ditulis di dalam buku conteng tersebut
ditaip. Tidak sabar hatinya ingin mengetahui apa yang ada di dalam blog itu.

Sejurus sahaja membuka blog tersebut, hati Alexandra menjadi sayu. Baris
kata Andy membuatkan dirinya menjadi lemah. Lagu yang menjadi background
blog ini membuatkan hati Alexandra menjadi sayu. Lagu dendangan Samsons
yang bertajuk Luluh seakan-akan sama benar dengan jiwanya kini.

Untuk Alexandra ..

Awak..awak nak tahu tak , walau macam mana pun awak tak suka saya tapi
saya tetap suka awak sebab awak permata hati saya.. Lagi satukan , walau
mcm mana pun awak benci saya tapi saya tetap sayang awak sangat-sangat
sebab teman hidup saya!

Lagi kan awak.. Walau macam mana sekali kita gaduh pun kan , saya tetap
takkan ambil hati sebab saya tak nak hubungan saya dengan awak hancur.

Awak.. Awak kalau awak sedih awak sebutlah nama saya ya awak? Sebab saya
selalu doa yg awak akan sentiasa bahagia ,ni ada lagi ni awak..Kalau
saya matikan awak ..Awak jangan nangis ya. Nanti orang ejek awak cengeng. ;p

Awak nak tahu kenapa saya tak suruh awak nangis? Sebab Allah dah
takdirkan mungkin sampai sini je hubungan kita ni tau , sebab kalau awak
nangis..Saya pun sedih sebab saya susah la bila tengok awak bersedih.
Saya tak nak tengok airmata awak tu jatuh. Mahal tu. Macam minyak wangi
Escada dengan Bvlgari awak kan? Description: ;)

Last skali kan awak kan , saya tulis ni sebab nak blog ni tau satu saja
awak , kalau la Allah izinkan saya dengan awak kekal hubungan kita ni
awak kan , saya nak cakap yang saya sayang sangat-sangat kat awak.

Nanti masa saya dah tak ada kat bumi ni kan awak.. Awak simpan la ayat
ni kalau awak nak.. Sebab saya takut yang Allah akan tarik balik nyawa
dan hubungan kita ni awak , terima kasih awak sebab sudi jadi teman
hidup saya ya.. Saya sayang awak.. Tu je saya nak awak tahu.

Saya nak awak tahu jugak, saya akan tetap mencintai awak.. Walau ke
planet Neptun awak pergi, walau saya ada di Bumi, saya akan setia
menanti. Biarkan saya terbang di luar lingkup kawasan graviti, asal hati
saya dan hati awak bersatu. Seperti intimnya matahari dan bulan. Seperti
akrabnya bintang dan awan..

Alexandra tidak dapat membendung perasaan sedihnya. Airmatanya jatuh
berguguran bagaikan hujan. Di dalam bilik ini, dia dapat menghidu aroma
wangian yang sering Andy gunakan. Polo Black. Wangian tersebut menusuk
hidungnya.

Seakan-akan Andy ada berkeliaran di sekelilingnya. Alexandra menyeka
airmatanya. Perkara yang lalu usah dikenang.. Selalunya Andy akan
mengusiknya dengan pelbagai kata-kata yang lucu dan sindiran. But those
days were gone..

‘Cinta Andy akan aku bawa walau aku harus bergadai nyawa. Biar
halilintar membelah bumi, biar aku dipanah petir, biar aku tercampak ke
gunung berapi. insyaAllah, aku akan setia padanya.’

Alexandra memegang perutnya.

“Mama akan jaga anak mama, inilah satu-satunya harta yang papa
tinggalkan pada mama.” Alexandra memeluk baju yang sering dipakai oleh
Andy. Hatinya mengumam.

Life is so unpredictable, tidak selalunya berakhir dengan ceria.
Alexandra telah belajar dari kesilapan. Hargai orang yang menyayangi kita
saat hayatnya masih ada. Jangan sakiti hatinya. Andai masa mampu
diundur, Alexandra mahu memperbaiki dirinya. Tetapi semua itu telah
terlambat.

Biarlah aku hidup dengan memori yang baru. Memori bersama dengan Andy
akan aku sisipkan kemas di dalam diari hidupku. Tapi ini janjiku, aku
akan jaga anakku hingga dewasa. Biar dia sempurna, seperti papanya juga.
Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan pada aku.. Amin..

Alexandra melelapkan matanya, kini dia beralih ke alam mimpi. Semoga
sahaja dia bertemu dengan Andy di dalam mimpi nanti. Mudah-mudahan. Bagi
Alexandra , cinta Andy tiada tolok tandingan. Jika Shah Jehan mendirikan
Taj Mahal buat Mumtaznya, Andy lebih besar dan agung cintanya. I love
you, Andy..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience