BAB 26

Humor Completed 772

‘DIA ingat dia bagus sangat ke? Ingat aku kisah sangat ke dia marah aku
macam tu? Husband aku? Ada aku kisah?’ dengus Alexandra dengan wajah
masam yang mencuka. Bantal yang berada di tangan di tumbuk-tumbuk.
Eiiii!! Geram!

Lamunannya terhenti tiba-tiba apabila loceng rumahnya berbunyi. Alexandra
menyelak langsir. Gulp! Bonda! Apa kerja bonda datang sini pagi-pagi?
Soal Alexandra dengan muncung yang panjang.

Rumahnya yang berselerakan itu segera dikemas. Itu tidak penting.. Apa
yang penting sekarang, dia harus berbaik-baik dengan Andy di hadapan
bonda! baru sebentar tadi dia bertegang lidah dengan suaminya itu.
Suami? Heh….

Pintu rumah dibuka, Alexandra mengukir senyuman plastik. Wajah Tengku
Zila berseri-seri pagi ini. Mungkin paginya terasa ceria. Apatah lagi
dapat bertemu dengan anak perempuannya itu. sudah hampir sebulan Tengku
Zila tidak berjumpa dengan anak perempuannya itu.

Alexandra menunduk, menyalam bondanya dengan hormat. Tengku Zila
tersenyum. Senang hatinya melihat keceriaan Alexandra . Pasti rumahtangga
anak perempuannya itu ceria selalu. Tengku Zila bersyukur.

“Apa angin bonda datang sini pagi-pagi?” soal Alexandra . Tengku Zila
datang sehelai sepinggang. Hanya ditemani oleh Qaniah, adik perempuan
bongsu Alexandra . Pemandu mereka menunggu di luar rumah.

“Engkau ni memang tak nak bonda datang ke apa Xandra ?” tanya Tengku Zila.
Alexandra tersengih.

“Tak adalah.. Bonda ni tiba-tiba je datang. Tak ada angin, tak ada
ribut. Mananya tak terkejut.” Ujar Alexandra . Qaniah ketawa.

“Ke memang kakak tengah romantik-romantik dengan abang Andy?” usik
Qaniah. Alexandra memandang adiknya tajam.

“Jangan mengarut la Qaniah! Kakak cubit pipi tu baru tahu! Tak padan
dengan kecik!” marah Alexandra . Tengku Zila tertawa. Mulut anak
perempuannya yang kecil itu memang petah, ada sahaja perkara yang hendak
dibualkannya.

“Andy mana Que?” tanya Tengku Zila. Anak mata Tengku Zila beralih ke
tempat letak kereta. Kereta Nissan FairLady milik Andy ada di tempat
letak kereta.

“Ada dekat atas..” jawab Alexandra . Tengku Zila mengangguk.

“Andy tak kerja ke hari ni Que?” soal Tengku Zila lagi. Alexandra menjadi
rimas dengan soalan-soalan yang dilontarkan oleh bondanya itu. Alexandra
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Tak kut. Entah..” jawab Alexandra lagi.

“Jadi isteri apa engkau ni Xandra ? Tak ambil tahu langsung?” bebel Tengku
Zila. Alexandra mendengus.

“Manalah orang tahu. Takkan bonda nak suruh orang jaga semuanya. Dari
singlet ke seluar dalam semua?” selamba sahaja Alexandra menjawab.

“Bonda tak ajar Xandra cakap macam tu. Belajar dari mana ni?” pandangan
Tengku Zila tajam, seakan mahu membunuh anak perempuannya itu sahaja.
Alexandra mengeluh.

“Bonda ni nak marah je. Dahlah..” Alexandra berasa bosan. Alat kawalan
jauh televisyen dicapai, lantas televisyen dibuka.

“Pergi panggil Andy. Mama nak cakap dengan dia.” Arah Tengku Zila.
Alexandra mencebik. Baru sahaja dia hendak menonton rancangan televisyen
kegemarannya. Hendak tak hendak terpaksa juga dia mendengar arahan
bondanya itu.

Dengan langkah perlahan, Alexandra menaiki anaktangga. Sejurus berada di
hadapan pintu bilik Andy sahaja, hati Alexandra berbelah bahagi. Tidak
silap dia sudah berazam untuk tidak menjejakkan kaki ke bilik Andy lagi!

Apa aku buat depan pintu bilik dia ni? Alexandra menyoal dirinya sendiri.
Akhirnya Alexandra nekad, pintu bilik Andy ditolak. Alangkah terkejutnya
dia apabila mendapati susuk tubuh Andy yang terbaring tidak sedarkan
diri di hadapan pintu bilik mandi.

Alexandra panik.

“Bonda!!! Abang Andy tak sedarkan diri!” jerit Alexandra dengan kuat.
Hatinya tidak keruan. Sama ada risau atau pun gusar, dia sendiri tidak
pasti. Tapi sekarang dia berasa cemas. Sangat cemas!

Tengku Zila terkocoh-kocoh naik ke atas dengan wajah yang panik. Sama
juga seperti Alexandra . Kepala Andy diangkat sedikit. Ada darah yang
mengalir dari hidungnya.

“ Xandra ! Telefon ambulance sekarang!” arah Tengku Zila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience