BAB 16

Humor Completed 774

SUDAH sejam Tengku Zila menunggu kehadiran Datin Fitrah bersama Andy.
Tengku Zila bersama dengan Alexandra dan juga Fatihah sudah bosan
menunggu. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg, Tengku Zila mendail
nombor telefon Datin Fitrah.

Beberapa minit kemudian, panggilan dijawab. Suara Datin Fitrah
kedengaran di corong telefon.

“Maaf kak Engku. Dah ada depan mall ni.. Tadi jalan sesak.” Kata Datin
Fitrah. Sejurus itu talian dimatikan. Beberapa minit kemudian, Datin
Fitrah terkocoh-kocoh masuk ke dalam restoran Secret Recipe itu.

Mata Alexandra melilau, ke mana pulak anak mak cik ni? Tadi bonda beria
benar suruh aku jumpa dengan anak mak cik ni. Tapi sekarang tak nampak
pun batang hidungya. Huh! Keluh Alexandra lagi.

Sebaik sahaja Datin Fitrah duduk, Tengku Zila mengarahkan anak
perempuannya dan Fatihah menyalam Datin Fitrah. Datin Fitrah tersenyum
manis.

“Eh, mana anak you?” soal Tengku Zila.

“Dia pergi toilet kejap.” Serentak dengan itu Tengku Zila, Fatihah dan
Alexandra mengangguk. Sejujurnya Alexandra lah orang yang paling tidak
sabar. Dia ingin tahu bagaimana rupa lelaki yang mahu bonda jodohkan
bersamanya itu.

Hensem sangatkah? Sehinggakan bonda sibuk benar memaksa dirinya
berkahwin dengan lelaki itu atas faktor perjanjian keluarga. Nonsense!

Sedang asyik Datin Fitrah dan Tengku Zila berbual, dan ketika itu
Fatihah dan Alexandra hanya sekadar melayan perasaan masing-masing,
tiba-tiba sahaja suara milik seorang lelaki menegur mereka berempat.
Alexandra tersentak.

Bau ini! Inilah bau yang dia sukakan di Donut Perfume House itu! bau
yang sangat memikat jiwa perempuannya. Dengan segera Alexandra mengangkat
muka. Alangkah terkejutnya dia pabila melihat wajah lelaki itu.

“Engkau.. Eh.. Awak?” tegur Alexandra .

“Cik?” tegur Andy pula. Fatihah yang sedang ralit mendengar lagu di
iPodnya tidak dapat mendengar langsung perbualan antara Alexandra dan
juga Andy. Bahu Fatihah disentuh oleh Alexandra , segera Fatihah bangun.

Buat kali kedua, Fatihah terkejut bukan kepalang! This have gone so far!
Tak mungkin boleh terjadi! Ni semua kebetulan! Suara hati Fatihah
merintih. Sungguh.. dia merindui wajah itu!

“Andy.. Ni anak auntie, Alexandra Batrisya. Boleh panggil Que, Xandra ,
Isya. Depends on Andy la. Andy nak panggil dia sayang pun boleh,” usik
Tengku Zila. Wajah Alexandra sudah membahang.

“Ni la dia Andy.. Farish Hazzwandy. ” Tengku Zila memperkenalkan
Alexandra kepada Andy. Pandangan mata Alexandra dan Fatihah masih lagi
melekat pada wajah Andy.

“Awak?” tegur Andy. Mereka berdua terus tersedar.

“Duduklah.” Arah Datin Fitrah kepada anaknya itu. andy menurut sahaja.

“So.. Agenda kita nak perkenalkan dua orang bakal pengantin ni.” Kata
Tengku Zila. Datin Fitrah mengangguk. Seketika hati Fatihah pula luluh
pabila mendengar ibu saudaranya itu berkata begitu. Sakit benar hatinya.
Arghhh!

Sepanjang perbincangan, Alexandra mencuri cium bau wangian Polo Black.
Sungguh bau itu membuatkan Alexandra rasa tenang. Alexandra hanya sukakan
baunya sahaja, bukan orangnya!

Huh! Mahal lagi perfume Escada dengan Bvlgari aku! Rungut Alexandra ,
hatinya masih tidak mahu mengalah. Seperti biasa, dia mahu dirinya
sahaja yang lebih daripada orang lain. Jika dia mendapati orang lain
lebih bagus darinya, dia akan merasa kurang senang.

“ Xandra .. Ni Andy..” Tengku Zila memperkenalkan Andy kepada anak
perempuannya itu. Andy cuma memapar riak hambar dengan senyuman plastik
di bibir. Dia sendiri berasa kekok dengan situasi ini.

Selain hati Andy tidak henti-henti merungut tentang pertemuan ‘kurang
bijak’ ini. Pertemuan yang menemukannya dengan wanita yang menjelingnya
ketika di Donut Perfume House itu. asyik sekali Andy mengelamun,
tiba-tiba sahaja dia terdengar wanita itu bersuara.

“You ni yang kerja dekat kedai perfume baru bukak tu kan? As apa? As a
salesman? Erghh..” sindir Alexandra sembari memusingkan anak matanya
tanda meluat. Tengku Zila mencubit paha kiri anaknya itu. Dia terasa
malu dengan perbuatan Alexandra yang seperti tidak menghormati maruah
orang lain.

Andy tersenyum sinis. Kepalanya didongakkan sedikit. “Ya… Memang saya.
Akak yang masa tu tak jadi nak beli perfumekan?” sindir Andy dengan
seulas senyuman manis. Alexandra mengetap bibir

Tak jadi? Dia ingat aku sengkek sangat ke? Aku boleh beli la! Setakat
perfume murah kat kedai macam tu, sepuluh botol aku boleh beli la!
Dengus suara hati Alexandra . Hatinya membara tiba-tiba pabila melihat
wajah Andy yang tersenyum manis tetapi menyakitkan jiwa itu.

Alexandra akui, senyuman Andy memang menawan dan boleh mengetarkan
jiwanya. Tetapi apa yang paling penting sekarang ialah, hatinya sakit
melihat senyuman itu! kalau itu senyuman yang benar-benar ikhlas, itu
tidak mengapa, tetapi itu hanyalah senyuman menyindir! Argh!

“You guys dah kenal ke?” Fatihah menyampuk. Tengku Zila dan Datin Fitrah
hanya memerhati sedari tadi. Mereka langsung tidak terlintas untuk
menyampuk perbualan anak-anak mereka.

“Faty, ingat tak yang I cakap dengan you hari tu? Tentang mamat yang…”
Alexandra sengaja tidak menghabiskan kata-katanya. Dia mahu menyakitkan
hati Andy. Biar Andy rasa tertekan dengannya. Fatihah hanya mengangguk
dan menundukkan wajahnya.

“Bagus kalau dah kenal, Andy, Xandra … Bonda rasa dah tak susah dah kerja
bonda. Tak begitu Fitrah?” kata Tengku Zila kepada Datin Fitrah. Datin
Fitrah hanya mengangguk dan tersenyum nipis.

Air Mocha yang sudah tinggal separuh itu dihirup sedikit oleh Alexandra .
Sekurang-kurangnya sejuk sedikit hatinya. Bonda ni memang selalu
menyeksa aku! Tak cukup-cukup lagi ke nak aturkan hidup aku? Huh! Dengus
Alexandra di dalam hati.

Sejam kemudian, masing-masing sudah mahu beredar. Segala perbincangan
sudah selesai. Nampaknya kedua-dua pihak telah mencapai kata putus.

Andy hanya berlagak selamba. Sungguh dia tidak kisah langsung dengan
perkahwinan ini. Senang bagi dirinya kerana dia tidak mempunyai sesiapa
di dalam hatinya.

Pintu hatinya belum diketuk, justeru tidak berpenghuni, hanya sepi
dengan sawang. Andy tersenyum meleret. Sebelah matanya dikenyitkan
sedikit ke arah Alexandra . Alexandra menjeling tajam.

“So.. Fitrah, rasanya semua dah settle. Nanti kita buat je list-list
barang. Biar Andy dengan Xandra yang pergi beli semuanya. Macam mana?”
cadang Tengku Zila. Datin Fitrah hanya mengangguk.

“Boleh jugak tu.. Andy? Boleh?” soal Datin Fitrah, memandang anak
lelakinya. Andy hanya mengangguk dan tersenyum.

“Andy tak kisah mama. Kena tanya dengan Risya la..”

“Hello? it’s Que.. Bukan Risya,” laju sahaja Alexandra menyampuk. Andy
tergelak dan menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Sorry, my mistake. Que.. So? Macam mana?” Andy menyoal semula,
keningnya diangkat. Fatihah hanya terlongo.

Tengku Zila dan Datin Fitrah tersenyum-senyum memerhatikan anak mereka
berkomunikasi. Teringat pula mereka pada zaman mereka muda-muda dahulu.
Indahnya kenangan lama. But those days were gone..

“Tak kisah la.. Ikut je. Dah bonda suruh ikut. Ingat saya nak ikut
sangat?” kata Alexandra perlahan, namun kata-katanya itu sudah mampu
didengari oleh Tengku Zila yang berada hanya berapa inci darinya. Tengku
Zila menjegilkan matanya.

“Fine.. Pick me up pukul lapan pagi. Minggu depan, ahad.” Alexandra
mengarahkan.

“Awak tak pandai bawak kereta ke? Kenapa tak pergi sendiri je? Saya
tunggu awak dekat mall.” Kata Andy. Alexandra mengetap bibir. Hampeh
punya mamat! Ni bukan date namanya kalau masing-masing keluar sendiri!
rungut Alexandra .

Tengku Zila dan Puan Fitrah sekali lagi membisu. Entah buat kali ke
berapa, Fatihah menjadi Tugu Negara, dia hanya tercongok di situ
memerhatikan perbualan antara Alexandra dan Andy yang tampak
sungguh-sungguh melakonkan watak mereka di hadapan keluarga masing-masing.

“Pandai. Saya ada kereta Lamborghini, Bugatti. Awak ada?” sindir
Alexandra sinis. Tengku Zila memandang anaknya dengan tajam, memberi
amaran dengan kata-kata anaknya yang berbaur riak itu.

“Saya manalah berpoket tebal macam awak. Saya salesman je dekat kedai
tu. Sebab tu saya malu nak ambik awak dekat rumah. Saya pakai kereta
lembu. Malu je nanti. Jatuh saham awak,” kata Andy merendah diri.

Puan Fitrah menggeleng-gelengkan kepalanya. Sesi sindir menyindir
nampaknya sudah bermula. Fatihah menahan gelak. Kata-kata Andy itu
kedengaran lucu baginya.

“Sudahlah tu. Nanti Andy ambik Que minggu depan. Andy ingat lagikan
rumah auntie?” soal Tengku Zila. Andy mengangguk.

“Dia pernah datang rumah kita ke bonda?” soal Alexandra kepada Tengku Zila.

“Ya.”

“Okey.”

“See you soon dear,” usik Andy. Alexandra mengetap bibir. Sejurus itu,
kedua-dua keluarga membuka langkah meninggalkan pusat beli belah
tersebut. Andy tersenyum lagi. Kalau dah jodoh, nak buat macam mana?
Terima je.. Lagi pun ni pilihan mama! Visik Andy sendirian. Mindanya
sudah berputar ligat mengatur rencana.

Dia tahu Alexandra tidak menyukainya kerana peristiwa yang lepas.
Benarlah kata orang, kerana mulut badan binasa. Tapi hendak buat
bagaimana lagi? Andy sendiri tidak sedar keterlanjuran kata-katanya itu.

Ahh.. Biarlah.. Lambat laun nanti mesti dia okey. Andy bersangka baik.
Alexandra ! Namanya dah macam lagu yang ditulis oleh Jay Livingston dan
Ray Evans. Que Sera Sera..Whatever Will Be, Will Be! Getus Andy di dalam
hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience