BAB 13

Humor Completed 774

“ASSALAMUALAIKUM,” Alexandra menolak daun pintu dan mengatur langkah
menaiki anak tangga. fatihah hanya mengekori langkah sepupunya yang lesu
itu. Tengku Zila yang sedang memberi ikan peliharaannya makanan di
akuarium memandang anak perempuannya itu sekilas.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Segera Tengku Zila meletakkan makanan
yang dipegangnya tadi di atas meja dan pantas dia berlari anak, mengejar
Alexandra dan Fatihah.

“ Xandra !” panggil Tengku Zila. Alexandra berpaling, anak tangga baru
beberapa tapak dinaiki.

“Apa dia bonda?” soal Alexandra dengan suara yang perlahan. Matanya
kelihatan sembab. Tengku Zila merapati anak perempuannya itu.

Tersentak juga Alexandra memerhatikan bondanya yang tiba-tiba sahaja
berada di rumah. Seingat Alexandra , bondanya itu mempunyai mesyuarat
dengan persatuan wanita hari ini. Bagaimana pula boleh berada di rumah?
Hati Alexandra tertanya-tanya.

“Mata tu kenapa? Xandra menangis ke tadi?” duga Tengku Zila. Alexandra
pantas menggeleng. Masakan dia mahu menceritakan apa yang telah berlaku
di pusat beli belah tadi pada bonda? Ah gila!

Fatihah bijak menukar topik, dengan segera Fatihah memeluk mak cik
saudaranya itu dan menyandarkan bahunya dengan manja.

“Auntie.. Faty terasa nak makan spaghetti bolognese la.. Apa kata auntie
masakkan? Dah lama tak rasa masakan auntie.. Mesti makin meletup.” Puji
Fatihah.

“Nanti dulu Faty. Nak puji auntie pun nanti-nanti la.. Tunggu dulu. Biar
auntie interrogate Xandra ni dulu.” Kata Tengku Zila, tegas nadanya.
Fatihah hanya diam sejurus Tengku Zila berkata begitu.

Alexandra mengeluh. Hish bonda ni.. Dahlah tengah penat.. Takkan nak soal
siasat benda-benda macam ni? Lecehlah… dengus Alexandra di dalam hati.

“ Xandra terpicit sos cili sampai kena kat mata, masa kat KFC tadi, sebab
tu mata Xandra nampak macam lebam sikit. Tak ada benda lain,” Alexandra
memberi alasan. Tengku Zila mengangkat sebelah keningnya, terasa sukar
hatinya untuk mempercayai kata-kata anak perempuannya itu.

“Alasan tak munasabah langsung.” Kata Tengku Zila. Alexandra mengeluh.

“Bonda .. Please la.. Orang penat ni.. Nak tidur.. Nak rehatkan diri..”
keluh Alexandra . Tengku Zila menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Jangan tidur dulu. Bonda ada benda nak bincang dengan kamu berdua,”
tegas sekali nada Tengku Zila. Alexandra menggaru kepalanya yang tidak
gatal sembari mengeluh buat kali kedua. Fatihah hanya diam membisu.

“Yalah.. Kasi orang dengan Faty mandi dulu.” Alexandra memberi alasan.
Tengku Zila hanya mengangguk. Langkah diatur kembali menuju ke akuarium.
Ikan-ikan kesayangannya itu perlu diberi makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience