BAB 17

Humor Completed 772

“KAU tak payah nak pegang tangan aku boleh tak?” tajam sahaja suara
Alexandra . Andy tersenyum manis. Pegangan tangannya dileraikan sedikit.

“Okeylah fine.. Sombong la..” ujar Andy sembari mengenyitkan sebelah
matanya pada Alexandra . Alexandra menjeling langit. Dia sudah muak dengan
kenyitan Andy itu. Sudah basi!

“Tak payah nak mengada-ngada la.. Geli la aku..” kata Alexandra lagi.
Andy pura-pura tidak mendengar lantas menarik tubuh isterinya itu ke
dalam pelukannya.

“Sama ada awak suka atau tak, awak nak jerit ke.. Kita dalam mall. Kalau
awak jerit, awak malu.. Mana awak nak,” bisik Andy pada telinga Alexandra .

Alexandra mengetap bibir. Sungguh sejak seminggu lepas mereka
diijabkabulkan, hatinya terasa sakit sekali dengan tingkahlaku Andy! Ada
sahaja perkara yang mahu dikenakan oleh lelaki itu! Huh!

“Kau ni memang sengaja cari fasal dengan aku kan? Kau jangan cabar aku..
Aku jerit naya je kau..” ugut Alexandra .

“So? Ada saya kisah?” balas Andy dengan senyuman meleret. Tangannya
semakin erat memegang tangan Alexandra . Alexandra semakin bengang. Membara
hatinya. Jika diikutkan kembali, menyesal pula dia menerima pelawaan
Andy untuk ke pusat beli belah.

Jika aku tahu, lebih baik aku duduk di rumah dan layan Fac!
Sekarang ni jiwa aku pulak yang dah terseksa! Argh!! Jerit Alexandra di
dalam hati.

Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke Pelangi Seafood . Andy
mengambil tempat bertentangan dengan Alexandra . Alexandra memalingkan
badannya ke arah lain. Andy menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Awak perasan tak sesuatu?” soal Andy dengan lembut. Alexandra diam.

“Awak perasan tak.. Bila awak marahkan.. Makin saya rasa geram je tengok
awak.. Terasa macam nak cium je awak depan orang ramai ni,” selamba
sahaja Andy berkata. Serta merta Alexandra memandang Andy dengan
pandangan yang tajam. Pandangan yang membunuh!

“Kalau kau betul-betul nak rasa pelempang Johor, cubalah!” bebel Alexandra .

“Tengok tu.. Mulut tak henti nak membebel. Awak jangan.. Awak macam
cabar saya je. Nak saya buat betul-betul ke?” usik Andy lagi, masih
dengan senyumannya yang meleret. Alexandra sudah tidak senang duduk.

Perbualan mereka terbantut seketika saat pelayan restoran tersebut tiba
membuat pesanan. Andy mengangkat muka. Belum sempat Andy membuat
pesanan, Alexandra sudah bersuara.

“Stewed Beef dengan chocolate latte.” Pesan Alexandra . Andy terpempam.

“Macam mana awak boleh tahu apa yang saya nak order ni?”’ soal Andy.
Alexandra memusingkan matanya ke atas.

“Jangan nak perasanlah. Itu makanan aku. Huh!” jawab Alexandra . Andy malu
sendiri. tapi walaubagaimana sekalipun, dia tetap terkejut dengan
makanan yang dipesan oleh Alexandra itu. Sama dengannya!

Pelayan tersebut hanya memerhati sahaja. “Encik nak makan apa?” soal
pelayan itu.

“Tak payah. Dia orang kampung. Mana reti makan benda macam ni,” sindir
Alexandra . Andy senyum sahaja. Bersabarlah Andy. Sabar..

“Hurm.. Bagi saya sambal petai dengan air kosong.” Pinta Andy dengan
selamba. Segera Alexandra memandang Andy. What? Biar betul! Pelayan itu
mengerutkan dahinya.

“Makanan tu tak ada kat sini encik.. Western food je.”

Andy mengerakkan bibirnya, membuat mimik wajah yang melucukan. “Ala..
Saya orang kampung. Mana saya pandai makan western food. Hmm..” ujar
Andy, seketika dia sempat melirik pada Alexandra . Alexandra mengetap bibir.

Sajalah tu nak sindir aku! Bentak Alexandra di dalam hati. Pelayan itu
masih lagi menunggu dengan sabar.

“Bagi saya makanan sama dengan mak cik ni la eh?” pinta Andy dengan
senyuman nakal. Wajah Alexandra sudah membahang. Pelayan tersebut
mengangguk dan tersenyum, sejurus itu berlalu pergi.

“Kau ni!!” Alexandra memandang Andy dengan tajam.

“Saya ni apa? Kacak? Well.. I am. Husband siapakan?” Andy berseloroh.
Alexandra menjeling tajam.

“Tolong jangan masuk lif tekan sendiri boleh tak? Tak sukalah.” Kata
Alexandra , datar sahaja nadanya. Andy sekadar mengangguk.

“Lagi satu..”

“Apa dia sayang?”

“Tambah! Lagi dua!”

“Dua ke.. Tiga ke.. Saya tak kisah,” kata Andy sembari mengangkat keningnya.

“Don’t call me sayang. Lagi satu.. Jangan pakai perfume Polo Black tu
banyak sangat.” Alexandra memberi amaran.

“Kenapa jangan banyak sangat? Kenapa? Awak tergoda ey? Rasa nak peluk
saya ey? Kalau awak malu nak peluk masa saya tengah sedar, awak peluk je
saya masa saya tengah tidur. Saya tak kisah!” usik Andy lagi. Alexandra
memegang dadanya.

“Perfume tu murah. Memalukan je. Mahal lagi Escada dengan Bvlagari aku
tu.” Selamba sahaja Alexandra mengutuk.

“Yalah.. Nanti saya tak pakai lagi. But.. Nak tanya sikit.”

“Tanya apa?”

“Awak ada peluk sayakan semalam? Betul tak?” soal Andy.

“Andy!!!!” Andy tergelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience