BAB 12

Humor Completed 796

Andy hanya diam membisu di dalam kereta. Dia hilang kata-kata. Apa lagi
dia mahu katakan? Gila.. Rancangan gila mama! Huh.. Apalah daya hendak
membantah, memang sedari dulu lagi mamanya itu akan mengatur urusan
hidupnya. Hendak membantah, pasti akan dianggap derhaka. Andy mengeluh.

“Andy tak setuju ke dengan rancangan mama tu?” soal Datin Fitrah. Pantas
Andy memandang wajah mamanya itu yang sedang memandang jalanraya. Andy
tersenyum tawar.

“Tak ada pun. Setuju je..” jawab Andy, nada suaranya mendatar. Datin
Fitrah memandang anak lelakinya sekilas.

“Kalau Andy tak setuju, cakap je dengan mama. Andy jangan simpan dalam
hati. tak elok. Kan mama dah ajar,” Datin Fitrah memberi nasihat. Andy
tersenyum. Dia merasakan dirinya terlalu dimanjakan.

Andy sudah berusia dua puluh sembilan tahun, dan dia juga merupakan
bekas pramugara dan bekas CEO. Tapi Datin Fitrah memintanya untuk
meletak jawatan sebagai pramugara kerana Datin Fitrah bimbangkan
keselamatan anak lelakinya itu. Andy akur dengan arahan mamanya.

Buat kesekian kalinya, dia rasakan dia mahu membantah apa-apa sahaja
tindakan mamanya itu. tidak salah bukan? Sampai bila dia mahu dikawal
oleh mamanya? Dia sudah dewasa, dia mahu belajar berdikari. Susah sangatkah?

“Ma..” Andy bersuara. Datin Fitrah mengangguk.

“Apa dia Andy?” soal Datin Fitrah.

“Andy nak mintak tolong sesuatu kat mama boleh tak?” lirih sahaja
nadanya. Datin Fitrah memandang jalanraya dengan dahi yang berkerut.

“Tolong apa dia?”

“Mama tolong jangan anggap Andy macam budak-budak lagi boleh tak ma?
Andy bukan bermaksud nak kurang ajar ke apa ke.. Tapi please mama.. At
least give me a chance to stand with my own two feet. Boleh?” yakin
sekali Andy berkata. Datin Fitrah tersentak.

Baru kali ini anak lelakinya itu bersuara. Adakah aku terlalu
mengongkong kehidupannya sehingga dia rasa tertekan? Adakah aku seorang
ibu yang terlalu mendesak? Datin Fitrah bermonolog.

“Kenapa Andy cakap macam tu?” Lembut Datin Fitrah bertanya. Andy
memandang ke luar tingkap.

“Tak adalah mama. Andy nak belajar berdikari.. Please mama. Andy tak nak
bergantung terus macam ni ma..” Andy mengeluh. Datin Fitrah tersenyum
tawar. Seingatnya baru kali ini anak lelakinya itu tampak gundah.

Mungkin selama ini Andy banyak mendiamkan diri dan tidak meluahkan
apa-apa kepada aku. Fikir Datin Fitrah. Andy lebih banyak memendam
perasaanya sendiri, anak lelakinya itu tidak pernah meluahkan keresahan
yang bersarang di dalam hatinya itu.

Andy berbeza dengan anak sulungnya, Iveena.. Iveena sering merungut
andai Datin Fitrah merancang sesuatu untuknya, ada sahaja yang dibantah
oleh Iveena. Tetapi Andy tidak begitu, apa yang disuruh oleh mamanya
itu, begitulah dia akan ikut. Jika A, A lah.. Kalau B, B lah..

“Mama bukan bermaksud nak kongkong hidup Andy. Tapi at least Andy
fahamlah kenapa mama buat macam ni dekat Andy. Mama nak tengok Andy
hidup bahagia. At least, for the last time.. Andy tolong dengar cakap
mama. Lepas ni kalau mama dah tak ada kat dunia ni, Andy ikutlah kata
hati Andy sendiri.. mama tak akan ada nak atur hidup Andy.” Sayu sahaja
Datin Fitrah berkata. Andy jadi sebak.

Perasaan bersalah menyergah dirinya kerana membuatkan mamanya berkecil
hati. andy tidak senang duduk. Seharusnya dia tidak berkata begitu pada
Datin Fitrah. Andy menyesal.

“Mama.. Andy minta maaf.” Perlahan Andy menuturkan. Datin Fitrah menahan
alur sebak di wajahnya.

Dia juga terasa bersalah pada anak lelakinya itu. Selama ini dia terlalu
menyekat hala tuju Andy. Sedangkan Andy lelaki, seharusnya dia menyekat
apa yang Iveena lakukan, tapi kali ini terbalik pula.

“Tak apa Andy.. Lepas ni.. Mama janji dah tak aturkan hidup Andy. Andy
buatlah cara Andy. Ni last time mama minta.. penuhi permintaan mama
okey?” pinta Datin Fitrah. Andy hanya mengangguk.

Air liur ditelan. Pahit rasanya. Namun walaubagaimana pahit sekalipun,
dia harus akur pada rancangan mamanya. Semuanya telah dibincangkan.

Andy terasa geram juga kerana sebelum ini mamanya tidak pernah
membicarakan apa-apa mengenai hal ini, tidak alih-alih sahaja dia dibawa
berjumpa dengan Tengku Zila. Semuanya terlalu cepat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience