BAB 8

Humor Completed 772

RUMAH yang seakan istana itu tersergam indah di atas bukit. Datin Fitrah
menekan pedal minyak dan memasuki halaman rumah yang persis di dalam
kayangan itu. pelbagai jenis kereta tersusun kemas. Lamborghini,
bugatti, Ferrari, sebut sahaja, semuanya ada.

“Rumah siapa ni mama?” pantas Andy bertanya.

“Kawan mama. Dah. Jom turun.” Jawab Datin Fitrah. Perlahan-lahan mereka
berdua mengatur langkah, masuk ke dalam rumah. Di pintu besar, seorang
wanita yang agak berusia menanti Andy dan Datin Fitrah.

Tanpa membuang masa, Datin Fitrah memeluk wanita tersebut dan mencium
kedua belah pipi wanita tersebut. Andy sekadar memerhati. Dia sendiri
tidak mengerti dengan apa yang berlaku sekarang. Siapa wanita yang
dipeluk oleh mama ini?

“Ni ke Andy? Dah besar panjang.. Segak pulak tu.. Dah, dah.. Mari kita
masuk..” puji wanita itu. andy terkedu lagi. Bagaimana pula dia boleh
mengetahui nama aku? Soalan terus berputar di kepalanya.

Hati terus mendesak, bibir pula terasa ringan sahaja hendak bertanya
tetapi Andy mengurungkan niatnya itu. sebentar lagi pasti mama akan
menjelaskan tentang perkara yang sebenar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience