BAB 31

Humor Completed 772

ALEXANDRA tersentak saat Andy memegang kepalanya. Senyuman paling manis
dihadiahkan buat suaminya itu.

Siapa yang tidak gembira apabila melihat suaminya sudah bangun dari
koma! Dua bulan Alexandra sabar menunggu. Mungkin tidak sesabar sikap
Andy melayani tingkah lakunya dahulu!

Facemask yang membaluti wajah Andy dibuka, seperti yang dipinta oleh
Andy. “Ya abang?” soal Alexandra . Sejuk hati Andy saat Alexandra memanggil
dirinya dengan panggilan itu. Memang ini yang dinantikannya, sebelum
matanya terkatup erat.

“Abang nak air..” pinta Andy dengan suara tersekat-sekat. Alexandra
memegang jari jemari suaminya dengan erat. Alexandra menuang air mineral
yang berada berdekatan dengannya dan memberikan pada Andy. Wajah Andy
tampak pucat.

“Sayang..” panggil Andy. Alexandra tersenyum.

“Nanti bukak almari abang dekat rumah ya?” pinta Andy.

“Kenapa abang?”

“Ada buku. Baca ya?” pinta Andy lagi.

“Yalah. Abang rehat dulu. Saya nak panggil doktor. Check keadaan abang,”
Alexandra meminta diri. Tangan Alexandra dipegang erat oleh Andy.

“Tak payahlah. Abang nak tidur. Tak payah. Abang tak nak kena ganggu.
Okey sayang?” kata Andy dengan suara tersekat-sekat. Alexandra hanya
mengangguk. Rambut suaminya itu dibelai penuh kasih. Andy merasa bahagia.

Saatnya telah tiba. Andy menarik nafas dalam-dalam, dia seakan sudah
nampak cahaya yang hadir dari jauh. Dengan perlahan-lahan dia mengucap
dua kalimah syahadah. Alexandra sama sekali tidak menyedari keadaan
suaminya itu.

“Abang..Alih tidur atas bantal ni. Nanti sakit leher,” kata Alexandra
dengan manja. Andy hanya diam membisu. Tiada reaksi. Dada Alexandra
berdebar. Katakan semuanya tidak!

Dia memegang dada suaminya, pergelangan tangan suaminya. Mata Andy
terkatup erat, sambil sebelah tangannya memegang jari jemari Alexandra
dengan kuat, seakan tidak mahu melepaskan isterinya itu pergi.

Airmata Alexandra tumpah. Inalillah..Akhirnya tiba masa suaminya itu
menghadap Illahi. Alexandra akur dengan ketentuan Tuhan. Dia mengucup
dahi suaminya buat kali terakhir. Wajah suaminya itu tampak tenang
sahaja, seakan orang yang sedang tidur.

Benarlah apa yang diminta oleh Andy sebentar tadi, dia tidak mahu
diganggu. Dia mahu tidur. Inilah dia. Tidur buat selama-lamanya.
Alexandra bangun dari katil, dengan niat ingin memberitahu jururawat
tentang keadaan suaminya itu. Entah mengapa, dia rebah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience