BAB 28

Humor Completed 772

ALEXANDRA menunggu di wad unit rawatan rapi (ICU) dimana Andy
ditempatkan. Setiap hari beginilah rutinnya. Setiap hari juga tangannya
memegang erat jari jemari milik Andy. Andy dibantu dengan alat bantuan
hospital. Alexandra menjadi sebak.

Saat Andy begini, barulah Alexandra sedar yang dia merindui lelaki itu.
Dia cuma berharap Andy akan sedar semula dan mengusik dirinya, setiap
hari! Sumpah! Dia tidak kisah kalau perlu tidur sebilik dengan Andy!

“Andy.. Please.. Wake up!” bisik Alexandra perlahan pada cuping telinga
Andy. Air matanya gugur.

“Puan..” panggil Doktor Byla. Senyuman nipis dihadiahkan.

“InsyaAllah dia akan kembali seperti sediakala. Berdoalah.” Kata Doktor
Byla lantas memegang bahu Alexandra yang tampak lesu itu.

“Doktor. Saya nak tahu.. Macam mana dia boleh kena penyakit ni?”
tiba-tiba sahaja Alexandra bertanya. Doktor Byla menarik nafas dalam-dalam.

“Begini.. Tanda-tandanya memang dah ada dari awal. Entahlah. Sebelum ni
saya memang rawat Andy. Tak ada pula apa-apa tanda. Tapi semua tu dapat
saya kesan bila Andy mengadu dekat saya tiga bulan lepas. Andy ada kata
dia hilang daya imbangan terutamanya bila dia sakit kepala.

Saya rasa macam tak kena, so saya buat diagnosis. Hasilnya, saya dapati
Andy menghidap penyakit barah otak tahap empat. Terus terang saya cakap,
saya memang terkejut. Saya tahu harapan untuk Andy memang tipis. Tapi..
Puan jangan putus asa. Allah sentiasa ada.” Panjang lebar Doktor Byla
memberitahu. Alexandra tertunduk lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience