BAB 21

Humor Completed 772

ANDY memarkir keretanya di halaman rumah. Matanya melilau mencari kereta
milik isterinya itu. kemana perginya Alexandra ? Hati Andy tertanya.
Badannya terasa lesu sekali. Lantas Andy mengatur langkah, tombol pintu
dipulas.

“Mama?” ujar Andy. Datin Fitrah menyeka air matanya. Segera Datin Fitrah
bangun dari sofa dan meluru ke arah anaknya itu. Lantas Andy dipeluk.
Andy kaku, terjeda. Kenapa ni?

“Kenapa ni mama?” soal Andy. Datin Fitrah menangis bagaikan anak kecil.
Tidak mampu menahan sebak di dada. Setelah berfikir, akhirnya Andy mengerti.

“Dahlah mama. Semua tu takdir. Mama sabar je okey? dah.. Mama rehat..”
pinta Andy sambil mengusap bahu Datin Fitrah dengan lembut. Andy
menghadiahkan senyuman manis. Akhirnya Datin Fitrah akur, sambil
ditemani oleh Andy, Datin Fitrah merehatkan dirinya di bilik tetamu yang
disediakan di rumah milik Andy dan Alexandra .

Tidak berapa lama kemudian, kedengaran bunyi kereta masuk ke perkarangan
rumah. Andy segera meninjau di balik tingkap. Alexandra . Nampaknya
isterinya itu sudah balik. Andy malas mengambil pusing. Dia sekadar
duduk sahaja di sofa.

Alexandra masuk ke dalam rumah dengan langkah yang laju. Belum sempat dia
menaiki tangga, Andy memanggilnya.

“Que.. Hari ni saya nak ajak awak keluar. Kita makan luar ey?” ajak Andy
dengan senyuman manis di bibir.

“Penatlah. Lagipun siapa nak teman mama kat rumah?” kata Alexandra pula.
Datin Fitrah yang berada di dalam bilik menyampuk.

“Tak apa. Mama berani sorang-sorang. Que pergi la dengan Andy sana.”
Arah Datin Fitrah. Alexandra mengetap bibir. Huh! Malas betul nak keluar!
Rungut Alexandra . Sekilas dia menjeling Andy. Seperti biasa, Andy
mengenyitkan sebelah matanya pada Alexandra .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience