24.

Romance Series 13066

"Ya Allah! Fattah! Kan Mama pesan suruh baring je dalam bilik. Nanti Mama bawa makanan Fattah biar Fattah makan dalam bilik. Tak payah nak berjalan bagai. Fattah kan tak sihat lagi! Haih! Orang cakap tak nak dengar! Degil!" marah Mama sebaik sahaja nampak Fattah turun.

"Hish Mama ni. Fattah nak teman Mama makan. Fattah tak nak Mama makan sorang. Kesian Mama. Mama jangan risau okay! Fattah okay je ni. Cuma letih sikit je. Alaa Mama jangan marah Fattah. Merajuklah kalau macam ni. Tak nak kawan dengan Mama" muncung mulut Fattah.

Mama ketawa geli. " Haih! Mama bukan apa? Mama cuma nak Fattah rest je. Dah lah jangan merajuk macam ni. Buat malu je. Fattah kan dah nak jadi bakal suami orang nanti. Nanti buat malu bakal isteri je kalau muncung mulut macam tu. Okaylah, jom kita makan sekali"

"Mama..Fattah nak minta satu benda boleh?"

"Apa dia Sayang? Mama cuba tunaikan selagi Mama mampu"

"Fattah nak Mama rahsiakan perkara ini daripada Aisyah. Boleh? Fattah bukan apa. Tapi Fattah tak nak Aisyah risau dengan apa yang berlaku. Please Mama. Tunaikan permintaan Fattah. Fattah merayu sangat"

"Fattah..Mama bukan tak nak tunaikan. Tapi Aisyah tu kan bakal isteri Fattah. Aisyah berhak tahu pasal ni. Jangan sampai dia kecewa dengan Fattah sebab Fattah sorokkan perkara ini daripada dia. Mama rasa Fattah patut bagitahu Aisyah. Jadi benda lain terjadi, masa tu Fattah nak menyesal pun tiada guna"

Lama Fattah diam. "Mama please. Cuba tunaikan permintaan Fattah. Fattah janji Fattah akan bagitahu hal ni dekat Aisyah sendiri. Buat masa ni kita cuba sorokkan perkara ini. Alaa please Mama. Tolonglah"

Mama menghela nafas panjang. "Haih yalah. Tapi kalau Aisyah marahkan Fattah, Mama tak tahu nak tolong Fattah macam mana? Fattah kena pandai pujuk dia. Mama sentiasa doakan Fattah. Semoga orang yang buat anak Mama macam ni akan diturunkan hidayah. Mama tak nak keluarga kita ada musuh dengan sesiapa. Faham tu Fattah! Jangan Fattah pula yang balas dengan kejahatan. Tapi balas dengan kebaikan. Nanti dia akan berubah juga"

"Baik Mama! Fattah faham apa yang Mama sampaikan. Fattah janji akan maafkan orang itu dan doakan kepada dia supaya diberikan petunjuk daripada Allah. Aminn"

"Aminn"

"Tok, selain daripada buat dia dikacau. Kita boleh buat apa lagi?" sungguh lelaki itu bertanya.

"Sungguh kamu mahu tahu?"

"Iya Tok. Saya mahu tahu"

"Baiklah..kita juga boleh buat dia rasa tidak senang hati, dia sakit dan banyak lagi"

Itu je dia bagitahu aku! Haih!

"Adakah benda ni akan mengambil masa yang lama untuk disembuhkan?"

"Benda yang kamu guna ni boleh buat dia maut bila-bila masa sahaja. Masa sembuh dia juga amat tipis. Jadi kamu jangan risau. Musuh kamu mungkin dalam keadaan tidak tenang. Dia akan berubah. Dengan masa itu, kamu boleh rampas apa sahaja daripada musuh kamu. Buat dia menderita. Haha!"

Senyuman tipis ditunjukkan. Kau tunggu nasib kau. Tak lama lagi,kau akan menderita.

Ya Allah, engkau berikan kekuatan kepada-Ku untuk menghadapi segala musibah. Engkau jauhi hamba-Mu daripada segala bahaya yang akan datang menimpa. Engkau berikan petunjuk hidayah kepada orang yang telah melakukan ini. Semoga dia kembali ke jalan-Mu. Ya Allah, engkau ampunkan segala dosa hamba-Mu ini. Engkau kuatkan iman dalam diri-Ku. Aminn" panjang doa Fattah hajatkan sesudah solat Isyak.

Sedang enak Fattah membaca Al-Quran. Tiba-tiba telinga dia terdengar suara air yang datang dari bilik air. Heh? Siapa pula masuk bilik aku? Setahu aku tak ada orang pun yang masuk kecuali Mama. Ke aku yang lupa nak tutup paip? Haih! Sejak bila aku jadi pelupa ni?

Fattah bangun. Dia menuju kearah bilik air dengan perlahan. Ya Allah.. Air liur ditelan pahit. Tangannya perlahan menolak pintu tandas itu. Allahuakbar! Satu lembaga hitam sedang duduk mencangkung sambil menatap tajam kearah Fattah.

Makhluk itu 2 kali besar daripada Fattah. Badan dia seakan hangus dibakar. Darah mengalir di mulut. Tersenyum sinis kepada Fattah.

Fattah berdiri tegak. Kakinya seakan mati. Tidak mampu bergerak mahupun berlari. Mulutnya juga dikunci. Ya Allah! Hanya itu yang mampu disebut dalam hati.

"Fattah..." seru makhluk itu.

SELAMAT MEMBACA >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience