"A-Abang? Abang buat apa dekat sini? Bila Abang sampai ni?" Tanya Aisyah ketakutan.
Tajam mata Fattah merenung mereka berdua. "Abang datang sini lepas nampak korang berdua. Abang baru je sampai. Aisyah buat apa dekat sini dengan dia? Tak minta izin Abang pun" Jelas Fattah. Memang hatinya sakit melihat Aisyah keluar dengan sepupunya sendiri, Qayyum.
"Abang bukan Sayang tak minta izin Abang. Sayang lupa nak bagitahu Abang. Maafkan Sayang. Sayang dengan Qayyum cuma nak bercakap pasal arwah Mira. Dia ada tinggalkan surat untuk Sayang. Itu yang kami berjumpa" Terang Aisyah. Ia berasa bersalah sangat.
"Baiklah, Abang maafkan. Tapi jangan buat lagi. Faham. Sekarang Sayang pergi naik kereta Abang. Abang ada hal yang nak dikatakan kepada Qayyum"
"Baiklah" Kata Aisyah lemas. Ia bangun lalu pergi dari situ.
"Aku ada benda yang nak bagitahu kau"
"Apa dia?" Balas Qayyum dengan malas.
"Aku nak kau berhenti ganggu dia lagi. Dia milik aku. Aku harap kau tahu nak bezakan yang mana milik orang dengan bukan milik orang. Aku rasa ramai lagi wanita dekat luar sana yang boleh gantikan tempat Mira. Dan kau jangan nak berusaha dapatkan hati Aisyah. Aku harap kau boleh jumpa wanita yang kau suka tapi bukan dengan Aisyah. Kalau aku tahu yang kau berusaha nak dapatkan hati dia, siap kau. Dia milik aku. Selamanya milik aku!"
"Okay" Balas Qayyum acuh tak acuh. Ia pergi dari situ.
Pap. Kuat pintu kereta ditutup. Terkejut Aisyah dibuatnya. Ia tahu Fattah tengah marah. Ia tidak berani mengangkat kepalanya.
"Sayang, Abang minta sangat dekat Sayang. Jangan jumpa dia lagi. Abang cemburu. Abang takut dia rampas Sayang dari Abang. Abang tak nak kehilangan Sayang. Abang cintakan Sayang. Please jangan tinggalkan Abang. Abang merayu. Stop jumpa dia lagi" Kata Fattah yang mengalirkan air mata. Sumpah! Ia takut kehilangan Aisyah.
Melihat Fattah seperti itu membuatkan hati Aisyah rasa sangat bersalah. "Maafkan Sayang. Sayang janji tak akan jumpa dia lagi. Maafkan Sayang sebab keluar tak bagitahu Abang. Maaf"
"Sudahlah, Abang maafkan Sayang. Maafkan Abang juga kerana asyik nak kawal apa yang Sayang nak lakukan. Sudahlah, Jom kita balik sekarang. Esok Abang nak Sayang berhenti kerja"
"Hah! Kenapa?!"
"Abang nak Sayang bekerja dengan Abang sebagai PA Abang. Senang sikit Abang nak jaga Sayang kalau apa-apa yang terjadi. Please terima tawaran Abang. Abang merayu"
"Yalah. Sayang terima tawaran Abang. Tapi gaji tu banyak sikit" Sempat Aisyah melawak.
"Haha..yalah. Nanti Abang up kan gaji untuk Sayang. Abang sanggup lakukan apa sahaja asalkan Sayang bahagia"
"Tak guna!! Berani dia ugut aku!! Dia fikir aku tak berani nak rampas Aisyah?! Hello, ini Qayyum okay. Aku akan lakukan apa sahaja asalkan Aisyah terima aku!" Marah Qayyum. Hatinya tercabar dengan kata-kata Fattah tadi.
Aisyah menarik nafas. Sumpah! Sepanjang perjalanan pulang, ia sama sekali tidak berani nak buka mulut. Ia tahu kalau Fattah senyap, makna dia masih marah.
Merah muka Fattah menahan marah. Sempat ia menggeling wajah Fattah yang tekun membawa kereta.
Haih, susahnya kalau lelaki cemburu. Nasib baik dia tak marah dekat aku. Kalau tak aku marah dia balik. Aku tak suka orang marah aku ni. Nanti aku melenting dia balik. Sabar wahai hatiku ini.
Ia mengambil handbag pink miliknya. Keluar sepucuk surat yang kemas di gam itu. Mira. Kenapa awak tak bagitahu aku? Kenapa aku yang paling lambat sekali tahu? Apa aku ini bukan orang yang penting bagimu? Aku dah anggap kamu sebagai kakakku sendiri.
Ia membuka surat itu. Assalamualaikum, Aisyah sahabat dunia akhirat ku. Apa khabar kau semasa di Korea. Sampai hati kau pergi Korea selepas majlis aku. Tak apa aku tak marah. Aku dah tahu segalanya. Mak kau dah bagitahu. Awalnya aku rasa bersalah. Aku dah rampas dia daripada kau. Tapi ini takdir Allah. Kita tak mampu nak lari daripada semua ini. Wahai sahabatku, andai kau baca surat ini. Maka aku telah pergi dari dunia ini. Maafkan aku. Aku takut nak bagitahu kau. Maafkan aku. Aku harap kau tak marahkan aku.
Aisyah, sebelum aku pergi. Aku sempat buat wasiat supaya kau lakukan demi aku. Dan aku harap kau terima. Andai kau tak terima, maka aku tak marah. Kau berhak hidup bahagia. Kau berhak.
Dalam wasiat ini, aku nak kau terima Qayyum sebagai suami kau. Aku tahu kau suka dia dari zaman sekolah lagi. Sebab itu aku suruh kau terima dia. Aku nak kau bahagia. Dan aku nak kau jaga anakku, Aiman. Ia masih kecil. Ia perlukan kasih sayang seorang ibu. Jadi, aku harap kau terima dan mampu lakukan. Semoga kau bahagia dengan pilihan kau. Berfikir dengan baik sebelum kau lakukan. Aku tahu kau buntu. Aku tak nak kau menyesal jika kau tak fikir dengan baik.
Daripada sahabatmu, Amira. Love you, Aisyah.
Aisyah menangis sendu. Ya Allah, apa yang patut aku lakukan?
DOAKAN AUTHOR SEMOGA AUTHOR BERJAYA DALAM SPM YANG BAKAL BERLANGSUNG PADA 22/2 INI. ;) SELAMAT MEMBACA :)
Share this novel