Malap.
Dan gelap.
Ruang tamu rumah kayu itu mempunyai aura tersendiri. Ada anak patung bersangkut, tanduk haiwan yang digantung dan juga gambar yang tidak tahu apa ertinya.
"Aku tahu apa hajat kau datang sini" datang seorang lelaki berbaju jubah hitam. Entah dari mana dia muncul pun tak tahu.
Bomoh itu memandang tajam ke arah anak mata. Gelisah dan takut. Itu yang dirasa apabila mendapat pandangan mata daripada bomoh.
"Kau bawa apa yang aku suruh?" tanya bomoh seraya duduk di hadapan pelanggannya.
Dengan pantas dia meletakkan seekor ayam, bunga mawar serta beberapa biji telur di atas lantai.
Bomoh itu tersenyum tipis. "Kau yakin dengan apa yang kau lakukan ini? Kau akan tahu apa akibatnya kan?"
Air liur pahit ditelan.
"Ya, saya yakin. Saya juga tahu apa akibat dia. Tapi saya tetap nak teruskan" lantas lelaki itu menjawap.
Bomoh itu memejamkan mata. Mulutnya berkumat kamit membaca mantera yang tidak boleh difahami oleh manusia biasa. Sambil itu tangan bomoh itu mencapai garam dan mencampakkan kearah lelaki itu.
Dia cuba berlagak biasa walaupun gelisah dan takut.
Bomoh itu berhenti seketika. Dia memandang anak mata tajam. Lingkaran hitam menambahkan lagi rasa seram pada wajahnya.
"Tulis nama dia di atas kertas ini" arah bomoh.
Segera dia mengambil kertas itu dan menulis.
'Mohd Al-Fattah Bin Dato Fahmi'
Lalu menyerahkan kertas itu. Jantungnya berdegup dengan sangat pantas.
Bomoh itu mengambil kelompok bunga mawar, lalu membaca lagi mentera.
Seketika melipat kertas itu dengan kelompok bunga tersebut.
Kemudian,
Dibakar.
"Kau tunggu sahaja. Dia akan menujukkan hasil tak lama lagi" senyum sinis bomoh itu hadiahkan kepada lelaki muda itu.
Kau tunggu. Tak sabar aku nak tengok kau menderita. Haha. Tak lama lagi, hidup kau akan musnah.
Dia juga tersenyum sinis kepada bomoh itu. Berbalas pandangan mata.
Sekejap badannya berpusing menghadap kanan, sekejap kiri. Cuba untuk membuatkan matanya pejam tetapi tak boleh.
Haih. Apa dengan aku ni? Kenapa aku tak boleh nak tidur? Nak kata panas, tak berpeluh pun badan aku.
Berulang kali dia berpusing mencari posisi yang selesa. Menutup mata dengan tangan. Tak boleh nak tidur seakan ada sesuatu yang menganggunya.
Keluhan berat dilepaskan. Fattah bangun dari pembaringan. Dia memandang jam di dinding.
2:00 pagi.
Fattah keluar dari bilik. Menuju ke dapur sekadar menghilangkan haus di tekak. Dia meregangkan badan yang terasa lenguh itu. Ya Allah, lenguhnya badan aku. Penat sangat ni.
Belum sempat dia menghampiri dapur,
Matanya ternampak lembaga hitam sedang berdiri tegak di hadapan peti. Dia dengan laju mengosok matanya. Takut masih mamai dan melihat ilusi.
Namun, lembaga hitam itu masih berdiri tegak. Dengan laju mata merah memandang Fattah.
Nafasnya automatik tersekat melihat lembaga itu mendekati dirinya.
Semakin dekat,
Dekat,
Fattah menutup matanya,
Sehingga,
"Fattah? Buat apa berdiri tegak dekat sini? Kenapa tak tidur lagi?" lampu dapur dibuka. Mama memandang Fattah pelik.
Fattah memandang Mama dengan terkejut.
Sekali laju dia berpusing melihat kearah peti dapur. Tiada! Apa ni?!
"Fattah?!" tangan Mama memegang bahu Fattah.
Terkejut. Fattah dengan pantas menolak tangan Mama menjauhi bahunya.
"Tak ada apa-apa Mama. Fattah baru je nak masuk bilik lepas minum air. Fattah masuk bilik dulu ya. Mengantuk nak tidur. Selamat malam Mama" kata Fattah menutup resah.
"Selamat malam anak Mama"
SELAMAT MEMBACA!
Share this novel