"Ya Allah! Apa nak jadi dengan kamu ni? Hah! Bergaduh dengan sepupu sendiri! Macam budak-budak! Cuma matang sikit Fattah! Mama tak tahu nak cakap apa dekat kamu? Nanti bising pula Maklong kamu tu. Haih!"
Fattah menunduk. Sumpah! Dia tidak berniat nak buat hati Mama kecewa. Namun, ini berlaku dengan pantas. Dia juga bersalah kerana tak mampu nak kawal perasaan marah tu. Haih.
"Apa yang korang berdua buat ni?! Bergaduh dekat taman! Cuba kamu berfikir matang Yum! Buat malu kaum keluarga kita lah! Haih. Habis buruk muka tu"
"Maaflah Ma, Yum bukan sengaja nak bergaduh dengan Fattah. Tapi Fattah dah buat hati Yum sakit. Dia cuba nak rampas Aisyah daripada Yum"
"Aisyah! Aisyah! Tak habis-habis bergaduh pasal dia. Yum, kamu kena fikir yang Aisyah tu bukan jodoh kamu. Dia jodoh Fattah. Jodoh Fattah. Kamu perlu cari perempuan lain bagi menggantikan tempat Mira. Kesian Aiman. Siapa nak jaga Aiman bila kamu busy. Ma ni dah tua. Tak larat sangat nak jaga. Kalau boleh cari perempuan yang boleh terima Aiman sebagai anak dia. Lupakan Aisyah okay. Ma nak tengok Yum bahagia sahaja sebelum Ma tutup mata"
"Tak! Yum tetap akan dapat Aisyah! Aisyah milik Yum! Mira pun dah setuju Yum kahwin dengan Aisyah!"
"Ya Allah Yum! Apa nak jadi kena kamu ni? Kenapa kamu jadi macam ni? Jangan buat Aisyah rasa bersalah memilih siapa. Dia berhak bahagia. Ma tak setuju dengan rancangan Yum nak rampas Aisyah dari Fattah. Kesian dia. Kalau Yum sayang Aisyah, Yum lepaskan Aisyah bahagia dengan pilihannya"
"Tak! Yum tak nak! Yum tetap nak Aisyah!" jerit Qayyum lalu berlari masuk bilik. Otaknya serabut. Haish, tak guna. Semua orang nak backup si Fattah tu. Ilmu apa dia pakai pun aku tak tahu? Fattah, kau tunggu nasib kau nanti.
Terkejut Aisyah melihat wajah Fattah. Fattah dengan hari ini sukarela menghantar Aisyah ke tempat kerja. Hari ini hari terakhir Aisyah sebelum ia meletakkan jawatan.
"Kenapa dengan muka Abang tu? Bergaduh dengan siapa?"
Lama Fattah diam. "Haih, bergaduh dengan member. Pasal apa Abang tak boleh nak bagitahu. Yang penting Abang okay"
"Teruk sangat nampak muka tu. Balik nanti kita pergi klinik. Takut ada kecerderaan lain pula" risau Aisyah.
Fattah tersenyum. Risau juga dia ni dekat aku. Ingat merajuk lagi. "Tak apa. Abang dah letak ubat. Sayang jangan risau okay" senyum Fattah bagi mengurangkan kerisauan Aisyah.
Maaf Sebab Pendek Sangat. HAPPY READING GUYS ^-^
Share this novel