15.

Romance Series 13066

Majlis pertunangan akhirnya dijalankan. Meriah sekali dengan kehadiran kedua belah keluarga dari pasangan itu. Ramai yang hadir untuk mengucap tahniah.

Aisyah yang cantik berbaju warna krim itu berjaya membuatkan ramai orang memuji kecantikannya. Cantiknya aku. Puji Aisyah sendiri semasa sesudah mekap.

Aisyah duduk berhadapan Datin Maryam. Tangannya menggelengtar. Sebaik sahaja cincin ini disarungkan ke tangannya maka secara sah menjadi tunang kepada Fattah.

Aisyah menunduk malu sebaik sahaja cincin itu disarungkan ke tangan halusnya. Ia dengan laju menyalam dan memeluk Datin Maryam. Datin Maryam tersenyum manis. Akhirnya, Fattah dah berkahwin Abang. Alangkah baiknya jika Abang dapat melihat ini. Anak kita sudah besar, Abang.

Sayang, abang akan sentiasa rindukan sayang. Selamanya. Hanya Sayang sahaja yang berada di dalam hati Abang. I miss you so much, Sayang. Love you. Renung Qayyum pada gambar wajah Mira.

Sumpah! Ia sangat rindu akan Mira. Sejak kepergiaan Mira, ia hampir putus asa. Namun, ia bangkit demi wasiat yang Mira tinggalkan.

Jangan risau Sayang. Abang akan cuba dapatkan Aisyah. Demi Sayang, Abang sanggup lakukannya. Sumpah Qayyum dalam hati. Ia tidak kisah apa hubungan Aisyah dengan Fattah. Yang penting hati dia gembira.

Malam yang indah bagi Aisyah. Menjadi tunang kepada lelaki yang ia cintai mampu membuatkan ia tidak percaya.

Aisyah sedang enak baring di atas katil. Telinganya mendengar suara bising dari ruang tamu. Biasalah! Bila ada orang bertunang mesti saudara mara akan datang melawat. Sambil itu, boleh bertegur sapa.

Ia sempat menegur saudaranya. Sempat bergelak ketawa bersama sepupu. Maklumlah kan! Bila susah nak berjumpa. Masing-masing dah ada kerjaya sendiri. Akhirnya, Aisyah penat semasa berbual. Ia mengambil keputusan untuk masuk tidur.

Sedang enak mengelamum. Tiba-tiba sahaja lamunan ia mati. Bunyi ringtone telefon miliknya mematikan lamunan. Abang!. Jerit Aisyah dalam hati. Dengan laju ia mengangkat panggilan itu. Hatinya berbunga.

"Assalamualaikum, bakal isteri dan bidadari hidup abang. Sihat?"

"Waalaikumussalam, bakal suami dan iman hidup Sayang. Alhamdulillah sihat. Abang sihat? Tengah buat apa tu?"

"Alhamdulillah. Abang sihat. Abang sekarang tengah bercakap dengan bidadari syurga Abang. Abang rindu nak tatap muka Sayang"

Merah muka Aisyah. Ia berguling di atas katil. Bidadari Syurga! Ya Allah, kenapa dia ni sweet sangat?

"Abang jangan risau. Nanti bila kita dah halal. Setiap hari Abang boleh tatap muka Sayang. Sayang pun rindu nak tatap muka Abang yang handsome tu"

Dia kata aku handsome! Haih, ini yang aku lemah ni. Dengan suara manjanya bercakap macam tu. Ya Allah, kau kuatkan iman dalam diriku. Semoga aku tidak tergoda.

"Sayang? Esok sayang free ke tak? Abang berhajat nak bawa Sayang pergi jalan-jalan. Jom kita tengok wayang esok. Lepastu kita pergi shopping atau pergi taman. Nak?"

"Hmm..Esok Sayang tak pasti busy ke tak? Nanti Sayang akan cuba tengok jadual. Kalau busy, kita pergi hari lain. Kalau tak, bolehlah"

"Alaa..Sayang ambillah cuti. Kesian Abang. Abang baru nak luangkan masa bersama bidadari Abang ni. Please Sayang. Kita keluar esok. Sayang tak kesiankan dekat abang ke?"

Eh dia ni. Dia tu CEO. Tak apa nak pergi mana pun. Aku ni kerja makan gaji. Kalau tak ikut arahan nanti kena pecat pula. Senangnya hidup dia. Biarpun ayah aku ni CEO juga. Tapi aku lebih suka kerja jauh dari ayah aku.

"Ya, nanti Sayang akan cuba ambil cuti. Kalau Sayang kena pecat. Sayang salahkan Abang"

"Kenapa Abang pula?"

"Yalah, sebab Abang yang ajak Sayang keluar"

"Tak apa Sayang. Nanti bila Sayang kena pecat. Abang akan ambil Sayang kerja dengan Abang. Kerja sebagai PA Abang. Jangan risau. Tapi bolehlah kita keluar esok? Kesianlah dekat Abang ni. Abang rindu sangat nak tengok muka Sayang. I really miss you so bad"

"I miss you too"

Seperti yang dijanjikan oleh Fattah, akhirnya Aisyah keluar juga. Kononnya kesian! Dalam hati bukan main rindu nak tatap muka Fattah.

Aisyah keluar dari lif penjabat. Ia mengambil cuti half day untuk keluar bersama Fattah. Memberikan alasan dengan hendak mencari barang kahwin. Hehe Aisyah memang pandai. Hish mana ada bagitahu alasan macam itu. Nampak sangat menerpa maut dengan Bos.

Matanya melihat kereta Mercedes Benz milik Fattah. Fattah menunggu ia di luar kereta. Ia tersenyum apabila melihat Aisyah menuju kearahnya. Dengan laju ia membuka pintu kereta itu.

"Welcome Sayang"

"Thank You"

"Anything for you, Sayang" Fattah menutup pintu itu. Ia berlari masuk. Menghidupkan enjin kereta lalu pergi dari situ. Bergerak ke destinasi pilihan mereka untuk bersama.

SELAMAT MEMBACA!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience