3.

Romance Series 13066

"Assalamualaikum...", Aisyah memberi salam dengan lemah.

"Waalaikumussalam.Heh kenapa ni? Sedih je ni.", tanya Laila yang pelik melihat wajah anaknya itu.

"Tak ada apa Mama.Aisyah cuma penat je.Aisyah naik atas dulu ya"

Laila mengangguk kepalanya.Ia melihat belakang Aisyah yang menaiki anak tangga."Dah kenapa dengan anak aku tu? Sedih semacam je.", desis hati Laila.

Aisyah duduk di atas katil.Ia cuba menahan air matanya jatuh. Ya Allah, engkau buangkanlah rasa cinta aku kepada Qayyum.Aku tidak mahu menjadi penghancur rumah tangga mereka", doa Aisyah di dalam hati.

Ia bertekad untuk melupakan Qayyum dan hanya menganggapnya tidak lebih dari itu.Ia akan cuba memujuk hatinya yang lara itu.

Lamunan Aisyah berhenti apabila ia kedengaran ketukan pintu."Aisyah, boleh Mama masuk?"

"Masuklah Mama, pintu tidak dikunci tu"

"Aisyah, bagitahu Mama apa yang terjadi? Mama sudi mendengarnya", kata Laila yang mengusap belakang anaknya itu.

"Mama...apa perasaan Mama bila dapat tahu yang orang kita suka akan jadi milik orang lain?"

"Mestilah Mama akan rasa sedih dan kecewa.Siapa yang Aisyah suka tu?"

"Qayyum"

"Aisyah..mungkin Allah akan hadirkan seseorang dalam hidup Aisyah.Qayyum bukan jodoh Aisyah.Aisyah kena redha.Aisyah akan dapat yang terbaik dari ni", peluk Laila.

Aisyah yang mendengar itu menangis di pelukan Mamanya."Sudahlah..lupakan dia.Mama tahu akan berjumpa dengan jodoh Aisyah", pujuk Laila.

Majlis pertunangan akhirnya dilakukan.Aisyah cuba berada di sana untuk memberi kata tahniah kepada Mira.Ia cuba menjaga hatinya yang lara itu.

Majlis itu berlangsung sehingga lewat petang.Sesudah majlis, Aisyah terus meminta diri untuk pulang.

Pada majlis perkahwinan pula, ia akan cuba pergi walaupun sedih.Ia tidak mahu Mira kecewa dengannya.Ia mengambil keputusan untuk pergi dari sini bagi menyenangkan fikiran selepas majlis itu selesai.

"Tahniah! Tak sangka yang kau dah jadi tunang Qayyum!", kata Aisyah yang menutup kesedihannya itu.

"Thanks beb! Aku pun tak percaya!"

2 bulan kemudian~
"Siap juga pun", kata Aisyah yang sedang membaiki tudung.

Hari ini hari yang istimewa bagi Qayyum dan juga Mira.Majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan di sebuah dewan.

Aisyah mengambil begnya.Sesudah majlis itu nanti, ia akan pergi ke Korea untuk tenangkan fikirannya.

Ia menyusun pakaian yang ia akan bawa ke sana.Ia akan tinggal di Korea selama sebulan atau mengikut hatinya yang lara itu.

Majlis itu berlangsung dengan meriah sekali.Aisyah melirik ke arah Mira yang cantik bergaun putih ala gaya puteri dan disampingnya terdapat Qayyum yang sejak memakai kot.

Matanya sedari sejak tadi lagi melekat pada wajah seorang wanita yang telah menarik perhatiannya sejak majlis itu dimulaikan.

Ia terus melihat wajah wanita yang asyik menunjukkan sebuah senyuman tetapi seperti senyuman yang menutup kesedihan.

"Bro! Kau tengok siapa tu? Jauh tenung tu!", kata dari salah seorang sepupunya.

"Ish kau ni! Kacau betullah! Pergi main jauh tu..aku malas nak layan korang"

Ia menolak sepupunya itu pergi.Setelah ia melihat sepupunya itu jauh darinya.Ia cuba melihat kembali wajah wanita yang telah menarik perhatiannya.Namun, wanita itu telah tiada.

Eh, dah hilang.Ish ni semua Aiman punya pasal.Tak pasal hilang jejak wanita tu.Tapi siapa dia? Atau aku dah jatuh cinta? Tapi kenapa dia sedih apabila melihat ke arah pentas itu? Adakah ia sedang kecewa?, desis hati lelaki itu.

Ia akhirnya meminta izin untuk pulang ke rumahnya setelah gagal mencari wanita itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience