11.

Romance Series 13066

Tanpa mereka sedari, sudah 2 tahun mereka menetap di Korea. Awalnya keputusan Aisyah untuk menetap di Korea dengan lebih lama sempat ditentang oleh keluarga. Namun, mereka faham dan membenarkan Aisyah menetap Di Korea.

Siapa sangka, perkenalan Aisyah dengan Fattah telah menjadikan mereka kekasih. Ini sudah hampir masuk enam bulan mereka menjadi pasangan kekasih.

Awalnya Fattah ditolak. Namun, ia tetap tidak putus asa. Hati Aisyah yang keras ini akhirnya luluh apabila mengetahui sifat Fattah yang sebenarnya.

Ia sedar Fattah tidak seperti lelaki lain diluar sana. Ia tahu Fattah ikhlas mencintainya. Aisyah juga mencintai Fattah.

Hubungan mereka masih belum diketahui oleh keluarga mereka. Mereka berhajat sebaik sahaja selamat tiba di Malaysia. Mereka akan memberitahu perkara sebenar.

Hari yang ditunggu akhirnya tiba jua. Kepulangan mereka disambut gembira oleh keluarga. Meskipun Fattah dan Aisyah akan jarang berjumpa. Namun, semua itu tidak akan menghalang mereka daripada bertemu janji. Mereka akan berusaha mencari masa bagi bertemu antara satu sama lain.

Mira? Hampir setahun ia tidak berjumpa. Ya! Ia rindu akan sahabat baiknya. Ia sedar sejak ia ke Korea. Ia jarang bermesej dengan Mira.

Banyak kali ia mesej kepada Mira. Namun, tiada satu pun mesejnya dibalas. Mungkin Mira tukar nombor? Atau dia pakai telefon baru dan buang nombor lama? Antara itu persoalan yang bermain di fikiran Aisyah.

"Haih Fattah! Tersenyum sorang nampak! Teringat dekat siapa? Dah ada gadis yang buat Fattah jatuh cinta?"

"Hish Mama ni. Terkejut Fattah. Mama, kalau Fattah nak bagitahu sesuatu boleh?"

"Apa dia?"

"Sebenarnya Fattah dah jatuh cinta! Fattah dah jatuh cinta!"

"Ya Allah, dengan anak siapa? Cantik tak orangnya? Baik tak?"

"Cantik sangat, Mama. Dan baik sangat"

"Bila Mama boleh jumpa dia? Mama nak tengok juga bakal menantu Mama ni"

"Insyaallah. Fattah akan tanya dia. Dah bersedia ke belum? Nanti Mama akan jumpa dia juga. Doakan Fattah. Harap dia jodoh yang ditetapkan untuk Fattah"

"Amin"

"Mama! Sedapnya Mama masak. Dah lama Aisyah tak makan!" Lahap Aisyah makan. Mulutnya penuh dengan makanan.

"Ya Allah! Makan dulu. Bercakap tu kemudian. Nanti tercekik pula!"

Aisyah tersengih. "Baiklah Mama"

Lama mereka menyepi. Akhirnya "Aisyah tak rasa nak kahwin ke? Mama pun nak tengok Aisyah kahwin"

Aisyah tersedak. Laju tangannya mengambil gelas lalu meneguk. "Hish Mama ni! Tanyalah soalan tu lepas Aisyah siap makan. Tersedak ni. Nasib tak teruk. Bukan Aisyah tak nak kahwin cuma belum bersedia lagi"

"Cepatlah carikan menantu untuk Mama. Mama harap sebelum masuk tahun baru Aisyah dah berkahwin"

"Insyaallah. Mama doakan Aisyah jumpa menantu untuk Mama"

"Amin"

Hah sudah! Nampaknya aku terpaksa mengaku yang aku dah bercinta dengan Fattah ke? Kan melompat kegembiraan si Fattah tu. Dia pun dah tak sabar.

"Sayang..kenapa sayang tinggalkan abang dengan Aiman? Sayang dah tak sayang abang ke? Sayang..abang rindu sangat dengan sayang. Aiman pun rindukan sayang" Menangis lelaki itu. Ia memeluk erat gambar perkahwinan mereka.

Matanya tanpa sengaja melihat buku kesayangan isterinya. Ia pelik apa yang istimewa buku itu sehingga ke mana mereka pergi, isterinya pasti membawanya.

Ia membawa buku itu ke katil. Tangannya dengan perlahan membuka helaian muka surat. Untuk abang? Apa ni?

"Assalamualaikum abang. Buat suamiku tercinta, maafkan sayang kerana tidak mampu menjaga abang dan Aiman pada masa yang akan datang. Sayang sudah merasai bahawa sayang akan pergi meninggalkan abang. Abang, andai sayang pergi ketika melahirkan Aiman. Sayang harap abang jaga Aiman dengan sepenuh kasih sayang. Abang, andai sayang pergi. Abang carilah pengganti. Ini kepentingan abang dan juga Aiman. Kesian Aiman. Ia masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Pergilah, cari pengganti bagi sayang. Sayang harap abang boleh tunaikan satu permintaan. Berkahwin dengan Aisyah. Dia sudah lama memendam perasaan terhadap abang. Kahwinilah dia. Dari isterimu yang tercinta, Mira.

Macam mana aku nak kahwin lain? Hanya dirimu sahaja yang mampu menetap dalam hatiku. Tiada orang lain yang bisa melakukannya. Menangis Qayyum teresak-esak.

Baiklah sayang. Ini yang sayang mahukan maka abang akan lakukan. Abang buat semua ini demi Aiman. Betul kata sayang. Aiman perlukan kasih sayang seorang ibu. Desis hati Qayyum. Misinya bakal bermula.

FOLLOW AUTHOR FOR NOVEL YANG AKAN PUBLISH PADA BULAN APRIL- JUN ;) . DOAKAN UNTUK AUTHOR SEMOGA BERJAYA DALAM SPM ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience