9.

Romance Series 13066

Fattah bertekad untuk mengenali gadis itu.Ia bangun awal sekali untuk menemui gadis yang telah mencuit hatinya itu.

Fattah menuju kearah Aini yang sibuk mengira duit. "Hi, excuse me? Can I see the chef of this restaurant?", kata Fattah.Ia berusaha mencari maklumat pekerjaan Aisyah sehingga berjaya menemuinya.

"Yes. Wait a minute okay. I will call him", kata Aini yang masuk ke bahagian dapur.

"Eh Aisyah! Ada orang nak jumpa dengan kau"

"Siapa? Lelaki ke perempuan?"

"Manalah aku tahu siapa dia! Dia ni lelaki.Kawan kau ke? Hensem juga aku tengok"

"Kawan aku? Sejak bila pula aku bagitahu kawan aku yang aku ada dekat Korea?"

"Pergilah.Kesian pula dia tunggu lama"

"Yalah"

Aisyah menuju kearah Fattah dengan perlahan.Ia menarik kerusi di hadapan Fattah.

Fattah yang sedar akan semua itu berhenti bermain telefon.Ia tersenyum kepada Aisyah.

Aisyah membalas senyuman Fattah. Ya Allah, kenapa kacak sangat hamba-Mu ini?, desis hati Aisyah.Ia dengan tekun memerhati wajah Fattah yang kacak itu.

Ya Fattah memang kacak.Dikurniakan wajah yang hampir mirip seperti orang Amerika walaupun berbangsa Melayu.

Hidungnya yang mancung itu.Bibirnya yang merah menandakan ia bukan jenis merokok.Dengan kening yang lebat.Gaya rambutnya sudah hampir sama seperti lelaki Korea.

Fattah memerhati wajah Aisyah yang putih bersih itu.Ia juga sedar bahawa Aisyah lebih suka memakai selendang. Haih! Kau ialah gadis idaman ku, desis hati Fattah

"Yes, is there anything I can do to help?", tanya Aisyah.

"Nothing apa.Saya just want to know you sahaja.Can we speak in Malay"

"Boleh je.Kenapa awak nak berkenalan dengan saya?"

"Saya dah lama perhatikan awak.Sejak dari Majlis perkahwinan Qayyum"

"Qayyum? Awak kenal siapa Qayyum?"

"Takkanlah tak kenal! Dia kan sepupu saya"

Aisyah terdiam."Jadi awak sepupu dia? Awak tak tipu?"

"Ya, betul! Saya sepupu Qayyum.Kenapa awak terkejut pula?"

Aisyah berdehem bagi menghilangkan rasa resahnya.

"Saya nak tanya? Masa tu, awak ada bagitahu saya yang awak datang ke Korea nak mengubati hati yang lara.Apa maksudnya? Awak baru berputus dengan kekasih awak?"

"Bukan..sebenarnya saya sukakan sepupu awak masa zaman sekolah dulu.Tapi, dia milik kawan baik saya sendiri.Saya tidak mahu hubungan persahabatan kami terputus hanya disebabkan hal ni.Jadi saya ambil keputusan untuk senyap dan datang ke Korea"

Fattah mendengar dengan tekun sekali.Sesekali hatinya rasa sakit apabila mengingati ayat Aisyah yang mengatakan ia menyukai sepupunya. Untunglah kau Qayyum! Handsome! Ada pangkat Datuk pula!, desis hati Fattah tanpa mengetahui bahawa ia setaraf dengan sepupunya itu.

"I see..Hmm buat masa ini awak belum terancang nak bercinta lagi ke?"

"Buat masa ini saya serahkan kepada Allah.Biar Allah sahaja yang tentukan nasib saya.Saya harap saya dapat menerima lelaki yang baik"

Fattah mengangguk."Boleh tak kalau saya nak jadi kawan awak?", tanya Fattah yang mengambil langkah yang pertama.

Aisyah diam.Ia berfikir."Baiklah! Saya terima awak jadi kawan saya.Apa salahnya nak eratkan hubungan sesama manusia"

"Betul tu.Baiklah ni nombor saya.Jangan segan nak bermesej dan call saya.Saya ni jenis yang sporting sahaja", lawak Fattah yang memberikan kaf miliknya kepada Aisyah.

Aisyah menyambut huluran Fattah.Aisyah ketawa mendengar ayat yang keluar dari mulut Fattah.

Setelah lama mereka berbual untuk mengenali diri masing-masing.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk pergi.

Aisyah tersenyum melihat kad Fattah.Ia baring diatas katil sambil melihat kad itu.Dengan sepantas, ia mengambil telefon miliknya dan menambahkan kenalan Fattah.

Aisyah tersenyum apabila melihat mesej yang ia hantarkan kepada Fattah.

Fattah yang baru sahaja sudah solat isyak.Hari ini, ia mengambil keputusan untuk pulang awal dari ofisnya.

Ia mengambil telefon milik.Hatinya berbunga apabila melihat mesej yang masuk itu.Ia tersenyum sendirian.

Yes, aku akan berusaha untuk dapatkan hati dia.Fighting Fattah.Insyaallah, mana tahu dia jodoh kau, desis hati Fattah.

Baru sahaja Aisyah mahu tidur, ia mendapat mesej daripada Mira bahawa ia berada di Pulau Pinang bersama Qayyum.

Awalnya hati Aisyah sedih.Namun, ia berfikir ia perlu redha bahawa Qayyum bukan jodohnya.

Ya Allah, engkau buangkanlah rasa cinta dan suka kepada Qayyum.Engkau hadirkan seseorang lelaki yang baik mampu membuatkan aku melupakan dia, doa Aisyah dalam hati.

Ia menutup telefon miliknya lalu baring.Ia menutup matanya.Sebolehnya, ia mahu melupakan semua masalah yang datang dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience