12.

Romance Series 13066

Kesibukkan bekerja membuatkan mereka jarang berjumpa. Namun, Fattah tetap mencari masa bersama Aisyah. Aisyah rasa amat bersalah. Ia takut itu akan menggangu kerja Fattah.

"Tak apa Sayang. Abang kan CEO. Jadi Abang boleh sahaja batalkan meeting demi bertemu dengan dirimu, Sayang. Abang buat semua ni demi Aisyah. I love you" Itu yang dikatakan oleh Fattah.

Segala ayat yang disampaikan olehnya mampu membuatkan hati Aisyah tak keruan. Dengan suara lunak itu. Wajah yang tampan dan putih bersih.

Aisyah menggeling ke arah jam tangan miliknya. Sudah 10 minit ia menunggu. Namun, kelibat Fattah belum muncul. Mungkin dia ada kerja kut. Itu yang lewat sangat nak datang.

"Miss" Panggil suara itu.

Aisyah terkejut. "Yes?"

"Rose ini untuk Miss. Terimalah" Pelayan menghulurkan bunga Rose merah kepada Aisyah.

"Tapi daripada siapa?"

"Daripada abang buat dirimu sayang" Ujar satu suara.

Laju kepala Aisyah melihat gerangan siapa yang memberikan bunga Rose itu. Mulutnya tersenyum simpul. "Abang..malu Aisyah" Aisyah terus menutup mukanya.

Ia tahu ramai pelanggan melihat ke arah mereka dengan tatapan gembira akan perbuatan Fattah. Mungkin mereka anggap perbuatan ini sweet. Mungkin yang lelaki akan berfikir nak buat macam ini untuk kekasih hati mereka.

Aisyah menerima bunga Rose. "Thank you" Ucapnya kepada pelayan. Fattah memberikan isyarat kepada pelanggan itu meninggalkan mereka.

"Sayang, sorry abang lambat. Jalan jammed tadi"

"Tak apa. Aisyah faham. Abang pun kalut nak datang sini"

"Sebagai tanda maaf. Abang bagi bunga Rose itu untuk sayang. Sekarang kita makan apa yang sayang nak makan. Abang belanja"

Mak haih, suaranya itu mampu membuatkan hatiku cair. Ya Allah, aku tergoda. Menjerit hati kecil Aisyah.

"Abang tahu tak? Malu Sayang apabila orang pandang kita macam tadi. Nampak sangat sweet kita"

"Alaa..biarlah. Biar lelaki belajar cara macam mana nak pujuk perempuan kalau merajuk. Btw, muka sayang nampak cute bila malu tadi"

Aisyah menunduk. Ya Allah! Malunya!

"Mana nak cari Aisyah ni? Aku mana ada nombor telefon dia. Rumah dia pun aku tak tahu" Lama Qayyum berfikir.

Hah! Telefon! Ia terus mengambil telefon milik isterinya. Laju tangan mendail nombor Aisyah. Nak call ke tak nak? Kan menggangu pula dia. Tapi ini hal penting. Kena berbincang dengan dia dulu. Hah! Nantilah aku call dia. Buat masa ni aku simpan dulu nombor dia.

"Terima kasih sebab belanja Sayang makan"

"Anything for you. Sekarang Sayang ada nak pergi mana? Abang bosanlah. Tak tahu nak buat apa" Ya Allah! Harap dia cakap ada nak pergi mana. Hamba-Mu mahu meluangkan masa bersamanya.

"Hmmm. Jom kita pergi taman. Kita bincang pasal hubungan kita"

"Boleh juga" Yes! Tak kira dia nak pergi mana pun. Asalkan dapat bersamanya. Ya Allah! Gembiranya hatiku ini. Jerit hati kecil Fattah.

Taman titiwangsa menjadi pilihan mereka. Petang hari merupakan paling ramai manusia keluar. Ada yang berkelah, berjongging dan banyak lagi!

Mereka mengambil peluang duduk di meja yang kosong itu. Mata Aisyah tidak lepas memandang kearah keluarga yang berjalan dengan anak kecil mereka.

Tiba-tiba sahaja mulut Aisyah mengukir senyuman. Fattah menatap Aisyah hairan. Laju kepalanya berpusing. Mulutnya juga mengukir senyuman. Sabar Sayang. Abang berusaha nak halalkan hubungan kita. Abang janji.

"Jadi apa yang Sayang nak bincangkan ni? Abang ada buat salah ke? Sayang rasa tak selesa dengan abang ke?"

"Bukan. Abang tak buat salah apa-apa dan Sayang rasa sangat selesa dengan abang. Cuma..bila kita nak jumpa ibu bapa kita dan bagitahu hal yang sebenarnya"

"Abang juga ada fikirkan. Tapi, bila sayang free. Abang okay sahaja kalau nak berjumpa dengan bakal mak ayah mentua abang. Cuma..sayang yang malu nak jumpa mak abang"

"Hish abang ni. Memang sayang malu. Tapi sayang akan cuba buang rasa malu itu. Jadi bila kita boleh bawa mak ayah kita berjumpa?"

"Abang ingat nak berjumpa dengan restoran. Pasal makan tu sayang tak payah risau. Abang yang bayar. Cuma kita perlu tetapkan tarikh dia? Pukul berapa nak berjumpa itu. Bagi abang kita buat malam sambil makan malam selalu. Tarikh dia sayang yang tentukan"

"Sayang ingat nak buat hujung minggu ini."

"Makna sayang? Lusa?"

"Ya.Kita buat lusa. Bolehkan?"

"Anything for you, sayang"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience