10.

Romance Series 13066

"Assalamualaikum. Good morning" Itulah ayat yang keluar dari mulut Fattah. Amboi Fattah sejak dapat nombor Aisyah terus rajin telefon pada subuh hari.

"Waalaikumussalam. Good morning too" Haih Fattah. Awalnya call. Takkan dah rindu kut. Baru petang semalam mereka bertemu janji di Han River sambil menyaksikan malam yang terjadi.

"Dah solat?"

"Hmmm.."

"Panjangnya Hmm dia tu. Kalau bunyi macam tu mesti..Tak apa. Saya faham. Awak dah makan?"

"Terima kasih sebab faham. Saya belum makan lagi. Hajat nak sarapan dekat restoran hari ini. Malas nak makan makanan hotel"

Yeah lampu hijau! "Jom kita sarapan sekali. Kalau tak boleh tak apa"

Lama Aisyah diam. Dia ni nak mengurat aku ke apa? Laju je tanya ajak sarapan sekali. Setuju je lah. Keluar sarapan je pun kan. "Baiklah. Kita jumpa dekat restoran nanti. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Yeah! Dia terima! Lompat Fattah kegembiraan. Gadis pujaan hatinya terima ajakan dia. Baik aku bersiap sekarang. Nanti lama pula dia tunggu. Laju kaki Fattah berlari kearah bilik air. Semuanya demi gadis yang telah mencuri hatinya.

"Jemputlah makan" Ujar Aisyah. Ia sebenarnya malu apabila Fattah tidak berkelip menatap wajahnya. Merah muka Aisyah. "Ehem" Itu yang dilakukan Aisyah bagi menghilangkan rasa resah.

Fattah tersenyum. Ya Allah, kenapa cantik sangat dia hari ini? Mahu luruh jantungku. Fattah terus berpaling menatap makanan. Ia tahu Aisyah tengah menahan malu. "Makanlah. Nanti sejuk tak sedap pula"

Masing-masing diam menikmati makanan. Aisyah mahupun Fattah tidak mengeluarkan suara. "Ehem" Dehem Fattah. "Saya nak tanya sesuatu boleh?"

"Apa dia?"

"Sampai bila awak nak duduk dekat Korea ni. Tak kesian dekat Mak Ayah ke? Baliklah sekurang sekali dua ke"

"Entahlah saya sendiri pun tak pasti selama mana saya nak duduk dekat Korea ni. Saya rindu sangat dekat Mak Ayah tapi hati saya masih lara nak balik Malaysia. Sebolehnya nak balik Malaysia selepas saya dapat terima semua ini. Bagi saya masa okay"

"Saya tahu hati awak sakit dan kecewa. Tapi tak elok awak duduk jauh dari family. Awak kan masih belum berpunya. Tak ada siapa yang nak jaga awak. Saya boleh bagi sebanyak mana masa yang awak nak. Tapi betul ke awak tak nak balik Malaysia? Jom kita balik Malaysia sekali selepas kerja saya dekat sini selesai"

"Hmm...saya ikut je apa rancangan awak. Tapi tiket awak belanja"

"Amboi..senangnya dia. Okay fine. Saya belanja tiket tu"

"Bila nak balik?"

"Entahlah sehingga kerja saya selesai baru kita balik. Sebelum balik apa kata kita buat perjanjian melawat satu negara Korea ni. Sekurangnya kita ada kenangan terindah"

"Boleh juga. Saya setuju"

Fattah membuat isyarat tangan okay. Ia dan Aisyah ketawa. Akhirnya ia rapat dengan Aisyah. Masa untuk mengenali dengan lebih rapat lagi.

Sebolehnya Fattah mahu Aisyah tahu bahawa ia mempunyai hati kepadanya. Andainya kau tahu bahawa aku dah jatuh cinta dekat kau mesti best kan?

Jangan lupa follow twitter dan ig author tau! Love you all :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience