"Assalamualaikum bidadari Syurga Abang. Dah bangun ke belum ni? Dah solat subuh?"
"Waalaikumussalam HeroKu. Dah bangun. Solat pun sudah. Abang tengah buat apa? Dah sarapan ke belum?"
"Abang baru je otw nak sambung tidur balik. Letih sangat sebab semalam tidur lambat nak siapkan dokumen. Huah.. mengantuknya"
"Kesian Abang. Dah lah Abang tidur dulu. Nanti Abang call Sayang balik"
"Abang tak sabar nak kahwin dengan Sayang. Bolehlah Sayang usap badan Abang setiap kali Abang nak tidur. Tak sabarnya! Lambat lagi ke Sayang?"
Ya Allah dia ni, rilek je cakap macam ni. Nasib dia tak ada depan aku. Kalau tak malu aku jika dia tengok muka aku ni. Muka yang tengah menahan malu sangat. "Hish Abang ni. Insyaallah hari yang ditunggu akan tiba. Abang jangan risau. Sebaiknya doakan yang terbaik buat hubungan kita" Boleh bertahan ke hubungan ni? Macam mana dengan wasiat Mira? Perlukah aku ikut? Habistu Fattah? Takkan nak buang macam tu je dia ni?
"Oklah Sayang. Nanti kita call lagi. Abang dah mengantuk sangat ni. Tidur dulu ya. Bye. Love You Forever"
"Oklah. Love You Too. Bye"
Tup. Panggilan dimatikan. Aisyah membuka laci di sebelah katil. Dikeluarkan sekeping gambar. Gambar yang diambil bersama Mira ketika tamat SPM. Ya Allah, aku rindu akan sahabatku, Mira. Andai dia masih hidup, mungkin sekarang kami sudah meluangkan masa bersama. Mira, kenapa aku baru tahu? Perlukah kau buat wasiat tu? Perlukah aku ikut? Kenapa baru sekarang? Menangis Aisyah sendirian. I Miss You My Beloved Friend. Love You.
Aisyah aku berjanji akan rampas kau daripada Fattah. Aku tak nak tengok Fattah bahagia walaupun sedikit. Haha Fattah. Kenapa kau dapat apa yang kau mahukan? Kenapa bukan aku. Kau dah dapat harta pusaka nenek yang bernilai juta ringgit. Kau juga dapat Sinar Holdings sedangkan nenek dah janji nak bagi aku. Nenek tipu Qayyum. Sampai hati nenek buat macam tu. Fattah, kau juga dapat tunang yang cantik. Untung kau Fattah. Namun, aku akan pastikan kau hilang segalanya. Hahaha. Hilang!
"Sayang, macam mana? Okay tak baju perkahwinan kita? Abang main pilih je. Yang penting kena dengan tema kita"
"Okay je. Cantik. Tu baju idaman Sayang sejak dulu. Pandai juga Abang pilih. Ingat tak pandai."
"Sayang.. jangan puji Abang lebih sangat. Malu Abang" kata Fattah yang buat muka malu.
Ketawa Aisyah. Comel juga dia buat macam tu. Haih, nak cubit je pipi dia. Sedang enak Aisyah ketawa, tiba-tiba telefon dia berbunyi. Qayyum? Dia nak apa ni?
"Siapa tu?"
"Owh bukan siapa-siapa. Salah nombor kut. Tak kenal"
"Ye? Bagi Abang tengok. Cepatlah"
Aisyah takut. Tangan dia kemas memegang telefon itu. Aduh! Nanti dia mengamuk pula.
Entah bagaimana telefon itu terlepas dari tangan Aisyah. Hah sudah!
Merah muka Fattah melihat nama panggilan itu. Qayyum? Dia dah gila ke? Tak serik lagi ke? Tak guna! Dia tetap akan berusaha nak rampas Aisyah.
"Hello, kau nak apa lagi?! Tak serik lagi ke nak kacau yang hak orang lain! Hah! Ke kau dah gila! Tak tahu macam mana nak bezakan! Aku bagi warning dekat kau! Kau jangan nak kacau dia lagi! Faham! Kalau aku tahu kau kacau dia lagi! Siap kau! Aku bunuh kau juga nanti!" mengamuk Fattah. Tup. Panggilan dimati dengan begitu sahaja.
Pakk. Telefon dibaling atas paha Aisyah. Sabar Fattah. Ada Aisyah tepi kau ni. Sabar. Ya Allah, engkau hilangkan rasa marah dalam hatiku ini.
Aisyah ketakutan. Muka Fattah yang kemerahan menahan marah. Ya Allah, kenapa semua ini harus terjadi. Lagi beberapa minggu kami nak berkahwin. Kekalkan hubungan kami Ya Allah. Dia hanya mampu diam. Melihat Fattah seperti itu, bukan masa yang sesuai nak bukan mulut. Baik diam. Nanti mengamuk pulak dia.
HAPPY READING :)
Share this novel