1.

Romance Series 13066

Suara yang riuh datang dari kelas 5 Delima di sebuah sekolah.Mungkin kerana saat ini semua guru perlu menghadiri sebuah mesyuarat, yang menyebabkan pelajar bebas melakukan apa sahaja.

Tugas menjaga pelajar telah diberikan kepada para pengawas sekolah.Masing-masing menjaga kelas mengikut nama yang telah disusun.

Namun, hari ini ialah hari yang paling bahagia buat Aisyah.Ya, menjaga kelas dengan orang yang lama kita suka.Qayyum!

Sejak dari tingkatan 2 lagi kehadiran cintanya kepada lelaki itu hadir dalam dirinya.Namun, ia tidak berani nak memberitahu.Ia hanya mampu melihat lelaki itu dari jauh sahaja.

Tambahan lagi mereka berbeza kelas.Qayyum berada di kelas pertama manakala ia kelas yang kedua.

"Eh! Qayyum, Kau asyik study je.Jomlah main dengan kitaorang!"

"Taknaklah, aku nak siapkan kerja sekolah yang Sir Haikal bagi"

"Alaa..malam ni kau boleh buat.Yang penting kau cuba restkan otak tu sikit.Jangan asyik membaca je"

"Aku tetap taknak.Korang mainlah.Aku nak siapkan kerja ni awal-awal sebab aku takut aku tak sempat nak buat"

"Okeylah"

Aisyah melihat Qayyum tersenyum.Ia suka akan sifat tanggungjawab Qayyum itu.Mira, merupakan sahabat Aisyah dari zaman sekolah rendah memandang kearah Qayyum mengikut anak mata Aisyah.

"Heh! Kau pandang siapa tu?"

Lamunan Aisyah terhenti.Ia terkejut.Alamak sudah tahu ke?, desis hati Aisyah.

"Mana ada lah.Aku tengok Qayyum tu.Rajin juga dia siapkan kerja sekolah tu walaupun cikgu mesyuarat sekarang", tanya Aisyah yang bertanya kepada Mira yang merupakan sekelas dengan Qayyum.

"Dia memang macam tu.Selalu siapkan homework yang cikgu bagi"

"Baguslah kalau macam tu.Kehadiran dia yang menggantikan bekas pengawas yang kena pecat tu membuatkan sekolah kita selalu mencapai pretasi yang cemerlang"

Ya, Qayyum ialah pelajar yang menang ketika pemilihan pengawas baru bagi menggantikan yang lama dipecat oleh pengetua kerana ditangkap menghisap rokok di belakang bangunan sekolah.

"Itulah, bagus juga dia tak sama yang macam sebelum ni.Kalau tak memang hancur maruah sekolah kita"

Mereka terus berbual sehingga loceng berbunyi menandakan waktu pulang.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.Heh! Anak mama dah balik? Macam mana penat ke?"

"Dah mama.Penatlah juga sebab kena jaga kelas sementara cikgu mesyuarat"

"Dah, pergi naik atas dan mandi.Lepastu turun makan.Mama tunggu dekat dapur"

"Baiklah", kata Aisyah.Ia terus menaiki atas tangga.

"Qayyum, kenapa tersenyum seorang ni? Teringat dekat awek ke?"

"Mana adalah Mama.Qayyum teringat lawak kawan tadi"

"Okeylah.Qayyum naik mandi dulu.Lepastu makan"

"Baiklah Mama"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience