28.

Romance Series 13066

Bruk. "Assalamualaikum! Mama, macam mana dengan Fattah?" Pintu dibuka dengan kasar. Bergegas Aisyah ke hospital sebaik sahaj mendapat panggilan daripada Mama mengatakan Fattah masuk hospital.

"Waalaikumussalam, Fattah tak apa-apa. Dia kurang sihat je" Bohong Mama. Kisah Fattah kena santau masih dirahsiakan daripada Aisyah. Semuanya kerana Fattah. Dia tidak mahu Aisyah risau.

"Alhamdulillah, bila Fattah akan sedar?"

"Doktor kata tak lama lagi Fattah akan sedar. Sejak bila menantu Mama panggil guna nama? Bukan panggil 'Abang' ke? Ke malu" Kening diangkat.

"Mana ada, Mama. Tak malu pun" Dalih Aisyah.

"Yalah tu. Habistu kenapa muka merah tu?"

Aisyah memegang pipinya. "Sejuk bilik ni. Itu yang merah pipi ni"

"Yalah" Mama ketawa.

"Assalamualaikum" satu suara memecahkan kesunyian.

Aisyah terkejut dengan kehadiran Qayyum. Dia cuba bersikap biasa.

"Eh! Qayyum, mari masuk"

"Macam mana dengan Fattah? Dia tak apa-apa?" Tanya Qayyum. Wajah risau dibuat. Sempat dia menjeling kearah Aisyah.

"Fattah okay je. Kejap lagi dia sedar. Dia cuma penat je"

Qayyum mengganguk. Ceh! Tak sangka dia lemah juga. Ingatkan kuat sampai tak sedarkan diri macam ni. Aduh, Fattah! Kenapalah kau tak serahkan sahaja Aisyah kepada aku? Kan senang, tak perlu aku nak buat kau sakit macam ni.

"Qayyum..Aisyah..Mama nak keluar sekejap. Mama ada hal yang nak diselesaikan. Mama nak korang berdua jaga Fattah"

"Baiklah" Jawap Aisyah dan Qayyum.

"Aisyah..U dah fikir masak-masak tentang wasiat arwah isteri saya? Saya harap U boleh berikan jawapan yang sesuai"

"Saya..saya tak tahu. Saya berbelah bagi. Saya tak tahu samada nak ikut wasiat itu atau berkahwin dengan Fattah? Saya buntu"

"Tapi, U mesti kahwin dengan saya. Arwah isteri saya nak U jaga anak kami. Kesiankan anak kami, dia perlukan kasih sayang daripada seorang ibu. U orangnya. U layak jadi ibu kepada anak saya. Please, Aisyah"

Aisyah melepaskan nafas berat. Serabut. Dia buntu. Dalam masa yang sama, dia berbelah bahagi. Dia tidak tahu macam nak lakukan. Dia mahu laksanakan wasiat itu tapi dia tidak mahu tinggalkan Fattah yang telah berjaya menyembuhkan segala kesakitan dalam dirinya.

Qayyum tersenyum sinis. Dia tahu Aisyah telah berbelah bagi.

Petang menjelang. Fattah masih tidak mahu sedarkan diri. Aisyah sudah merasa bosan. Qayyum sudah meminta diri untuk pulang. Katanya ada hal.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, eh Mama!"

"Fattah dah sedar?"

"Belum lagi, Mama"

"Tak apa, Aisyah makan dulu. Mama dah bawa makanan untuk Aisyah"

"Terima kasih, nanti Aisyah makan. Aisyah tak ada selera nak makan sekarang"

"Hm..baiklah" Kesian Mama melihat Aisyah setia menunggu Fattah sedar. Sanggup tidak mahu makan.

Mata Fattah akhirnya terbuka. Siling putih dipandang lama. Kepala pening. Bau ubat menusuk hidungnya kurang menyenangkan "Mama" panggil Fattah perlahan.

"Fattah? Kenapa? Ada sakit kat mana-mana ke?" Terkejut Mama mahupun Aisyah.

Fattah memandang wajah Aisyah lama. Hatinya terasa panas. "Apa kau buat dekat sini?" tanya Fattah kasar. "Kau keluar sekarang! Aku serabut tengok muka kau! Keluar!"

"Fattah! Kenapa ni?! Kenapa nak halau Aisyah?!"

"Fattah serabut tengok muka dia. Serabut tahu tak! Kau tunggu apa lagi?! Keluar! Now!"

Aisyah menangis dek terkejut dengan tengkingan Fattah. Tak pernah Fattah menaikkan suara kepadanya. Tetapi, sekarang Fattah baru sahaja memarahi dirinya.

"Mama, Aisyah balik dulu. Assalamualaikum" Terus Aisyah pergi dari situ.

"Aisyah!"

"Mama! Tak payah nak kejar dia!"

"Ya Allah! Apa dah jadi ni? Fattah? Kenapa halau Aisyah? Dia tunang Fattah."

"Tunang? Fattah tak ada tunang macam dia. Fattah benci tengok muka dia. Hati Fattah panas setiap kali tatap muka dia. Macam mana dia tu tunang Fattah? Bukankah tunang tu orang yang kita sayang? Tapi, Fattah tak sayang dia."

Mama menangis. Dia risau. Penyakit Fattah semakin teruk. Fattah sudah tak dapat berfikir dengan baik. Dia sudah berubah.

"Tok? Macam mana?"

"Sudah berjaya. Wajah orang yang dia sayang kini dibenci olehnya. Tatap sedikit sahaja akan mengamuk. Jadi, kau boleh ambil peluang ni untuk berkahwin dengan perempuan itu. Aku akan lakukan yang selebihnya. Kau serahkan budak itu kepada aku"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience