Hari yang paling berdebar bagi pelajar tingkatan 5 iaitu SPM.Aisyah terus mengusap dadanya dengan perlahan bagi mengurangkan rasa debaran tersebut.
"Eh Aisyah! Awak dah ready ke?", tanya Mira.
Semua pelajar berada di luar dewan peperiksaan bagi menyediakan diri mereka masing-masing.
"Aku dah ready tapi aku takut sedikit", kata Aisyah yang memberitahu kegusarannya.
"Jangan risau, kita boleh buat dan berjaya.", Mira memeluk Aisyah bagi mengurangkan rasa takut kawannya itu.
Tiba-tiba mereka terdengar pengumunan untuk masuk ke dalam dewan.
"Jom Aisyah! Kita masuk sekarang.Baca doa dulu sebelum menjawap"
Aisyah memejam mata dan menarik nafasnya.Ia membuka mata dan tersenyum kepada Mira.
"Eh! Macam mana? Awak boleh buat ke tak?"
"Alhamdulillah, aku boleh buat.Semua yang aku study masuk dalam tu"
"Baguslah kalau macam tu"
1 Bulan kemudian~
Setelah melalui hari yang paling mencabar bagi pelajar SPM, akhirnya mereka sudah tamat menjawap soalan peperiksaan.Mereka saat ini lagi sedang menunggu keputusan.
Setelah tamat peperiksaan, Aisyah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan tinggal di sana untuk menemani neneknya.
Hari ini ia baru sahaja pulang ke rumah milik keluarga setelah menghabiskan masa disana.Banyak kenangan lucu terjadi semasa ia di kampung.Tambahan lagi sepupunya juga pulang ke kampung.
Telefon Aisyah berbunyi menandakan sebuah panggilan masuk."Assalamaulaikum",
"Waalaikumussalam, ya ada apa cik Mira?"
"Jom kita keluar lepak petang ni.Aku nak jumpa kau.Aku ada sesuatu yang nak diberitahu dekat kau"
"Baiklah.Kau tunggu aku datang"
Aisyah mencari Mira di sebuah taman."Aisyah!!", jerit satu suara itu.
Aisyah terus berpaling.Ia ternampak sekujur tubuh yang duduk di sebuah kerusi dan meja yang disediakan disana.
Aisyah terus berlari mendapatkan Mira."Weh! Dah lama aku tak jumpa kau! Rindunya!", jerit Aisyah sambil memeluk Mira.
"Aku pun rindu dekat kau.Kau balik kampung tak ajak aku pun".
"Sorrylah weh.Aku nak ajak kau tapi sepupu aku pun ramai yang nak balik sekali.Kau tahu kau rumah nenek aku besar mana?"
"Tak apa.Aku tak marah pun.Aku bergurau je"
"Apa benda yang kau nak bagitahu aku tu?"
"Janji kau jangan terkejut"
"Ya, apa dia?"
"Aku nak bagitahu kau yang aku akan bertunang minggu depan!"
"Ya Allah! Dengan siapa?!"
"Dengan Qayyum!"
"Qayyum?", tanya Aisyah.Hati dia berdetak dengan laju.
"Ya, Qayyum ketua pengawas sekolah kita dulu.Kitaorang dah lama bercinta cuma Qayyum taknak orang lain tahu"
Aisyah tersenyum kelat."Tahniah weh.Aku gembira yang kawan aku ni bakal jadi isteri orang"
"Terima kasih Aisyah", kata Mira memeluk Aisyah dengan erat.
Share this novel