"Mama..Mama tengah buat apa tu? Heh! Ustaz pun ada sekali. Ustaz buat apa dekat sini?"
"Ustaz datang nak tengok keadaan Fattah. Macam mana? Kena ganggu lagi ke?" soalan Fattah tanya apa yang dia buat tidak dijawap. Dia nampak tu aku tengah buat apa. Tahulah dia fikir macam mana.
"Oh..sudah okay. Tak kena ganggu lagi. Mama..Fattah masuk bilik dulu ya. Bye" bangun Fattah menuju kearah anak tangga.
"Mohd al-Fattah" panggil ustaz Haikal mematikan hasrat.
Ustaz Haikal menuju kearah Fattah. Berdiri berhadapan. Wajahnya tenang seolah tiada apa yang akan berlaku.
"Kamu ada apa-apa masalah yang saya boleh bantu ke Fattah" tenang Ustaz soal.
Ustaz Haikal menarik nafas dalam.
Sekejap menghirup dan dilepaskan.
Fattah menunjukkan senyuman manis kepada Ustaz Haikal.
"Kamu tahu kenapa kamu diganggu sejak semalam? Semua kerana musuh kamu. Dia bencikan kamu"
"Macam mana Ustaz boleh-.." kata-kata Fattah mati apabila Ustaz Haikal mendekati dirinya dengan rapat. Rapat sehingga mendengar bunyi nafas Ustaz itu.
Ustaz menarik senyum senget kepada Fattah. Wajahnya didekati telinga Fattah. " Sentiasa ada batas antara dua dunia. Manusia yang mampu melawan Syaitan seperti KAU ialah manusia yang kuat iman. Sekelip mata KAU akan terhapus"
Dengan pantas Fattah menolak bahu Ustaz Haikal. Seolah dia tercabar dengan bisikan ini.
Dengan pantas Ustaz Haikal memaut lengan Fattah. Mama terkejut melihat keadaan ini. "Ustaz kenapa ni?" tanya Mama. Fattah sedaya upaya untuk melepaskan pautan ini. " LEPASKAN AKU!" marah Fattah. Wajahnya merah.
"Allahu la ilaha illa Huwa,
Al Haiyul Qaiyum
La ta khuzuhuhu sinatun wa la nawm..."
Pautan itu terlepas. Fattah terus menumbuk wajah Ustaz Haikal. Habis terjatuh ustaz Haikal. Darah mengalir di bibir Ustaz.
Mama terus berlari mendapatkan Ustaz. Dia membantu Ustaz itu berdiri.
Sudah menolong Ustaz berdiri, Mama terus menuju kearah Fattah. " Fattah! Apa yang Fattah cu-...." terhenti kata Mama apabila melihat senyuman meleret Fattah kepadanya.
Air liur ditelan payah.
"Arkkh" Fattah mencekik Mama. Bibir Fattah tidak lekar dengan senyuman sinis.
Suasana menjadi tegang.
Dengan pantas ustaz berlari kearah Fattah. Dia sekali lagi memaut lengan Fattah. Mama berjaya dilepaskan.
Mata Ustaz tajam memerhati Fattah yang seperti sudah kerasukan. Dirinya sudah dikuasai oleh makhluk Syaitan.
"Datin sila panggil semua pembantu lelaki Datin datang sini secepat mungkin! Saya mahu buang makhluk ini daripada badan Fattah! Cepat!" arah ustaz. Ia memerlukan kudrat yang ramai.
"LEPASKAN AKU! KAU PATUT MATI! KAU MANUSIA YANG PALING BODOH AKU PERNAH JUMPA! HAHA! BUDAK INI MILIK AKU! SELAMANYA MILIK AKU!"
"BUDAK INI BUKAN MILIK KAMU! KAMU MAKHLUK YANG MEMBUAT MANUSIA MENJADI LALAI! KETURUNAN KAMU PATUT DIHAPUSKAN! KAMU TELAH MENGANGGU ANAK CUCU ADAM!"
"Ustaz!!"
"Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Dia, Yang Kekal Selamanya Mentadbir Sekalian Makhluk-Nya. Yang Memiliki Segala Yang Ada Di Langit Dan Bumi" Ustaz Haikal memegang erat tangan Fattah.
Dia juga memberikan signal kepada para pembantu untuk menghalang Fattah daripada terlepas.
"LEPASKAN AKU BODOH!!"
Dada Fattah memberombak marah. Peluh membasahi badannya. Dia meminta untuk dilepaskan.
"Dengan Nama Allah, Lagi Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihi. Aku Berlindung Kepada Tuhan Yang Mencipta Sekalian Makhluk, Dari Segala Bencana Dan Dari Segala Kejahatan Manusia Dan Makhluk-Nya" Ustaz Haikal menekan kepala Fattah.
"DIAM BODOH! DIAM! AKU BENCI MANUSIA SEPERTI KAU! DIAM!"
Fattah berteriak kuat sehingga menampakkan urat menandakan dia sedang menahan amarah.
"Aku Berlindung Kepada Pemeliharan Sekalian Makhluk. Tuhan Yang Berhak Disembah Sekalian Makhluk. Dari Segala Kejahatan Pembisik Penghasut Dari Kalangan Jin Dan Manusia"
Tiupan kecil dihembuskan
Akhirnya, Fattah terkulai lemah dilantai simen.
"Lepaskan dia" arah Ustaz Haikal.
Kemudian Ustaz Haikal memeluk Fattah
Erat.
"Ustaz..." Fattah ingin bersuara namun kudratnya tiada.
Tanpa sempat menyambung kata akhirnya Fattah pengsan disitu.
Mama terus mendapatkan Fattah. Dia memandang Ustaz dengan penuh tanda tanya.
"Bawa dia masuk bilik. Bagi dia berehat"
SELAMAT MEMBACA ^-^ SILA BAGITAHU KALAU ADA KESILAPAN OKAY NANTI SAYA BAIKI BALIK.
Share this novel