30.

Romance Series 13066

Fattah merenung kearah pantai yang indah itu. 1 tahun dia berada di Terengganu bagi mengubati dirinya. Sejak akhir ini, dirinya sudah sembuh. Tiada lagi ganguan daripada makhluk halus itu.

1 tahun juga terputus hubungan dia dengan wanita yang dicintai, Aisyah. Dia reda jika mereka berdua tiada jodoh. Dia berharap Aisyah boleh berjumpa dengan lelaki yang lebih layak.

"Fattah? Buat apa dekat sini? Jauh termenung nampak?" Tanya Ustaz Haikal. Satunya individu yang telah membantu sembuh.

"Hah?! Tak ada lah ustaz. Saja ambil angin dekat sini. Tenang je rasa dia. Dah lama saya tak rasa tenang macam ni"

"Macam mana dengan keadaan kamu? Dah okay?"

"Alhamdulillah, saya dah okay ustaz"

"Alhamdulillah, ustaz nak tanya kamu sesuatu boleh?"

"Apa dia?"

"Kamu tak nak balik Kuala Lumpur ke? Kesian dekat Datin duduk seorang dalam rumah besar itu. Kamu baliklah. Teman Datin tu"

"Saya memang berhajat nak balik hujung minggu ni"

"Baguslah. Nanti Ustaz teman kamu balik Kuala Lumpur juga. Takut apa-apa yang terjadi dekat kamu lagi"

"Terima kasih, ustaz. Ustaz dah banyak tolong saya. Saya tak tahu nak balas macam mana"

"Sama-sama. Tak perlu balas apa-apa. Kamu dah banyak keluarkan duit untuk baiki sekolah agama ni. Ustaz yang patut berterima kasih dekat kamu. Lagipun, ustaz sudah anggap kamu sebagai adik ustaz" Senyum Ustaz Haikal.

Senyuman disambut oleh Fattah. Dia bersedia untuk mulakan hidup seperti dahulu.

"Aisyah..Mama nak tanya sesuatu?"

"Apa dia, Ma?"

"Aisyah bahagia ke sekarang? Bahagia dengan keputusan Aisyah ambil ni? Mama bukan apa..Mama tahu Aisyah masih sayangkan Fattah. Tapi, kenapa Aisyah sedia nak jadi isteri Qayyum? Setahu Mama, cinta Aisyah pada Qayyum sudah lama mati. Tapi, ini apa?"

Aisyah menghela nafas berat. "Aisyah buat semua ini demi wasiat tu, Mama. Aisyah sanggup jadi isteri Qayyyum asalkan wasiat itu tercapai. Buat apa nak ungkit pasal Fattah? Dia sendiri yang minta putus. Jadi tiada siapa yang mampu halang keputusan Aisyah. Aisyah berhak memilih siapa yang mampu menjadi iman Aisyah"

"Walaupun Aisyah tak cintakan Qayyum?"

Diam. Aisyah menunduk. Dia tidak berani menatap wajah ibu yang sudah melahirkan dirinya di atas muka bumi ini.

"Aisyah..Mama hanya nak tengok anak Mama bahagia. Mama hormat keputusan Aisyah. Tapi? Adakah ini keputusan yang betul? Adakah ini mampu membuatkan Aisyah bahagia menjadi isteri kepada lelaki yang Aisyah sama sekali tidak cinta? Mama tidak kisah pasal wasiat itu. Tapi, kalau ini keputusan Aisyah. Mama akan sedaya upaya untuk menerima kalau ini mampu membuatkan Aisyah bahagia. Dah, sambung makan. Nanti Aisyah fikir balik pasal perkara ini"

"Ya Allah! Fattah! Anak Mama! Akhirnya balik juga kamu" Mama memeluk Fattah erat. Rindu seorang ibu terhadap anaknya semakin terubat. Akhirnya Fattah pulang ke pangkuannya.

"Maafkan Fattah kerana mengambil masa yang lama untuk balik. Fattah perlukan masa untuk fikirkan semua yang berlaku"

"Sudah. Tak apa. Mama maafkan Fattah. Mama tahu Fattah perlukan masa. Sekarang! Fattah dah balik! Ya Allah! Kenapa tak beritahu Mama dahulu sebelum nak datang? Suka sangat buat Mama terkejut!"

"Alaa Mama ni. Macam tak biasa pula. Fattah saja nak buat Mama terkejut. Baru best!"

"Hish budak ni, best ikut mananya. Buat sakit jantung adalah"

"Haha..maafkan Fattah. Fattah janji tak buat lagi. Nanti Mama sakit pula"

"Dah. Jom kita masuk. Fattah mesti penatkan. Fattah naik atas dulu. Bersihkan diri. Lepastu turun makan tengahari. Jangan tak turun pula"

"Baik! Mom!" Sempat lagi Fattah membuat gaya seperti askar menerima arahan daripada ketua mereka.

Mama ketawa melihat karenah Fattah. Macam budak pun ada. Nasib baik anak tunggal. Ya Allah..sesungguhnya hamba bersyukur. Kau sudah kembalikan keadaan anak aku seperti dulu. Terima kasih, Ya Allah!

"Fattah..Mama nak beritahu Fattah satu hal"

Fattah hanya menganguk. Dirinya terlalu leka merasai masakan Mama.

"Aisyah akan berkahwin pada hujung bulan ni. Mama harap Fattah bersabar"

Suapan Fattah terhenti. Nafas berat dihembus. "Fattah reda dengan apa yang berlaku. Mungkin kami tiada jodoh. Fattah dah move on. Mama jangan risau, Fattah okay je" Senyuman dipamerkan. Senyuman yang sekadar menutup rasa sedih di hatinya.

Mama perasaan dengan perubahan Fattah. Senyuman itu, senyuman yang dipaksa tunjuk bagi menutup kesedihan. Dia tahu Fattah masih belum move on.

"Aisyah akan berkahwin dengan siapa?"

"Qayyum"

"Oh. Baguslah. Qayyum lelaki yang mampu menjaga Aisyah. Fattah doakan mereka bahagia"

"Eh! Sikitnya makan. Mari makan lagi" Pelik Mama sebaik sahaja melihat Fattah bangun dari meja makan.

"Tak apa, Mama. Fattah dah kenyang. Fattah penat. Nak masuk bilik dan berehat"

"Hmm..yalah"

"Aisyah..saya doakan awak bahagia. Maafkan saya kerana putus tunang dengan awak. Saya tahu, Qayyum ialah lelaki yang mampu menjaga awak dengan baik daripada saya" Tingkap bilik ditenung. Hujan turun seolah faham bahawa hatinya sedih.

Dirinya berasa bersalah dengan apa yang berlaku. Masa itu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Seakan fikiran dikawal oleh orang lain.

Namun, ia reda dengan ketentuan Allah SWT. Dia hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience