31.

Romance Series 13066

"Assalamualaikum, Aisyah. Awak apa khabar?" Tegur Fattah. Dia terserempak Aisyah semasa sedang memilih buku. Sejak akhir ini, dia asyik luangkan masa dengan membaca buku.

"Waalaikumussalam, saya sihat sahaja" Jawap Aisyah yang masih terkejut.

"Saya tegur awak sebab nak ucap tahniah. Saya bersyukur awak sudah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik daripada saya. Saya harap awak kekal bahagia"

"Terima kasih, saya pergi dulu. Ada hal yang nak diselesaikan" Pinta Aisyah. Dia tidak mahu berlama disitu. Hatinya masih lagi terluka.

"Okay"

"Awak pergi mana tadi?" tanya Qayyum sebaik sahaja Aisyah sampai ke taman.

"Saya pergi beli buku"

"Beli buku atau berjumpa dengan bekas tunang kau?"

"Apa masalah awak ni? Asyik nak marah saya je?! Ok fine! Saya terserempak dengan dia! Dia cuma nak ucapkan tahniah atas pertunangan kita. Itu sahaja!"

Qayyum menarik nafas. Sabar. Dia tidak boleh menunjukkan sikap panas baran kepada Aisyah. Nanti semua yang dirancang akan hancur.

"Baiklah..maafkan I okay. I cuma cemburu sahaja. I minta maaf"

"Okay"

"Ya Allah, kenapa aku susah nak lupakan Aisyah? Tolonglah..lupakan dia, Fattah. Dia sudah bahagia. Kau sepatutnya move on. Bukan macam ni" Kolam renang ditenung. Dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi terhadap dirinya. Adakah dia masih cintakan Aisyah? Tapi, Aisyah sudah menjadi milik sepupu dia sendiri. Dia tidak mahu dituduh sebagai perampas.

"Tak! Tak mungkin! Tak mungkin Aisyah sukakan Fattah balik? Habis aku macam mana? Tak! Aku tak akan lepaskan Aisyah! Dia milik aku! Milik aku!" Mundar mandir Qayyum. Bercakap sendirian macam orang gila. Sekejap tergelak, sekejap menangis.

Qayyum bercakap sendirian. Sejak akhir ini, dirinya asyik cepat resah. Tidak dapat berfikir dengan baik. Paling teruk! Sikap panas baran semakin menguasai dirinya.

Gambar Mira direnung tajam. "Sayang..kalau awak tak bangunkan sikap panas baran Abang. Awak mungkin masih hidup lagi. Maafkan Abang sebab tolak Sayang jatuh dari tangga. Abang tak sengaja. Maafkan Abang" Menangis Qayyum.

"Hehe" Ketawa Qayyum sedirian. "Tapi, itu salah awak juga kan Sayang? Siapa suruh awak keluar dengan lelaki lain selain daripada saya? Itu salah awak! Salah kau!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience