"Mama, Fattah nak putus tunang dengan perempuan itu. Fattah tak cintakan dia"
Bagai dihempap batu dada Aisyah. "Abang? Kenapa Abang jadi macam ni? Apa salah saya?"
"Boleh tak jangan panggil aku macam tu. Jijik tahu! Aku cakap aku tak cintakan kau! Takkan kau tak faham!"
"Fattah! Apa ni? Kenapa Fattah jadi macam ni sekali? Mama tak fahamlah dengan Fattah ni"
"Kalau Mama tak faham sudah. Yang penting Fattah putus tunang dengan dia" Fattah memandang kearah tingkap. Semakin lama memandang wajah Aisyah, benci semakin menebal.
Aisyah mengesat air mata yang gugur. Dia tersenyum pahit. "Baiklah, kalau itu yang awak nak saya akan lakukan. Saya harap awak akan berjumpa dengan perempuan yang lebih baik dari saya" Cincin pertunangan dicabut dari tangan. "Mama, Aisyah minta diri dulu. Assalamualaikum" Cincin diletakkan diatas katil Fattah.
"Aisyah.." Panggil Mama. "Puas hati Fattah?" Tajam mata Mama memandang Fattah. "Semakin lama, semakin teruk Fattah. Mama pun tak faham kenapa Fattah boleh berfikir sampai macam ni? Apa salah Aisyah?"
Fattah hanya diam. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia melakukan ini. Fikiran dia tidak dapat berfikir dengan baik. Serabut.
"Awak?"
"Oh Qayyum! Buat apa dekat taman ni?" Aisyah dengan laju mengesat air mata.
"Saja jalan-jalan. Tengah restkan fikiran. Banyak sangat kerja yang perlu settle" Kata Qayyum. "Awak menangis ke? Kenapa ada masalah ke? Kalau awak nak kongsi dengan saya, saya sudi mendengar" Kain dihulur.
"Thanks. Saya okay je. Tak ada apa-apa"
"Yeke? Saya tak percaya. Cubalah cerita, mana tahu saya boleh tolong awak"
Nafas berat dihembus. "Saya dah putus tunang"
"Hah! Putus tunang?!" Pura-pura terkejut. Yes! Nampaknya musuh aku dah kalah. Inilah peluangnya.
"Ya"
"Maafkan saya. Saya tak tahu.."
"Tak apa. Saya redha. Mungkin kami tiada jodoh"
"Sampai hati Fattah buat awak macam ni? Apa kurangnya awak? Awak sangat sempurna dimata saya. Mungkin dia buta sampai tak nampak semua itu"
Aisyah ketawa. "Bukan salah dia. Mungkin dia bukan jodoh saya. Jangan risau, saya okay"
"Awak? Boleh saya cakap satu benda"
"Apa dia?"
"Pasal wasiat arwah isteri saya"
"Bagi saya masa. Saya perlu fikirkan balik semua ini"
"Baiklah. Saya akan bagi awak masa. Okaylah, memandangkan awak tengah bersedih apa kata kita pergi jalan-jalan. Saya janji ini akan buat awak gembira balik" Pujuk Qayyum. Dia akan berusaha mendapatkan hati Aisyah.
"Mama.."
"Mama kecewa dengan Fattah"
"Maafkan Fattah. Fattah tak cintakan dia"
"Kenapa baru sekarang Fattah beritahu Mama? Kenapa bukan dari dulu lagi? Kan senang, tak perlu korang bertunang"
"Fattah tak pasti dengan perasaan Fattah. Fattah keliru. Fattah bencikan dia, tapi dalam masa yang sama Fattah tak nak lepaskan dia. Fattah buntu. Fattah tak dapat nak berfikir dengan baik. Difikiran Fattah, hanya ada satu suara yang menyuruh Fattah putus tunang dengan dia"
Mama menghela nafas berat. "Fattah berehat dulu. Mama ada hal yang nak dibincangkan dengan ustaz" Mama menyelimut Fattah.
"Macam mana ustaz?"
"Saya nak minta izin Datin. Saya nak bawa Fattah ke kampung saya. Saya sudah jumpa ustaz yang mampu merawat orang yang kena santau. Saya harap Datin izinkan"
"Berapa lama Fattah kena berada disana?"
"Mengikut keadaan dia. Kalau dia sembuh, saya akan hantar Fattah balik"
"Baiklah. Saya setuju. Saya sanggup buat apa sahaja asalkan Fattah sembuh kembali. Saya tak tahan melihat keadaan anak saya seperti ini. Saya sanggup tunggu anak saya walaupun ia mengambil masa yang sangat lama"
Share this novel