Malam yang tidak indah bagi Aisyah.Ia terpaksa pergi tinggalkan keluarganya bagi tenangkan hatinya yang lara itu.
"Aisyah, perlu ke Aisyah pergi ke Korea?", tanya Laila yang tidak sanggup melepaskan anaknya pergi merantau sendirian.
"Mama..Aisyah pergi tak lama pun.Lepas hati Aisyah dah pulih baru Aisyah balik.Aisyah akan selalu call Mama dengan Papa"
"Awak..biarkan anak kita tenangkan hati dia.Awak bagi dia masa.Sampai waktunya dia akan balik"
"Aisyah..Mama bukan taknak bagi Aisyah tenangkan hati..tapi Mama takut kalau apa-apa terjadi dekat Aisyah apabila duduk dekat sana"
"Mama..Aisyah pandai jaga diri.Mama jangan risau okay", kata Aisyah memeluk Laila.
"Sudahlah.Aisyah, kamu dah lewat ni.Pergilah"
"Mama..Papa.Aisyah pergi dulu ya.Assalamualaikum", Aisyah menghulurkan tangan untuk bersalaman.Ia juga tidak lupa untuk memeluk kedua ibu bapanya.
"Yalah, hati-hati.Waalaikumussalam", balas Laila dan Amin.
Perjalanan Malaysia ke Korea yang mengambil 7 jam itu membuatkan badan Aisyah berasa letih.Ia menahan taksi lalu pergi ke hotel untuk berehat.
"Alhamdulillah, sampai juga hotel", kata Aisyah lalu baring di atas katil.
Disebabkan badan yang super letih itu membuatkan Aisyah melelapkan mata.Akhirnya ia tertidur keletihan.
Siapakah gerangan bidadari yang telah membuatkan hati aku jadi macam ni? Siapakah namanya? Dimana ia tinggal? Perlukah aku bertanya kepada Qayyum?, desis hati Fattah.
Sejak ia melihat wajah wanita itu.Sampai sekarang ia tidak dapat melupakan wajah itu.Wajah itu selalu bermain di fikirannya.
"Adakah ia sudah menjadi milik orang? Adakah ia sudah berpunya? Adakah ia belum berpunya?, desis hati Fattah sekali lagi.
Lamunan Fattah terhenti apabila dia terdengar ketukan pintu penjabatnya."Masuk"
"Eh Fattah! Bila kau pergi Korea?!"
"Ya Allah Aiman! Terkejut aku! Insyaallah aku akan pergi lusa ni.Kenapa kau takut rindu dekat aku ke?"
"Tak ada masa aku nak rindu dekat kau.Baik aku rindu dekat awek aku"
"Hahaha..aku gurau je lah.Btw, mana awek kau tu? Tak nampak pun hari ni"
"Busy dengan butik dia.Sendu aku hari ni"
"Biarlah..pelanggan dia ramai kut hari ni.Daripada kau sendu dekat sini baik kau tolong awek kau siapkan kerja dia.Boleh pergi date awal", kata Fatah yang memberikan cadangan.
"Kau bila nak ada awek? Takkan kau taknak kahwin? Kalau belum jumpa, mari aku tolong carikan untuk kau"
"Aku nak ada awek? Lambat lagi lah! Siapalah nak dekat aku yang miskin ni? Pasal kau nak tolong carikan tu tak payahlah.Biar aku yang carikan sendiri"
"Takkan tak ada perempuan yang nak dekat kau! Ke kau yang taknak dengan diorang? Kau miskin? Dah gila ke! Kau tu pewaris Sinar Holdings tau!"
Mereka terus berbual.Sudah lama mereka tidak berbual seperti ini.Sejak semua cucu keturunan Tun ni membesar, mereka sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tidak ada masa nak bergurau.
Keesokannya~
Aisyah berada di Han River.Ia berehat kerana baru sahaja habis berbasikal pada petang yang dia di Seoul.
Ia melihat keindahan petang Seoul yang mahu memasuki malam hari."Ya Allah, cantik sekali ciptaan-Mu", desis hati Aisyah.
Ia melihat ramai orang sedang meluangkan masa bersama keluarga.Aisyah tersenyum.
"Abang, bila anak kita nak balik? Saya rindulah"
"Ish awak ni.Bagi dia masa.Nanti dia baliklah.Baru semalam dia pergi.Takkan awak nak paksa dia balik pula"
"Abang, saya cuma risaukan dia.Saya tahu anak kita kecewa.Tapi dia sendirian di Korea sana"
"Abang tahu.Tapi dia dah besar.Dia juga perlukan kebebasan.Bagi dia masa okay", kata Amin yang memujuk isterinya.
"Okay"
"Fattah, pukul berapa nak pergi flight tu?", tanya Datin Maryam.
"Pukul 9 malam, Mama"
"Bila Fattah balik Malaysia semula?"
"Mungkin selepas syarikat dekat sana dah baik pulih baru Fattah balik"
Maryam mengganguk kepalanya.Ia tersenyum kepada anak bongsunya itu.Fattah, satu-satunya anak yang masih bersamanya setelah kematian suaminya dalam satu kemalangan.
Fakrul, anak sulungnya pergi meninggalkannya setelah mengetahui keputusan wasiat daripada ayahnya.Ia membunuh diri kerana tidak terima bahawa ia bukan pewaris Sinar Holdings tetapi hanya mendapat sebuah Villa mewah di Kuala Lumpur.
Datin Maryam redha.Meskipun sedih dengan kepergian anak sulungnya itu.Namun, dia terpaksa menerima hakikatnya.
Keesokkannya~
Fattah menuju kearah flight dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Pak Samd yang merupakan pemandu peribadi keluarganya sejak ia kecil lagi.
"Pak Samad jaga Mama tau.Selalu berada disisi Mama.Jangan tinggalkan Mama sendirian dirumah", kata Fattah memberikan nasihat.
Pak Samad mengangguk sambil tersenyum.Ia tahu Tuannya berasa berat hati untuk meninggalkan seorang ibu sendirian dirumah.Namun, dia terpaksa demi kerjanya sebagai seorang CEO.
Aisyah mengambil keputusan untuk bekerja sambil menambahkan wangnya walaupun wangnya sudah cukup.Ia bosan asyik berada di hotel tanpa melakukan apa sahaja.
Aisyah bekerja disebuah restoran masakan Malaysia yang beroperasi di Korea sejak 5 tahun lalu.Ia juga bersyukur kerana Bosnya adalah orang Malaysia.
Restoran ini terkenal bagi pelancong muslim yang datang ke Korea.Tangannya tidak cukup untuk menampung semua kerja yang perlu dilalukan.
Meskipun letih, namun ia tahu bahawa semua ini berbaloi.Ia juga mendapat gaji yang lumayan.
Fattah akhirnya sampai ke Korea.Ia terus bergerak ke Hotel dengan menaiki kereta yang dipandu oleh pembantunya.
Sebaik sahaja sampai di Hotel.Fattah memberitahu kepada pembantunya bahawa ia akan masuk penjabat pada pagi esok.
Ia menuju kearah katil lalu baring.Akhirnya kedengaran dengkuran daripada Fattah.Ia tertidur keletihan.
Pagi yang indah bagi penduduk Korea Selatan.Ramai anak muda penduduk Seoul sudah mulai memenuhi jalan bagi menuju ke tempat kerja dan juga sekolah.
Begitu juga dengan Fatah.Meskipun ia penat, namun ia cuba bertahan.Ia mahu memantau syarikat miliknya di Seoul.
Aisyah baru sahaja sudah mandi.Ia terus bersiap dan menuju ke restoran.
Share this novel