5.

Romance Series 13066

Fattah menguap sambil mengosok matanya.Sudah hampir 2 jam dia duduk memeriksa dokumen. Aduh, lapar pula aku ni, desis hati Fattah.

Ia memanggil pembantu untuk menyuruh membawanya ke restoran masakan Malaysia yang agak popular di bandar Seoul.

Aisyah dengan tekun memasak sesuatu."Eh, Aisyah! Tekun sangat kau masak ni", kata Aini yang merupakan pelajar yang bekerja bagi membayar yuran.

"Hahaha mana adalah"

Fattah turun dari kereta.Ia melihat kedai itu.Ia bersyukur ada rakyat Malaysia yang menjual masakan Malaysia di Korea.Fattah berpesan kepada pembantunya untuk pergi makan.

Ia masuk ke dalam kedai itu.Ia duduk di meja yang berada di sudut dinding."Annyeonghaseyo, can i take your order?", kata Aini lalu menghulurkan buku senarai nama masakan kepada Fatah.

Fattah membuka.Ia memesan air lemon ais dan juga nasi kerabu.Sambil menunggu pesanan sampai, ia sempat memeriksa jumlah wang yang masuk ke dalam syarikat itu.

"For you", kata Aini membawa pesanan Fatah.

"Thank You"

Fattah membaca doa."Eh! Kenapa rasa dia istimewa sangat? Kena dengan cita rasa aku!", desis hati Fattah.

"Aisyah! Tadi aku tengok ada seorang lelaki ni..handsome gila dia", kata Aini yang terbayang wajah Fatah.

Aisyah hanya tersenyum dan mengelengkan kepalanya.Ia sibuk memasak masakan untuk pelanggan yang datang.

Handsome sangat ke dia tu sampai Aini boleh angan dekat dia?, desis hati Aisyah. Buat apa aku nak ambil tahu pasal lelaki tu?, desis Aisyah sekali lagi yang cuba melupakan siapa lelaki yang dikatakan oleh Aini itu.

Sesudah makan, Fattah kembali ke penjabat untuk selesai dokumen yang ia perlu siapkan.Ia pelik bagaimana syarikat ini boleh muflis sedangkan ia serahkan kepada pengarah Choi.

Apa dia hanya duduk goyang kaki sementara pekerja lain yang bekerja keras bagi memajukan syarikat ni? Adakah dia bangga dengan pangkat dia?, desis hati Fattah.

Pengarah Choi sudah lama berkhidmat untuk bahagian cawagan di Korea.Dan ia juga salah satu pekerja yang bertanggungjawab.Tapi sejak akhir-akhir ini dia terdengar berita daripada pembantu peribadinya bahawa Pengarah Choi banyak membuang pekerja dan tidak lagi bertanggungjawab.

Sungguh, ia marah dengan sikap Pengarah Choi.Namun, ia hanya mampu memarahinya dan memecatnya.Hanya itu ia mampu lakukan.

Semasa di restoran makan, Fattah berasa pelik melihat satu akaun yang misteri yang terdaftar dalam syarikat itu.Ia menyuruh pembantunya menyiasat datang dari mana akaun tersebut.

Fattah mengurut kepalanya yang pening itu.Ia menghela nafas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience