"Assalamualaikum Mama. Wow sedapnya Nasi Lemak!!" jerit Aisyah riang.
"Waalaikumussalam. Meh duduk. Nanti sejuk tak sedap pula"
Laju Aisyah melabuhkan punggungnya. "Papa mana Mama? Tak nampak pun."
"Haih, Papa kamu ada hal dengan kawan dia. Katanya kawan nak jumpa dekat tempat golf tu. Lama tak jumpa. Biasalah kaum lelaki"
"Oo.." Aisyah mengganguk kepala. Air liur yang ditahan akhirnya ditelan. Tak sabarnya nak rasa Nasi Lemak. Dah lama tak makan. Dulu duduk dekat korea, ada sahaja orang jual. Tapi rasa selera dia itu tak sama di Malaysia. Laju tangannya mengambil pinggan. " Mama nak nasi" minta Aisyah.
Mama mengambil pinggan daripada tangan Aisyah. "Nah" kata Mama menghulurkan sepinggan Nasi Lemak.
Mereka membaca doa makan. Sedapnya. Makan dengan selera. Sesekali berbual pasal majlis kahwin Aisyah.
"Alhamdulillah. Kenyang juga akhirnya" Aisyah kenyang. Selera juga aku makan tadi. Nak dekat berapa pinggan aku tambah pun tak tahu. Yang penting kenyang masuk dalam perut.
Aisyah bangun menuju ke arah singki. Mama sudah lama selesai makan. Mungkin sekarang Mama tengah siram pokok bunga dekat depan halaman rumah.
"Aisyah..!" laung Mama.
Aisyah merasa namanya dipanggil mengangkat kepala. "Ya Mama? Kenapa?"
"Ada tetamu datang ni. Aisyah tolong buat air, boleh?"
"Boleh Mama. Berapa yang datang tu?" Baik tanya selalu. Senang sikit kerja nak bawa berapa gelas ke ruang tamu untuk dihidang.
"Seorang je. Kami tunggu ni"
"Ya! Nanti Aisyah bawa pergi dekat luar. Mama layan tetamu tu dulu" kata Aisyah tanpa mengetahui siapa yang datang.
"Mama ni air sudah siap"
"Terima kasih. Hah Qayyum, jemput minum. Silakan. Buat macam rumah sendiri. Jangan malu"
Qayyum? Adoi dia nak apa lagi? Laju kepala Aisyah terangkat. Qayyum tersenyum manis kepada Aisyah. Tunduk! Hanya itu yang dia lakukan. Alamak! Nasib baik Fattah tak ada dekat sini. Nanti dia merajuk pula. "Mama, Aisyah masuk dapur dulu. Ada hal yang nak diselesaikan"
"Hmm..yalah"
"Ada apa Yum datang sini?"
"Yum datang sini sebenarnya ada hajat"
Hajat? "Hajat apa ni Yum?"
"Yum nak masuk minang Aisyah. Yum tahu Aisyah dah ada tunang tapi Yum tetap nak Aisyah jadi isteri Yum. Jadi ibu kepada anak Yum. Kesian Aiman" Aku harap kau terima pinangan aku. Biar menderita si Fattah tu.
"Haih, bukan makcik tak nak terima tapi Yum tahukan yang Aisyah sudah jadi tunang orang. Makcik tak berani nak lawan keputusan Aisyah. Dia berhak bahagia dengan pilihan dia. Makcik terima semua keputusan yang anak makcik buat. Biar Aisyah sendiri yang tentukan. Makcik tak nak buat anak makcik menderita. Makcik harap Yum faham"
Tak guna! Kenapa semua tak menjadi? Aku nak sangat Makcik terima aku sebagai menantu. Bukannya si Fattah tu. Apa sihir dia guna pun aku tak tahu? Semua orang menangkan dia.
"Kalau macam itu, Yum balik dulu lah. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
SELAMAT MEMBACA!
Share this novel