"Ustaz? Apa yang sudah berlaku tadi? Macam mana Ustaz tahu yang anak saya kena rasuk?"
"Saya nampak bayangan hitam belakang Fattah tadi. Saya tahu makhluk itu memandang saya dengan amarah. Dia gunakan Fattah untuk melawan saya" terang Ustaz Haikal panjang.
Lembaga hitam?
"Maksud Ustaz?"
Ustaz Haikal menyelak sedikit lengan baju Fattah. Kelihatan lebam-lebam biru memenuhi lengan Fattah.
Ia juga menyelak baju Fattah di bahagian dada.
Mama terkejut melihat lebam biru yang memenuhi badan anak tunggalnya.
Ustaz Haikal cuba menekan lebam tersebut sehingga menyebabkan Fattah mengerutkan dahi menahan sakit.
"Kenapa dengan badan anak saya? Kenapa banyak sangat lebam ni?! Ya Allah, Fattah.."
"Saya sendiri pun tak pasti. Mungkin badan Fattah tidak dapat menanggung kesakitan yang dialami. Datin jangan risau. Saya tahu Fattah kuat. Dia anak yang kuat. Insyaallah, Fattah mampu menghadapi segala musibah"
Fattah terpisat bangun.
Kepalanya berpinar hebat membuatkan dia merasa tidak berdaya. Dia memegang kepalanya. "Arkkh" lirih Fattah pelan.
"Fattah..macam mana?" tanya Ustaz Haikal. Al-quran ditutup. Ia mendekati Fattah. Ia mengambil keputusan untuk tidur di rumah Fattah bagi memerhati keadaan Fattah.
"Ustaz..Mama mana? Fattah nak Mama. Ustaz..tolong Fattah. Fattah tak sanggup nak hadapi semua ni. Tolong Fattah, ustaz" rayu Fattah.
"Fattah..Datin tengah berehat. Ustaz yang suruh dia berehat. Datin nampak penat sangat. Fattah jangan risau. Ustaz ada dekat sini. Ustaz akan jaga Fattah. Fattah..ustaz tahu Fattah penat. Ustaz sudah merawat ramai orang yang kena santau ni. Tapi ustaz nak minta satu benda dekat Fattah. Ustaz nak Fattah terus bertahan. Insyaallah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Teruskan bertahan. Fattah nak tengok Datin sedih?"
"Tak nak"
"Kalau macam tu, teruskan bertahan. Okay sekarang kita pergi solat subuh. Ustaz akan jadi iman. Fattah pergi bersihkan diri dulu. Ustaz tunggu Fattah dekat ruang solat. Kita solat ramai-ramai"
"Baik Ustaz" kata Fattah. Ia bangun menuju kearah bilik air dengan perlahan. Sakit di kepala cuba ditahan sebaik mungkin.
"Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Segalanya. Ya Allah, engkau sembuhkanlah hamba-Mu ini. Lindungi hamba-Mu walau apa pun jua keadaan. Ya Allah, engkau berikan hidayah kepada orang yang melakukan segala ni. Aminn" doa diaminkan.
Fattah bersalaman dengan Ustaz.
Ustaz Haikal meminta diri untuk ke bilik. Ia mendapat panggilan daripada rakannya.
"Mama.." panggil Fattah.
"Ya Fattah, anak Mama"
"Mama.." Fattah meletakkan kepala di paha Mama. Ia memeluk Mama erat. "Mama..maafkan Fattah kalau setiap perkataan yang Fattah katakan sakitkan hati Mama. Fattah tak mampu nak bertahan" kata Fattah. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh.
"Tak apa. Mama tahu itu bukan salah Fattah. Mama tahu." Mama memeluk Fattah erat.
Ustaz Haikal yang baru sahaja sudah menjawap panggilan tersenyum manis apabila melihat anak beranak itu berpelukan. Rindu dia akan emaknya semakin menebar. "Emak Maaafkan haikal kerana tidak menjaga emak dengan baik" menitis air mata Ustaz Haikal.
"Abang? Kenapa dengan Abang sejak akhir-akhir ini? Macam nampak penat je? Abang okay ke tak?" risau Aisyah melihat wajah Fattah yang nampak seperti kepenatan.
"Maafkan Abang. Abang busy dengan projek baru. Abang okay je cuma penat sikit. Sayang jangan risau okay. Abang okay" kata Fattah. Ia cuba menutup perkara sebenar.
Di sebalik dinding restoran itu, terdapat sekujur tubuh yang memerhati dua makhluk yang sedang enak menikmati sarapan.
"Tak guna! Macam mana dia boleh okay sahaja? Macam tak menjadi je santau tu? Tak apa! Aku akan buat lebih daripada tu! Kau tunggu Fattah! Kau tunggu!" tangannya dikepal. Marah. Sesak di dada melihat orang yang ia suka bersama dengan musuh ketatnya.
JANGAN LUPA COMMENTS TAU! SELAMAT MEMBACA! psstt.. *Akan ada satu part dimana Fattah meminta putus tunang dengan Aisyah! Apa ini Fattah?! Kenapa buat macam tu?!
Share this novel