"Terima kasih Abang sebab bawa Sayang pergi jalan-jalan. Seronok hari ni"
"Hmm"
Hmm je. Haih, marah lagi lah tu. Abang.. sampai bila nak marah ni. Cepat tua nanti. Ujar Aisyah dalam hati.
"Haih, merajuk ke tu? Sorry lah tak bagitahu Abang yang dia ada nombor Sayang. Sorry"
Fattah hanya diam. Sedikit pun dia tidak memandang wajah Aisyah.
"Alaa.. Abang jangan lah merajuk. Sayang tak tahu macam mana nak pujuk Abang. Abang sorry lah. Abang.. jawaplah. Jangan senyap macam ni"
Fattah diam. Tiada respon langsung.
"Okay fine! Kalau nak merajuk, merajuk lah puas-puas. Malas nak layan Abang. Buat letih tenaga je" Marah Aisyah pula.
Buk. Kuat pintu kereta dihempas. Aisyah terus masuk ke dalam rumah tanpa memandang kereta Fattah lagi. Ikut kau lah. Nak merajuk ke apa? Macam budak-budak!
Sayang.. maafkan Abang. Abang cuma cemburu sahaja. Maafkan Abang ujar Fattah dalam hati. Ia terus memencut kereta meninggalkan rumah Aisyah. Tak guna punya Qayyum. Kau dah berani sekarang.
Haha.. kau ingat aku takut ke Fattah? Sorry okay. Aku tak takut langsung. Hahaha padam muka kau. Aku harap kau bergaduh besar dengan Aisyah. Putus pertunangan pun tak apa. Senang sikit aku nak rampas Aisyah dari kau.
Tiba sahaja telinga Qayyum terdengar bunyi ringtone. Fattah, akhirnya kau call juga aku. "Hello"
"Aku nak jumpa kau!"
"Dekat mana?!"
"Taman Titiwangsa. Now!"
Tup. Panggilan dimatikan begitu sahaja.
Qayyum tersenyum sinis. "Let's start a new game" Dia keluar dari rumah. Memencut kereta menuju ke taman Titiwangsa
"Ada apa kau nak jumpa aku? Aisyah mana? Kau tak bawa sekali ke? Alaa melepaslah nak tengok muka dia yang cantik tu"
"Tak guna!!" kelar baju Qayyum ditarik. "Buat apa kau nak kacau dia?! Dia milik aku! Selamanya!"
"Belum tentu dia milik kau. Baru bertunang kan. Belum berkahwin. Tapi kalau dah berkahwin, aku tunggu zaman janda dia. Haha"
Gila! "Kau dah gila Yum. Sampai hati kau buat aku macam ni. Apa salah aku? Kenapa aku tak berhak nak hidup bahagia?"
"Sebab kau! Aku tak dapat nak pegang jawatan Sinar Holdings! Nenek dah janji dengan aku yang Sinar Holdings tu hak aku! Tapi nenek tipu aku! Tipu aku! Dan sebab kau juga! Aku tak dapat berjuta ringgit tu! Semuanya sebab kau! Aku benci kau! Aku buat semua ni sebab nak tengok kau menderita! Haha!"
"Mengucap Yum. Mengucap. Ingat Allah. Apa yang kau buat ni semuanya salah. Tak betul ni. Kalau kau aku menderita bukan dengan cara buat Aisyah jadi bersalah. Kau boleh sahaja cederakan aku, tapi bukan mainkan perasaan Aisyah. Dia berhak bahagia. Dia berhak!"
"Aisyah. Dia akan jadi isteri aku nanti. Sebab apa? Sebab Mira yang suruh Aisyah kahwin dengan aku. Jadi Aisyah tu milik aku. Milik Aku!"
"Ya Allah, Aisyah dah tahu semua ni?"
"Ya. Dia dah tahu. Kita perlu tunggu siapa dia pilih? Antara kau atau aku?!"
"Tak Aisyah mesti pilih aku. Aku lelaki yang buat dia bahagia. Bukan macam kau! Buat dia menderita. Bertahun dia duduk dekat Korea semata nak lupakan kau. Kau tahu tak!"
Buk. Muka Fattah ditumbuk. Bibirnya berdarah. Hati Fattah membara. Dia bangun. Menumbuk muka Qayyum balik. Berlaku aksi bertumbuk di taman Titiwangsa.
HAPPY READING :)
Share this novel