"Kau keluar dengan siapa tadi? Bukan main mesra lagi aku tengok!" wajah Mira ditatap benci. Sakit hatinya apabila melihat isteri keluar dengan lelaki lain. Siap bermesra di tempat awan lagi.
Mira hanya diam. Dia tidak mahu menjawap soalan Qayyum.
"AKU TANYA KAU NI! JAWAPLAH! SIAPA LELAKI TU! SKANDAL KAU? Wow! Aku tak sangka, kau hamil sarat macam ni kau boleh lagi ada skandal. Hebat!"
"Apa yang Abang merepek ni? Skandal apanya. Dia tu kawan Mira sahaja. Dia temankan Mira beli barang untuk baby kita ni. Yalah, kalau Mira ajak Abang keluar, Abang bukannya ada masa pun. Asyik busy dengan kerja sahaja"
"Abang busy dengan kerja sebab Abang yang tanggung makan minum keluarga kita. Kalau Abang tak kerja, macam mana kita nak makan. Takkan itu pun Mira tak boleh nak fikir? Takkan sebab Abang busy Mira sanggup keluar dengan lelaki lain?"
"Ya! Memang! Sebab Abang busy Mira keluar dengan lelaki lain. Abang selalu cakap yang Abang tiada masa nak bersama dengan Mira. Abang lupa ke? Tak lama lagi, anak kita nak lahir. Barang dia pun kita tak sempat nak beli!"
Qayyum hilang kata.
"Sudahlah Abang! Mira tak tahan dengan panas baran dan cemburu buta Abang tu. Mira penat nak hadap semua ini"
"Sayang..maafkan Abang"
"Sudahlah Abang. Bagi Mira masa nak lupakan Abang yang Abang buat dekat Mira tadi. Malu Mira tahu tak!"
Peristiwa Mira ditarik keluar dari Mall bermain di kepala Qayyum.
"Malu? Habistu, awak yang isteri orang keluar dengan lelaki tu tak malu pulak. Nasib baik Abang yang nampak Sayang. Kalau Mak Abang nampak, macam mana? Malu dia bila tengok menantu dia keluar dengan lelaki mana entah" sindir Qayyum. Cemburu dia masih belum reda.
"Sudahlah, Abang. Mira malas nak layan Abang" Mira terus keluar dari bilik. Dia mahu tenangkan diri di pondok.
"Mira nak pergi mana? Abang belum habis cakap lagi"
"Abang! Sudahlah! Tak ada apa lagi yang nak dibincangkan! Tak habis-habis dengan cemburu buta dia tu"
"Apa Mira cakap?!"
"Memang betulkan? Selama ni, Abang asyik pukul Mira setiap kali Mira keluar dengan kawan Mira! Mira juga nak kebebasan!"
"Hanya Abang sahaja yang layak beri Mira kebebesan! Bukan dengan keluar dengan kawan lelaki Mira!"
"Mana kebebasan yang Abang berikan kepada Mira?! Mana? Mira tak nampak pun! Apa yang Mira nampak, Abang hanya beri Mira kesakitan! Mira penatlah!" Mira berlari anak menuju ke tangga.
"Mira!"
Qayyum mengejar Mira dari belakang. "Mira! Mira nak pergi mana lagi?! Kita tak selesai lagi!"
"Argh" Jerit Mira kesakitan. "Abang lepaskan! Sakitlah!"
"Tahu pun sakit! Tapi sakit hati aku tak sama dengan sakit tangan kau ni"
"Abang..tolong jangan dera Mira lagi. Mira merayu sangat"
Kata pujukan Mira tidak mampu meredakan Qayyum. Dia seakan hilang kawalan.
"Arghh! Abang lepaslah!" Tengkuk Mira dicekik kuat. Dia kehilangan nafas.
"Lepaskan? Lepaskan kau supaya kau boleh larikan diri pergi dekat lelaki itu? Tak! Aku tak akan!"
"Abang!!" Tubuh Mira berguling setiap anak tangga. "Arghh!" Darah mengalir keluar dari celah paha dipandang. "Abang.." Lirih Mira. Akhirnya dia rebah.
"Sayang! Sayang! Maafkan Abang! Sayang! Abang tak sengaja!" Tubuh Mira diangkat. Dia perlu cepat menyelamatkan nyawa Mira dan anak mereka yang akan dilahirkan.
"Doktor, macam mana?"
"Maaf, kami tak dapat nak selamatkan nyawa isteri Encik. Isteri Encik minta kami selamat anak Encik. Maafkan, saya"
Qayyum rebah disitu. Dadanya terasa dihempap batu yang besar.
"Qayyum.."
"Mama, Qayyum tak sengaja. Qayyum tak sengaja nak buat Mira macam tu sekali"
Tubuh Qayyum dipeluk erat.
"Mira!!" Jerit Qayyum. Dia menangis seadanya. Mira pergi kerana kesalahan dia. Andai dia boleh putarkan balik waktu, dia tidak mahu semua itu terjadi. Tapi, semuanya sudah terlambat.
"Qayyum..jangan macam ni. Mengucap"
"Mama, Qayyum tak sengaja! Sumpah! Qayyum tak sengaja!"
Satu bulan kepergian Mira. Qayyum masih tidak boleh menerima semua yang berlaku. Bayangan Mira terus menghantui dirinya.
"Sayang.." panggil Qayyum.
"Sayang maafkan Abang kan? Abang tak sengaja"
"Tak! Abang sayangkan Mira. Abang sayangkan Mira sangat"
"Sumpah! Hanya Sayang yang Abang cinta"
"Abang janji. Abang akan ikut Sayang. Sayang tunggu Abang" Qayyum menatap gunting diatas meja mekap. "Sayang..Abang datang ni" Hujung gunting diletakkan dipergelangan tangan.
Bruk! Pintu bilik dibuka kasar. "YUM! APA YANG YUM BUAT NI?! BAWA MENGUCAP!" Jerit Encik Qasir. Gunting direbut dari Qayyum.
"Papa, Yum nak ikut Mira! Kesian Mira seorang! Haha! Sayang, tunggu Abang tau. Papa, Yum nak temankan Mira!" Menangis Qayyum. Wajah Mira yang memanggil dirinya bermain di fikiran.
"Ya Allah!" Dada Encik Qasir bagai dihempap batu.
Naik seram Encik Qasir melihat Qayyum seperti itu. Sekejap gelak, sekejap menangis. Ayah mana yang tak sedih tengok anak dia macam ni.
*Maafkan Author sebab ambil masa yang lama nak update. Maafkan ;(
Author tak sebab nak buka app ni. Busy dengan hal yang perlu diselesaikan.
Maafkan Author, ^-^
Share this novel