"Tok! Ada cara lain nak bagi dia sakit sampai masuk hospital? Kalau boleh lebih teruk. Ada? Benci aku tengok dia duduk luangkan masa dengan perempuan yang aku suka. Serabut kepala aku!"
"Hmm..aku ada satu cara yang boleh buat dia seperti itu. Kau pergi ambil anak patung diatas meja sana"
Qayyum menjalankan tugas seperti yang disuruh. Anak patung itu dihulurkan. "Nah, Tok"
Bomoh itu memulaikan upacara tersebut. Asap berkepul memenuhi rumah kayu usang itu. Dia membaca ayat yang tidak boleh difahami oleh orang lain.
Qayyum hanya diam. Dia tidak mampu berkata. Takut menganggu kerja Bomoh itu.
Bomoh itu mengambil jarum berkarat itu. Tubuh anak patung dicucuk di bahagian perut. Dia ketawa.
Naik seram Qayyum mendengar ketawa itu. Takut.
Fattah yang baru sudah sahaja membaca al-quran. Sejak akhir-akhir ini, dirinya sering diganggu dengan mimpi buruk dan seram. Tubuhnya juga cepat merasa letih.
"Arkkh.." Lirih Fattah perlahan. Sakit yang teramat kuat dirasai di bahagian perut. "Kenapa pula dengan perut aku ni? Arkkh!" Semakin kuat sakit itu dirasai.
"Uhukk!" Habis darah merencik diatas lantai bilik. Terkejut Fattah dibuatnya. "Darah?". Dirinya merasai ada sesuatu yang tajam menusuk perutnya. Akhirnya Fattah rebah disitu. Sakit tidak mampu ia tahan. Matanya mulai tertutup.
"Sudah. Tugas yang kau minta sudah ku lakukan. Kau jangan risau. Dia belum mati. Dia hanya sakit sedikit"
"Sedikit? Yeke ke sedikit? Bukan main seronok Tok cucuk anak patung tu. Kiranya dia tengah tahan sakit yang kuat ni?"
Diam. Tok Bomoh itu tidak ada niat mahu membalas pertanyaan Qayyum.
"Fattah..jom kita makan. Mama dah masakkan lauk kegemaran Fattah" Pintu bilik Fattah diketuk.
"Fattah?" Pelik. Selalunya Fattah tidak pernah lambat menyahut. Tapi hari ini.
Klik. Pintu bilik dibuka. "Ya Allah! Fattah!" Jerit Mama. Terkejut melihat keadaan Fattah yang tidak sedarkan diri. Darah yang banyak keluar dari mulut.
"MakJah!! MakJah!!" Jerit Mama. Nama MakJah dipanggil.
"Ya, Puan!"
"MakJah! Tolong panggil Pak Mail sekarang. Kita perlu bawa Fattah ke hospital sekarang. Cepat!"
"Baik Puan" Berlari MakJah.
"Ya Allah! Siapa yang buat anak aku macam ini? Apa salah anak aku?" Tubuh Fattah dipeluk erat. Mak mana yang tak sakit hati melihat anak diperlakuan seperti ini.
"Ya Allah!" Terkejut Aisyah. Gelap yang jatuh dipandang. Ia merasa tidak sedap hati. Fikirannya hanya memikirkan Fattah.
"Aisyah? Kenapa ni?"
"Hah! Tak. Gelas terlepas dari tangan" Bohong Aisyah. Dia tidak mahu Mamanya risau.
maafkan Author sebab pendek ;) Selamat Membaca ^-^
Share this novel