16.

Romance Series 13066

"Thanks Abang sebab bawa Sayang pergi tengok wayang tadi. Best"

"Always Welcome. And thanks sebab luangkan masa dengan Abang. Abang happy sangat"

Mereka berjalan seiringin. Makan aiskrim sambil berjalan di taman merupakan aktiviti yang Aisyah mahu sangat lakukan bersama dengan orang yang ia cintai.

Fattah menatap wajah Aisyah yang enak makan. Ia berhenti. Melihat Fattah berhenti membuatkan tubuh badan Aisyah juga berhenti.

Tangan Fattah angkat lalu menuju kearah muka Aisyah. Ia menggelap sisa aiskrim yang berada di tepi bibir merah Aisyah. "Sorry sebab tersentuh wajah Sayang. Tadi ada sisa aiskrim dekat mulut Sayang"

Ya Allah, malunya. Jerit Aisyah dalam hati. Sumpah! Ia malu saat itu. Laju ia mengambil tisu yang terletak di dalam handbag.

"Thanks sebab dah luangkan masa bersama. Nanti Abang akan ajak Aisyah lagi"

"Welcome. Err..Abang tak nak masuk minum air dulu ke?"

"Tak apa lah Sayang. Abang nak pergi jumpa kawan sekejap. Kirim salam dekat Mama dengan Papa tu. Jangan buat tak ingat pula"

"Yalah. Sayang akan selalu ingat"

"Sayang malam ni jangan lupa mimpikan Abang tau. Nanti Abang datang dalam mimpi Sayang. Love You"

Aduh, siap suruh aku mimpikan dia lagi. Kes parah dah ni. Boleh sakit jantung aku ni.

Aisyah hanya mengganguk kepalanya. "Dahlah. Nanti lewat pula Abang nak jumpa kawan tu"

"Yalah Sayang. I miss you. Muah. Bye. Assalamualaikum" Kata Fattah dengan manja.

Aisyah teruk kebalkan hatinya. Aduh bisa cair hati aku ini. Matanya melihat kereta Fattah pergi dari situ.

Baru sahaja Aisyah hendak menutup mata. Tiba sahaja suara ringtone berbunyi. Nombor siapa pula ni? Jangan-jangan Mira kut. Nak angkat ke tak nak? Nanti takut nombor penting pula. Hah jawap je lah.

"Assalamualaikum..ni siapa?"

"Waalaikumussalam..Aisyah! Ni Qayyum. Maaflah sebab call Aisyah macam ini"

Qayyum? Dia ni nak apa? Sejak bila dia ada nombor aku? Ya Allah, engkau bantulah aku.

"Kenapa Qayyum call saya malam-malam ni? Ada sesuatu ke?"

"Tak ada apa-apa pun. Cuma nak bersembang dengan Aisyah. Maklumlahkan dah lama tak jumpa. Aisyah apa khabar? Sihat?"

"Alhamdulillah sihat je. Awak?"

"Saya sihat je. Aisyah tengah buat apa? Busy ke? Kalau busy maaflah ganggu Aisyah"

"Tak buat apa-apa pun. Tengah berehat je ni. Baru lepas balik dari berjalan dengan Fattah. Tak! Tak busy pun" Kata Aisyah yang mahu sakitkan hati Qayyum. Ia mahu Qayyum berhenti kacau dia lagi.

"Oh, bila majlis kahwin? Maaflah lupa nak tanya Fattah. Maklumlah busy kerja"

"Kami akan kahwin pada bulan hadapan" Balas Aisyah ringkas. Ia malas berbual dengan Qayyum lagi. "Okaylah, Aisyah nak tutup call ni. Ada kerja yang nak dibuat. Assalamualaikum"

"Okaylah. Aisyah, Abang akan selalu rindukan Aisyah. Waalaikumussalam"

Apa dia cakap tadi? Rindukan aku? Apa yang sudah terjadi ni? Ya Allah, kenapa? Apa yang sudah terjadi ni? Aku takut.

Kenapa dia cakap macam tu? Bukankah ia patut cakap itu dekat Mira? Jangan-jangan..! Ya Allah, apa yang aku fikir ni? Mungkin dia salah cakap kut. Nak cakap dekat Mira tapi tercakap dekat aku?

Aisyah terus dengan lamunan. Sehingga satu saat ia tertidur keletihan.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Tanya Aisyah. Pelik! Pagi semasa ia sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja. Tiba-tiba sahaja Qayyum menelefon dia untuk diajak keluar. Mereka memilih untuk berjumpa di taman.

"Saya ada sesuatu yang nak bagitahu awak. Tentang Mira dan masa depan anak saya"

"Apa yang sudah terjadi kepada Mira? Dah lama saya call dia tapi dia tak angkat pun. Mira tak apa-apa kan? Mana dia? Kenapa awak tak bawa dia sekali"

"Mira..dia..dia dah meninggal. Dia dah lama tinggalkan kita. Semasa awak dekat Korea, dia dah pergi dari dunia ini"

Bagaikan ada satu batu besar yang hempap di dada Aisyah. "Ya Allah! Mira! Apa yang sudah terjadi kepada dia?! Apa yang awak dah buat dekat dia?!" Marah Aisyah.

"Dia ada masalah semasa melahirkan Aiman. Doktor cakap kami terpaksa pilih antara dia atau Aiman. Tapi, Mira kata pilih selamatkan Aiman daripada dia. Awalnya saya marah kepadanya tapi saya terpaksa terima. Dia nak Aiman hidup bahagia" Cerita Qayyum yang mengalirkan air mata.

Aisyah berasa bersalah. "Awak, maafkan saya sebab dah tengking dekat awak. Saya minta maaf sangat"

"Tak apa. Awak tak bersalah. Maafkan saya sebab tak bagitahu perkara sebenar. Saya perlukan masa untuk kehilangan dia. Saya rasa bersalah sebab tak halang dia dulu. Maafkan saya"

"Tak apa. Kehilangan orang yang kita sayang itu amat menyakitkan. Ia mampu buat kita rasa putus asa. Ada kalanya kita rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Tapi itu takdir Allah tetapkan. Yang hidup perlu teruskan hidup. Kenangan kita bersamanya perlu disimpan dalam ingatan dan hati supaya ia tidak hilang. Sekarang, apa yang awak nak buat? Bagaimana dengan Aiman? Awak mampu menjaganya sendirian?"

"Sebelum bercakap pasal itu, saya ada sesuatu yang nak tunjukkan kepada awak. Nah" Hulur Qayyum sekeping surat. "Saya nak awak baca semua ini dekat rumah. Dekat sini tak bagus. Ini surat terakhir daripada Mira"

"Ehem" Satu suara yang mampu membuatkan Aisyah dan Qayyum berpaling. Mereka terkejut.

SELAMAT MEMBACA ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience