23.

Romance Series 13066

"Fattah Sayang. Bangun. Jom kita solat subuh. Fattah" panggil Mama. Bahu Fattah digoncang perlahan.

Fattah bangun dalam keadaan terkejut. "Ya Allah!" jerit Fattah. Ia menunduk. Kepalanya sangat sakit tika itu. Ia mengurut kepala bagi menghilangkan rasa sakit itu.

"Fattah! Kenapa ni? Fattah mimpi buruk ke? Fattah tak apa-apa?" tanya Mama mengurut belakang Fattah. Ia menuang secawan air masak yang tersedia di dalam bilik Fattah. "Minum air ni dulu. Tenangkan diri dulu. Fattah penat ni. Tak payah masuk kerja lah. Rest kan diri dekat rumah"

"Mana boleh aku buat macam tu? Kau ingat aku cari duit ni senang ke?" Kasar percakapan Fattah. Air yang dihulurkan oleh Mama ditolak. Habis tumpah membasahi lantai.

"Ya Allah! Mengucap Fattah! Kenapa dengan kamu ni? Apa salah Mama sampai kamu cakap macam tu sekali?" menangis Mama. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh jua.

Fattah memandang sekeliling biliknya. Terasa ada angin yang bertiup di telinga.

"Huh!" Pantas dia menoleh kiri kanan seperti orang yang tidak betul.

"Fattah? Fattah okay ke tak ni? Nak Mama bawa air lain untuk Fattah ke? Ke Fattah perlukan benda lain?" hairan Mama melihat Fattah yang tidak keruan. Ya Allah, apa yang sudah jadi ni? Kenapa Fattah macam ni?

Fattah memandang Mama. Ia ternampak satu lembaga hitam berdiri tegak di belakang Mama.

"Kau keluar"

Mama tersentak. Tak pernah lagi Fattah berbicara seperti ini.

"KAU KELUAR! AKU CAKAP KELUAR! JANGAN NAK KACAU AKU!" habis bantal dan barang yang berada di meja dicampaknya.

Mama terus berdiri. "Fattah? Fattah okay ke tak ni? Jangan buat Mama takut. Please. Mengucap Fattah. Ingat Allah!"

Lembaga hitam itu masih berdiri tegak. Seolah menatap tajam kearah Fattah.

Tiba-tiba sahaja Fattah gelak. Ia tersengih sehingga ke telinga. "KAU INGAT AKU TAKUT KALAU KAU MASIH BERDIRI DEKAT SINI?!" tawa Fattah semakin menggila.

"Ya Allah! Fatah bawa mengucap! Ingat Allah! Jangan buat Mama macam ni! Fattah! Mengucap!" Mama cuba tenangkan Fattah yang sudah berada di alam lain.

Fattah terus gelak. Seakan dirinya tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Mama. "HAHA! AKU TAK TAKUT DEKAT KAU! AKU TAK TAKUT" jerit Fattah. "ARGH" sekali lagi Fattah menjerit. Akhirnya dia rebah disitu.

"Ya Allah! Fattah!" jerit Mama. Ia menampar pipi Fattah perlahan. "MakJah!! Tolong saya!"

"Ada apa Puan? Ya Allah Tuan!"

"Tolong telefon ustaz Haikal! Fattah kena kacau ni! Cepat Makjah!" arah Mama.

"Baik Puan" berlari Makjah menuju ke ruang tamu.

"Ustaz, macam mana dengan anak saya? Teruk sangat ke?"

"Hmm...alhamdulillah buat masa ni dia tak teruk sangat. Tapi saya nak ingatkan dekat Datin selalu ada disisi dia. Dekatkan diri dia dengan Allah SWT. Takut dia lakukan lebih daripada ini. Kalau tak keberatan, boleh saya tahu? Anak Datin ada bermusuh dengan sesiapa ke? Sebab santau ni perkara yang teruk"

"Anak saya tak ada bermusuh dengan sesiapa. Dia budak yang baik. Tak pernah lagi dia tinggikan suara sampai macam ni"

"Kalau macam itu, kita hanya mampu tunggu sahaja. Saya dan para ustaz lain akan sedaya upaya selesaikan masalah santau ni. Saya minta diri dulu ya. Kalau anak Datin mengamuk ke, marah ke sila hubungi saya secepat mungkin. Kami akan berubat dia sehingga dia sembuh"

"Terima kasih ustaz. Saya tak tahu nak buat apa kalau ustaz tak ada. Takut juga saya bila tengok dia macam itu. Ibu mana tak sedih tengok anak dia macam itu"

"Sama-sama. Saya faham apa yang Datin rasa. Saya sudah merawat ramai mangsa santau ni. Saya sudah sediakan air Yaasin di bilik anak Datin. Bila dia bangun nanti, bagi dia minum sikit. Biar dia tenangkan diri dia dulu. Saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum"

"Terima kasih sekali lagi. Waalaikumussalam" balas Mama

Mama menghantar ustaz sehingga pintu ruang tamu. Setelah kereta ustaz hilang, ia menutup pintu. Laju langkah dia menuju kearah bilik Fattah.

Cleck. Apa yang lihat ialah Fattah masih berbaring lemah. Baru sahaja dirawat oleh ustaz. Dia menuju kearah Fattah perlahan. Menyentuh wajah anak yang sudah ia besarkan. "Fattah, anak Mama. Siapa yang buat Fattah macam ni? Sakit hati Mama bila tengok Fattah macam ni. Hiks. Jangan buat Mama macam ni lagi. Mama takut Fattah tinggalkan Mama macam Fakrul dan Papa. Fattah satunya orang yang Mama ada di muka bumi ni" kata Mama. Tangisan ditahan.

"Mama.." lirih Fattah. Mata dia berkelip. Akhirnya terbuka lemah. "Mama.." panggil Fattah sekali lagi.

"Fattah? Fattah okay ke ni? Sakit dekat mana? Bagitahu Mama cepat!" panik.

"Mama apa yang berlaku ni?" tanya Fattah. Pelik.

"Fattah kena rasuk tadi. Sekarang Fattah okay dah. Mama dah suruh ustaz rawat Fattah tadi. Fattah berehatlah dulu. Hari ni Fattah tak payah masuk ofis. Okaylah Mama nak turun bawah." arah Mama

Fattah hanya mampu mengangguk lemah. Sumpah badannya seakan hilang semua tenaga. Perlahan matanya ditutup. Akhirnya dengkuran halus terdengar. Mama mengucup dahi Fattah.

SELAMAT MEMBACA!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience