14.

Romance Series 13066

"Aisyah!"

Laju kepala Aisyah berpaling untuk melihat siapakah gerangan yang menjerit memanggil namanya. Qayyum? Berderu darah Aisyah. Dia nak apa sampai terjerit panggil nama aku?

Qayyum berlari mengejar Aisyah. "Assalamualaikum. Aisyah sihat? Dah lama tak jumpa Aisyah? Maaflah sebab jerit nama awak tadi. Takut awak tak dengar tadi. Itu yang saya jerit"

"Waalaikumussalam. Sihat je. Haah, dah lama kita tak jumpa. Takpa. Saya maafkan awak. Awak buat apa dekat sini?"

"Saya saja je jalan-jalan. Sambil tu saya beli barang anak saya"

Anak? Sejak bila mereka ada anak? Sampai hati Mira tak bagitahu aku. Ini yang buat aku sedih ni. "Anak? Lelaki ke perempuan? Nama apa?"

"Lelaki. Nama Aiman Iskandar. Maaflah kami lupa nak bagitahu Aisyah. Harap Aisyah tak kecil hati"

"Ouh Tak apa" Baru sahaja Aisyah hendak bertanya soalan kepada Qayyum namun sekali lagi namanya dipanggil. Aisyah terkejut melihat Fattah berlari kearah mereka.

"Hai Sayang. Buat apa dekat sini? Datang nak jumpa abang ke?"

"Eh! Bukan abang ke yang suruh sayang datang. Katanya nak keluar jalan-jalan. Abang ni! Cepat sangat lupa" Manja Aisyah sehingga lupa akan seseorang.

"Eh Qayyum! Dah lama aku tak jumpa kau. Kau apa khabar? Sihat?" Tanya Fattah.

"Aku pun dah lama tak jumpa kau. Aku khabar baik je. Alhamdulillah Sihat. Oklah aku pergi dulu. Ada hal yang nak diselesaikan. Assalamualaikum" Pergi Qayyum dari situ.

"Jom Sayang. Abang dah lapar. Abang juga rindu nak tengok muka sayang"

Merah muka Aisyah menahan malu. "Jom" Ajak Aisyah.

"Sejak bila mereka bercinta? Setahu aku Fattah dah ada kekasih. Tapi bukan dengan Aisyah. Mungkin mereka dah lama bercinta tapi tak bagitahu sesiapa? Sebab aku tahu Fattah tak akan bagitahu sehingga hari yang ditunggu akan datang.

Patutkah aku hancurkan hubungan mereka? Tapi bagaimana dengan wasiat yang Mira suruh lakukan itu? Bagaimana dengan anak aku? Aiman.

Aku akan cuba berbincang dengan Aisyah dan cuba merancang segalanya. Dengan ini, aku akan dapat merebut cinta Aisyah kembali. Bukankah dia juga mencintai aku sejak dari zaman sekolah lagi? Aku akan cuba lakukannya.

"Sayang.."

"Hmm"

"Kenapa Sayang cantik sangat? Terpukau Abang tau. Kalau macam ni, boleh buat jantung Abang berdegup dengan kencang"

"Manalah Sayang tahu. Hish Abang ni. Asyik dengan ayat sweet Abang je. Boleh buat Sayang malu dan sakit jantung. Abang suka makan benda manis ke? Sehingga selalu keluarkan ayat manis." Balas Aisyah seiring gelak.

"Sayang. Abang tak suka makan benda manis banyak sangat. Tapi Abang cuba jadi yang termanis buat permata hatiku iaitu Aisyah. Dan Abang akan jadi sepahit kopi kepada orang lain. Hanya dirimu Sayang yang mampu membuatkan Abang menjadi manis seperti ini" Kata Fattah. Matanya melekatkan melihat anak mata Aisyah.

Mereka merasa bahawa saat ini dunia ini hanya milik mereka. Renungan cinta hanya mereka sahaja yang tahu dan faham.

Keesokan harinya, mereka bertemu janji untuk membeli cincin. Majlis pertunangan telah ditetapkan. Ia akan dijalankan pada minggu hadapan.

Aisyah bersiap. Ia bersiap dengan cantik. Haih, siap juga. Cantik juga aku ni. Puji Aisyah sendirian.

Ia turun menuju kearah dapur. "Aisyah nak balik pukul berapa ni? Hati-hati bila keluar tu"

"Aisyah akan balik sebelum Asar kut. Kami nak cari baju tunang lagi. Nanti Aisyah akan call Mama untuk confrimkan Aisyah balik pukul berapa"

"Yalah, nanti kirim salam dekat Fattah"

"Baiklah Mama, Aisyah pergi dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

"Abang yang ni cantik ke tak?" Tanya Aisyah yang menunjukkan sebuah cincin yang berbentuk simple itu.

"Hish Sayang ni. Simple sangat tu. Cuba pilih yang lain. Abang tak suka"

"Biarlah. Ini kan tangan Sayang. So Sayang berhak pilih yang mana"

Pelayan wanita itu hanya tersenyum manis kepada pasangan muda itu. Haih, pilih cincin pun nak bergaduh? Sorang nak yang ni? Sorang lagi yang tu? Haih, nasib baik cute. Pening kepalanya melihat pergaduhan pasangan itu.

"Merajuklah kalau macam ini. Maaflah Kak, saya tak jadi nak beli"

"Heh Sayang! Okay fine. Sayang menang. So Sayang pilih yang mana Sayang suka"

Aisyah tersenyum kemenangan. "Betulke ni?!"

"Iya Sayang. Pilih je yang mana Sayang suka. Abang terima demi dirimu wahai Sayangku. I Love You"

Ya Allah! Sweetnya mereka! Bilalah aku boleh ada lelaki macam ni? Jerit pelayan itu dalam hati.

Haih, nasib nasib baik comel. Dah tak sabar Abang nak cubit pipi comel Sayang tu. Nanti bila kita dah halal. Abang nak sangat gigit pipi Sayang tu. Ujar Fattah dalam hati.

SELAMAT MEMBACA!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience