13.

Romance Series 13066

Ya Allah, Engkau permudahkan segala urusan pada malam ini. Semoga tiada perkara yang berlaku sepanjang hubungan kami. Jauhi kami dari segala perkara yang boleh membuatkan hubungan kami putus. Aku mohon padamu. Amin.

Panjang Aisyah berdoa. Malam ini malam yang bakal menentu segalanya. Ia harap hubungan mereka direstui. Ya Allah, hilangkan rasa resah di hatiku ini.

Ya Allah, Engkau satukanlah kami. Andai dia bukan jodohku maka engkau hilangkan rasa cinta ini. Hamba-Mu tidak mahu menjadi lelaki psiko. Andai ia benar jodohku maka engkau satukanlah dan rapatkan kami. Semoga kami boleh melaluinya. Semoga urusan malam ini berjaya. Semoga hubungan kami direstui. Amin.

Fattah merenung. Ya Allah, hilangkan rasa resah ini. Berikan aku kekuatan. Ia bangkit. Bersiap sedia untuk berjumpa kedua ibu bapa Aisyah bagi menghalalkan hubungan mereka.

"Aisyah cepat! Nanti lambat pula kita!"

"Kejap!" Laung Aisyah dari atas. Ia melihat pakaiannya. Okay! Sudah sempurna. Laju kakinya berlari keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

"Kenapa lambat sangat ni? Nanti lewat pula kita"

"Hish Mama ni. Sabar sikit boleh tak? Ke dah tak sabar nak jumpa bakal menantu Mama tu?"

"Bukan Mama je yang tak sabar..Papa pun tak sabar" Balas Tuan Amin.

"Dah jom kita pergi sekarang. Kesian pula mereka tunggu kita" Ajak Puan Laila.

"Mana ni? Mama dah tak sabar ni. Nak tengok siapakah perempuan yang berjaya mengambil hati anak Mama ni"

Malu Fattah. "Kejap lagi dia sampai kut Mama. Biasalah jalan jammed. Lagi-lagi orang baru balik kerja malam kan?"

"Mungkin kut. Hish Mama dah tak sabar ni. Nak peluk bakal menantu Mama dengan erat sekali. Dah lama Mama suruh Fattah kahwin. Tapi sekarang doa Mama dah dimakbulkan oleh Allah SWT"

"Jadi, macam mana? Bila boleh buat majlis pertunangan mereka? Saya ikut sahaja anak kita" Ujar Tuan Amin.

"Saya ikut sahaja kata Tuan Amin. Lagipun Fattah dah tak ada ayah. Jadi biar dia yang tentukan semuanya. Sama macam Tuan Amin juga. Saya akan ikut apa rancangan mereka"

"Jadi Fattah? Bila nak buat majlis pertunangan ini?"

"Saya berhajat nak buat dalam minggu ini. Dan kami akan berkahwin pada bulan hadapan" Kata Fattah dengan penuh bersemangat.

"I see. Baiklah Papa setuju dengan apa yang Fattah lakukan. Papa tahu Fattah boleh lakukan yang terbaik"

Bangga Fattah. Ia tersenyum manis kepada Tuan Amin. Terima kasih Ya Allah. Matanya tidak lepas memandang wajah Aisyah yang seperti bidadari syurga.

SELAMAT MEMBACA! LOVE YOU ALL!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience