DPH 9 - RINTIHAN

Romance Series 33468

Aydan kelihatan sangat kecewa apabila dia sudah mendengar sendiri cerita dari mulut sepupunya.

Dia menyebak rambut ke belakang. Tak.. Tak sangka. Kenapa wanita itu perlu terlibat dalam perangkap itu? Kenapa dia? Kenapa dia bukan milik aku? Adakah dia bukan jodoh aku?

Anas di hadapannya menjadi makin gelisah. Dia tahu yang Aydan mencintai wanita itu sepenuh hati.

“Aydan..."

“Tak Anas. Aku yang silap selama ni. Aku lembap. Aku yang lambat confess dekat dia awal-awal. Kalau tak, kau dan dia takkan terjebak dalam perangkap ni. Aku kecewa. Kecewa sangat-sangat" rintih Aydan perlahan kepada sepupunya. Dia mahu Anas tahu, yang tika ini dia betul-betul sedih.

“Kau move on je la..."

“Kau cakap senangla Anas. Kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Hati aku sakit. Lagi-lagi bila dia kahwin dengan kau. Lagilah aku semakin gila dengan semua ni." Aydan menyandarkan bahunya pada badan kereta. Begitu juga dengan Anas.

Kini, mereka berada di rumah keluarga Aydan memandangkan Anas ingin menyampaikan cepat-cepat berita itu kepada Aydan walaupun dia tahu yang dia pasti akan melihat lelaki itu kecewa. Demi hubungan persaudaraannya dia terpaksa juga bagitahu Aydan perkara sebenar.

“Aku tak cintakan dia" luah Anas perlahan. Wajahnya ditundukkan ke bawah.

“Kau pasti akan jatuh cinta dengan dia. Percayalah"

“I don't think so"

“Aku percaya yang lambat laun kau akan jatuh cinta juga dengan dia. Hari tu akan tiba. Dan pada haritulah hari yang paling aku tidak akan lupakan. Amat menyeksakan" ucap Aydan dalam nada bergetar.

Anas toleh ke arah Aydan. Dia nangis? Sejauh inikah cinta Aydan kepada wanita itu? Tiba-tiba dia merasa yang dirinya pula orang ketiga tika ini apabila menghalang hubungan mereka berdua.

Aydan menyeka air mata yang hampir tumpah itu. Dia ukir senyum hambar buat Anas.

“Jaga dia baik-baik. Aku taknak suatu hari nanti dia kecewa sebab kau. She different. Dan kau akan tahu perbezannya bila kau selalu ada bersama dia. Bagi dia happy. Aku nak tengok dia senyum" kata Aydan perlahan walaupun perkataan itu mula berasa sebak pada dirinya.

Anas menarik nafas dahulu. Tiba-tiba dadanya berasa sesak sangat-sangat.

“A-aku tak janji yang aku akan bahagiakan dia. Tapi aku akan cuba sedaya yang mungkin demi kau"

“Demi aku? Bukan demi cinta?" soal Aydan.

“Aku tak pernah ada perasaan cinta dekat mana-mana perempuan pun. Dan perasaan tu tak akan ada dalam diri aku selama-lamanya"

Kedengaran Aydan ketawa kecil. Sinis je kedengaran tu.

“Tak payah cakap besar Anas. Aku berani jamin yang suatu hari nanti kau akan jatuh cinta dengan dia" kata Aydan sebelum dia memusingkan wajahnya.

Anas diam. Dia hanya memerhati sahaja langkah sepupunya.

“Kau nak pergi mana?" soalnya apabila melihat Aydan yang baru sahaja hendak membolos masuk ke dalam kereta.

“Jumpa Irina"

“Buat apa?".

“Selamatkan dia"

Dahi Anas berkerut seribu. Selamatkan dia? Perempuan tu dalam bahaya ke?

“Kenapa kena selamatkan dia?"

“Aku kenal Irina. Kalau dia betul-betul frust, dia akan bertindak luar kawalan untuk hilangkan rasa stressnya. So, aku pergi dulu" ucap Aydan terlebih dahulu sebelum dirinya membolos masuk ke dalam kereta.

~•~•~•~•~•~•~•

Selesai sahaja makan, Irina terus mengambil angin luar iaitu duduk di atas gazebo di dalam perkarangan rumah itu. Rambutnya berterbangan itu diselitkan ke belakang telinga.

Matanya hanya memerhati sahaja Mak Imah yang sedang menyiram bunga disitu.

Aulia dan Sara telah keluar. Sejak kebelakangan ni, Aulia semakin rajin mengikut papanya pergi ke kerja.

Sara pula, mestilah tengah berhibur dengan kawan-kawannya. Pergi shopping itu ini. Habis duit papa dikebasnya.

“Irina?"

Irina tersentak saat namanya dipanggil. Dia panggung kepala.

“Irina okey?"

Dia menggeleng lemah. Okey? Aku dah rasa diri aku ni dah merana disebabkan semua ni. Dia mengeluh. Aku nak tinggalkan semua ni. Aku tak kuat.

“Irina keluar dulu Mak Imah" ucap Irina sebelum tangan tua Mak Imah disalamnya dan dikucup lembut.

“Irina nak pergi mana?" soalnya hairan. Jarang sekali Irina keluar dari rumah.

“Jalan-jalan" jawab Irina bersahaja. Dia terus melangkah meninggalkan kawasan itu.

Mak Imah mengurut dadanya sendiri. Harap-haraplah budak ni tak buat apa-apa yang membahaya.

~•~•~•~•~•~•~•

Irina berdiri tegak di atas bukit yang kawan-kawannya selalu lepak.

Matanya dijatuhkan ke arah bawah. Melihat itu, dia sudah kecut perut. Tingginya!

Nafas ditarik dalam-dalam. Kau boleh buat Irina. Tangannya didepakan perlahan. Matanya dipejamkan.

Badannya mula hilang keseimbangan. Baru sahaja dia ingin jatuh dari bukit itu, tiba-tiba ada satu tangan memaut kemas lengannya.

Membuatkan gadis itu terjelopok jatuh ke arah lelaki itu. Irina kaku tidak bergerak.

Badannya menindih badan Aydan yang masih lagi terlentang itu. Rambutnya yang jatuh itu, menutupi wajah mereka berdua.

Irina memejam mata. Sekali lagi..sekali lagi Aydan hadir dan selamatkannya. Why Aydan?!

Aydan juga kaku. Dia tidak sangka yang akan jadi sebegini rupa. Jadi...kalau ini adalah kali terakhir dia menatap wajah Irina, biarlah dia menatap puas-puas wajah wanita itu.

Bagaikan baru tersedar, Irina cepat-cepat bangun. Rambutnya dibetulkan sedikit. Tangannya dihulurkan untuk membantu Aydan bangun. Aydan menyambut.

Aydan memandang Irina tepat. Rambut Irina itu diselitkannya.

Dia mengarah lembut wanita itu duduk disampingnya di atas rumput yang menghijau itu. Irina hanya akur sahaja.

“Why? Apa yang awak nak buat tadi?" soal Aydan menatap wajah Irina penuh sayu.

Dia menundukkan wajah. Tidak berani ingin menatap wajah Aydan.

“Kalau saya lambat sesaat tadi, agak-agak apa yang dah jadi pada awak?"

Diam.

Irina masih tidak berani membuka mulut. Telinganya sahaja mendengar bebelan dari Aydan.

“Irina, please jangan cuba buat macam tu lagi. Saya tak sanggup kehilangan awak. Awak ingat bila awak buat macam tu, semua masalah akan selesai ke? Perlu ke Irina? Perluke sampai nak bunuh diri macam tu" kata Aydan tegas tetapi nada suaranya masih dilembutkan.

Aydan menyeka air mata wanita itu dengan ibu jarinya.

Irina menggeleng lemah. Dia tidak mampu untuk bersuara.

“Saya tak boleh bayangkan bila awak takde, Irina. Saya tak boleh teruskan hidup. Awak nyawa saya. Dan saya akan jaga nyawa saya sebaik mungkin walaupun saya tiada hak untuk berkata begitu."

Aydan capai tangan gadis itu. Tangan Irina digenggam erat seperti tidak mahu dilepaskan.

“Awak tak perlu rasa sunyi. Saya akan sentiasa ada untuk awak"

Irina memejam mata. Kenapa awak sebaik ni Aydan? Kenapa awak layan saya begitu baik?

“Aydan..."

Panggil Irina perlahan. Aydan mengagguk. “Yes?"

“Kenapa awak layan saya macam ni? Awak terlalu baik Aydan. Saya tak pernah jumpa lagi manusia sebaik awak"

Aydan kuntum senyum.

“Kan saya dah cakap. Awak nyawa saya. Saya nak awak selalu ada disamping saya walaupun itu takkan berlaku" ucap Aydan perlahan.

Kerana dia tahu. Anas yang lebih berhak kepada wanita ini. Anas akan jadi bakal suami pada Irina Mitilda. Dia juga akan selalu ada pada sisi wanita itu.

Mendengar kata-kata Aydan itu, membuatkan hatinya tersentuh. Sebak mula bertandang.

Irina tunduk. Air mata yang jatuh itu, tidak mampu untuk menyekanya lagi.

“Kenapa dunia ni kejam, Aydan? Kenapa perlu saya laluinya? Awak tahukan yang saya cukup menderita semua ni. Kenapa semua masalah, saya kena tanggung? Saya tak sanggup lagi Aydan. Tak sanggup." ucapnya penuh sebak.

Aydan memeluk bahu wanita itu. Memujuknya supaya berhenti menangis.

“Shhh"

Semakin kuat tangisan Irina mendengar pujukan itu. Awak sangat baik Aydan.

Irina melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu. Aydan tidak membantah. Dia hanya membiarkan sahaja.

“Irina, awak nak dengar cerita tak?" tanya Aydan sambil dia melemparkan pandangan ke hadapan.

Irina diam. Dia hanya mengangguk sahaja. Sedia untuk mendengar cerita lelaki itu.

Melihat respon Irina, dia tersenyum kecil. Rambut wanita itu dibelainya..

“Kalau awak nak tahu, saya dah jatuh cinta pada seorang perempuan. Saya selalu anggap yang hidup saya ni bertuah sebab dia selalu ada dekat dengan saya. Tapi sekarang....." Aydan menunduk. Tangannya yang membelai rambut Irina, terhenti disitu.

“Sekarang apa?"

“Sekarang ni dia dah nak kahwin..Saya rasa menyesal sangat-sangat sebab tak luah perasaan cinta tu kepada dia. Tapi saya tahu, yang dia akan anggap saya sebagai kawan sahaja. Tak lebih dari tu. Saya menyesal sangat-sangat waktu tu."

“Dan kisah tu, buat saya belajar satu perkara" sambung Aydan.

“Perkara apa?"

“Mencintai tidak semestinya kita memiliki. Jadi kalau saya cintakan dia sejauh mana pun kalau dia bukan jodoh saya, dia tetap bukan milik saya"

“Bertuah kan siapa perempuan yang awak cinta tu. Dia dah buat awak jatuh cinta. Saya yakin, kalau awak confess dekat dia awal-awal pasti dia tak akan tolak awak. Awak baik Aydan. Awak berhak dapat cinta sejati awak." kata Irina cuba memujuk Aydan yang kelihatan sangat kecewa.

“Tak. Hanya dia yang saya cinta. Takde perempuan lain yang dapat gantikan tempat dia. Saya sayang dia, Irina. Kenapa perlu orang lain rampas dia dari saya. Hati saya sakit. Betul-betul sakit". Air matanya yang ditahan selama ini, akhirnya menitis jua di atas tangan Irina.

Irina angkat wajahnya memandang Aydan. Dia..menangis?

“Awak tak perlu menangis, Aydan. Awak perlu ambil cinta sejati awak kalau dia lah wanita yang awak cinta. Saya tahu awak sangat-sangat cintakan dia kan?"

Aydan mengangguk. Dia menarik wanita itu dalam pelukan. Irina hanya membiarkan sahaja. Biarlah lelaki ini melepaskan segala kekecewaan dalam dirinya.

“Saya cintakan dia sangat-sangat. Dan saya akan pegang kata-kata awak tu. Saya perlu ambil cinta sejati saya"

~•~•~•~•~•~•

“Terima kasih Aydan hantar saya balik" ucap Irina perlahan sebelum dia membuka pintu kereta Aydan.

“Sama-sama. Cuma saya nak awak janji dengan saya, tolong jangan buat macam tu lagi. Please"

“Saya janji"

“Ok. Take care tau"

Irina mengangguk. “Awak pun sama"

Pintu kereta ditutup rapat selepas dia keluar dari kereta itu. Kakinya berjalan ke arah pintu pagar rumahnya.

“Kau pergi mana?" tanya Sara seraya dia duduk di atas sofa di ruang tamu.

“Keluar kejap je"

“Tenangkan fikiran? Aku tak sangka yang kau ni gold digger juga ye, Irina" kata Sara sinis. Dia menjeling sekilas ke arah Irina yang berdiri di sebelahnya.

“Gold digger? Tak pernah telintas dalam kepala Irina untuk jadi gold digger. Kalau akak tahu macam mana sakitnya hati Irina kena fitnah, kena perangkap macam ni, akak pun akan berputus asa dalam hidup"

Sara tersenyum sinis.

“Kalau aku jadi kau, aku tak perlu kot nak berputus asa. Lagipun Anas kot. Perempuan mana yang taknak dia jadi isteri kepada Anas. Kalau aku jadi kau, aku sepatutnya bersyukur tau sebab Anas jadi suami aku. Cuma aku ni kan masih lagi ada maruah. So, aku takkan guna cara kotor untuk dapatkan seseorang tu. Bukan macam kau. Sanggup guna cara kotor untuk dapatkan Anas. So embarrassing"

“No! Irina tak pernah buat macam tu. Irina tak cintakan dia. Malah, Irina tak guna pun cari kotor tu untuk dapatkan Anas. Irina pun ada maruahlah" kata Irina cuba menafikan yang kata-kata kakaknya itu salah.

“Maruah? Perkataan tu tak berapa kena dengan kau. Kau dah tidur sekatil dengan Anas, kau masih lagi nak menafikan yang kau perempuan bermaruah. Kalau ye pun kau nak tipu, tolong jangan jadi bodoh sangat Irina. Benda dah terang-terang kau buat, masih lagi tak nak mengaku?"

Irina kemam bibir. Cuba untuk mengawal kemarahannya bila dituduh perempuan yang tiada maruah.

Tidak betah berlama di situ, Irina terus membuka langkah naik ke biliknya. Tak pasal-pasal ada yang pecah muka kejap lagi.

~•~•~•~•~•~•~•

Irina menggosok perutnya sendiri. Lapar. Dia kerling jam. Mhmm waktu sudah menginjak 12 tengah malam. Mesti semua orang sudah tidur.

Ini semua sebab dia taknak bertembung dengan Sara dan Aulia. Sebab itulah dia berkurung di dalam bilik. Kalau dia bertembung, faham-fahamlah apa yang Sara dan Aulia akan cakap. Mesti nak menghina aku.

Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu biliknya supaya tidak kedengaran pada penghuni rumah ini..

Kakinya melangkah ke arah dapur. Harap-haraplah Mak Imah ada buat masakan lebih.

Saji dibuka. Dia menarik kerusi terlebih dahulu lalu melabuhkan punggung di atasnya. “Wah! Ada cupcake" bersinar-sinar matanya melihat makanan kegemarannya yang terhidang di atas meja.

“Papa yang beli cupcake tu untuk Irina sebelum Irina kahwin” ujar Dato Mukhriz yang tiba-tiba datang ke arahnya.

Cupcake yang ingin menyua ke dalam mulutnya itu, Irina tidak jadi untuk memakannya. Dia panggung kepala memandang Dato Mukhriz di hadapannya.

“Maksud papa?"

“Papa dah bincang dengan Dato Ku Jefri. Dia kata dia nak percepatkan pernikahan kamu dengan anak dia. Dan pernikahan kamu tu akan buat kecilan je. Diorang akan jemput saudara yang terdekat sahaja akan datang."

“Bila pernikahan tu?" tanya Irina penuh debaran.

“Esok"

“What?!" ke...kenapa cepat sangat? Esok pulak tu. Aku tak nak kahwin lagi lah!!

“Lagi cepat lagi bagus kan. Papa taknak nanti kalau ada orang mengata pasal keluarga kita. Apa-apa pun Irina kena terima semua ni. Memang Tengku tu jodoh Irina"

Irina tahan air mata dari tumpah. Kenapa dia perlu kahwin walaupun dia tidak pernah buat perkara terkutuk itu.

Irina mengambil bekas cupcake itu lalu dipegangnya kemas.

“Terima kasih untuk cupcake ni" ucapnya perlahan.

Dia melangkah ke arah tangga. Walau apa pun berlaku, cupcake aku ni jangan tinggal. Baik aku makan dalam bilik je. Potong mood betul.

~•~•~•~•~•~•

Anas mengambil angin di beranda condonya. Fikirannya bercelaru tika ini sampaikan dia tidak boleh lena tidur.

Daddynya mahu percepatkan perkahwinan? Esok? Hmph! Nonsense.

Dia memicit pelipis kepala. No. Aku taknak kahwin. Tapi kenapa macam ni pulak terjadi!.

Dia memejam mata. Cuba untuk mengingat kembali peristiwa dimana dia rebah itu.

Ya! Dia pasti! Dia tak pernah pun dia membawa masuk perempuan ke dalam bilik hotel. Lagi-lagi si Irina tu.

Tapi kenapa dia boleh terjadi? Kenapa dia boleh masuk hotel?

Dia mengeluh sendiri. Aku tak sangka yang esok aku akan kahwin. Dengan perempuan yang aku tak cinta.

‘Aku harap kau tak sama dengan perempuan dekat luar sana, Irina!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience