Setiap Irina keluar saja dari rumah, pasti dia merasakan yang seseorang mengekorinya dari belakang. Tapi yang peliknya, orang itu masih tidak munculkan diri.
Kejadian itu membuatkan dia tidak berani keluar. Sungguh dia sendiri keliru. Keliru dengan semua ini. Adakah semua ni hanya perasaannya sahaja atau ia nyata?
Kalau ia nyata, jadi siapakah dia?
Siapa manusia yang selalu mengekorinya?
Kenapa dia perlu diekori oleh seseorang?
Untuk apa?
Itulah soalan yang bermain di mindanya tika ini. Masalah ini, dia tidak berkongsi kepada sesiapa pun. Cukuplah hanya dia sahaja yang pendam.
Dia takut.
Itulah yang dia rasa saat ini.
Bunyi ketukan di pintu biliknya menyedarkan lamunannya yang sedang hanyut entah ke mana.
Irina bangun. Lambat-lambat tangannya memulas tombol pintu. Terjengul wajah Aulia di hadapannya.
“Tolong pergi ambilkan baju aku dekat butik kawan Mama"
Irina diam.
“Dengar ke tak?"
“Hah? De..dengar"
“Pergilah cepat"
“Sekarang ke?"
Aulia angguk seraya matanya memandang ke arah Irina tepat.
“Ta..tapi"
“Cepatlah"
Tangan Irina ditarik keluar dari biliknya. Irina terdorong seketika.
Wajahnya menunduk. Kenapa tiba-tiba? Tidak pernah sekalipun kakaknya itu menyuruhnya untuk mengambil baju. Lagi-lagi bila keluar rumah. Lagipun kakaknya tidak suka kalau dia minta tolong dengan seseorang mengenai barang miliknya.
“Kenapa tiba-tiba je ni?" soal Irina tidak puas hati.
Aulia bercekak pinggang. “Salah ke? Aku minta tolong je kan" suara Aulia sedikit meninggi membuatkan kepala Irina lagi menunduk.
“Cepatlah pergi!"
Tersentak Irina mendengar suara Aulia bagai nak pecah bumbung rumah ini sehingga terangkat kedua-dua bahu Irina.
Irina angkat wajahnya. Entah kenapa, dia rasa tidak sedap hati pula dengan suruhan kakaknya itu. Kenapa tiba-tiba? Tidak pernah dia disuruh begini.
Melihat wajah Aulia yang bagai ingin menerkamnya itu, lambat-lambat Irina bersuara dalam keterpaksaan.
“Y-Ye..I..Irina akan pergi" katanya sedikit gementar.
“Bagus. Kau pergi sekarang"
Dia hanya mengangguk walhal di dalam hatinya mula berteriak. Nak keluar? Sungguh aku takut. Lagi-lagi bila aku rasa yang ada orang tengah perhatikan aku.
~•~•~•~•~•~•~•
Irina turun dari teksi yang ditumpangnya tadi sebelum dia memberikan duit kepada pemandu teksi itu.
Dia tidak memandu ke kereta hari ini apabila dilarang oleh Aulia. Kenapa? Dia sendiri pun tidak tahu.
Irina menarik nafas dahulu. Seperti sekarang. Entah kenapa dia masih lagi merasakan yang ada orang mengekorinya.
Kepalanya meliar mencari seseorang yang selama ini menyorokkan diri dan hanya ikut kemana sahaja bila pergi apabila dia keluar dari rumah.
Seperti biasa. Manusia itu masih tidak diketahui Irina.
Kakinya melangkah ke arah butik yang dikatakan Aulia itu, matanya meneroka setiap sudut yang terdapat di dalam.
Cantik. Sebenarnya, dia tak pernah sekali masuk ke butik. Kalau ingin membeli baju pun, pasti Puan Khatijah akan mengambil saiz baju yang dipakainya dan hanya membeli mengikut saiz itu sahaja. Citarasa? Setiap baju yang dipakainya ini pasti mengikut citarasa Puan Khatijah kerana Puan Kahtijah yang akan memilih baju buatnya mengikut citarasanya sahaja.
Jadi nak tak nak, Irina hanya perlu memakai sahaja. Malas ingin membesarkan masalah yang kecil walaupun dia sendiri ingin memakai baju mengikut citarasanya. Tapi yang peliknya kenapa dia seorang sahaja perlu membuat begitu sedangkan kakak-kakaknya itu boleh memakai baju mengikut citarasanya sendiri.
Haish!
Lupakan pasal tu. Kau kan anak bongsu. Mesti Mama nak yang terbaik untuk kau.
Dia membuka langkah ke arah kaunter yang terdapat di dalam butik itu.
Ni mesti pekerja dalam butik ni. Lagipun dia kenal sangat dengan pemilik butik ini, kawan Mamanya. Matanya mencari kelibaf kawan Mamanya itu. Tapi tiada. Mungkin keluar kot.
“Err, boleh saya ambil baju yang ditempah oleh Cik Aulia?"
“Cik Aulia?" soal Pekerja wanita itu kembali.
Irina mebgangguk.
“Kejap ye" pintanya sebelum dia memasuki bilik yang pintunya tertutup rapat.
Tidak sampai 5 minit, pekerja wanita itu kembali semula dengan plastic beg di tangannya.
“Ini bajunya" ucapnya bersama senyuman lalu plastic beg itu dihulurkan kepada Irina.
Irina menyambut. Senyuman itu hanya dibalas dengan anggukan.
“Thanks"
Ucapnya sebelum berlalu pergi.
Dia melalui lorong yang agak terpencil supaya jalan itu sahajalah jalan pintas untuk ke bus stop.
Tiba-tiba terasa dirinya mula dioerhatikan seseorang lagi. Dia toleh ke belakang. Tiada.
Seram sejuk dia dibuatnya. Rasa menyesal mula menghimpit dada bila melalui lorong ini. Biar lambat asal selamat. Jadi, sekarang ni mungkin dia sudah tidak selamat bila tidak terlihat sebatang tubuh manusia pun yang lalu lalang di sini.
Dia kembali berjalan dan langkahnya itu dipercepatkan. Tolonglah. Selamatkan aku. Takut.
Bunyi derapan kaki seseorang, membuatkan dia kaku disitu. Wajahnya pucat lesi. Diselubungi dengan ketakutan yang dia ada selama ini.
Baru sahaja dia hendak berpaling kd belakang, tiba-tiba kepalanya dihentak dengan kayu yang besar.
Irina memegang kepalanya yang mula merasa perit dan berdenyut kuat.
Dia hanya sempat melihat seseorang yang memakai hoodie hitam dan seluruh badannya tidak kelihatan. Itu pun dalam samar-samar sebelum dunianya menjadi gelap gelita.
~•~••~•~•~•~•
Irina mengerutkan dahinya sebelum dia membuka mata sepenuhnya.
Matanya memerhati segenap ruang itu. Ini bukan biliknya. Tiba-tiba perasaannya mula berasa tidak enak.
Dia merasakan katil itu mula bergerak. Terbuntang biji matanya melihat Anas di sebelahnya.
“Anas!" jeritnya kuat. Air mata mula bertakung. Tak..tak mungkin!
Mendengar suara Irina yang bagaikan guruh itu, dia bingkas bangun.
Dia juga terkejut melihat Irina yang berada di sebelahnya.
“Kau buat apa dekat sini?!"
“Awak tu buat apa!" soal Irina menjerit kuat. Air mata sudah merembes laju. Nasib baiklah tika ini dia masih lagi bebaju.
Anas meramas rambutnya kasar. Tak. Dia takkan buat macam ni. Dia takkan tidur sekatil dengan perempuan. Ini perangkap!
Seingatnya, dia dalam perjalanan menuju ke hotelnya. Tiba-tiba ada orang menyuruhnya berhenti dan memakirkan keretanya di lorong yang sunyi. Walaupun tika itu, Anas masih ragu-ragu dengan manusia yang menyuruh itu kerana manusia itu mamakai hoddie hitam yang menyebabkan dia tidak dapat mengenali wajah itu.
Turun sahaja Anas dari kereta, tiba-tiba seseorang mengentakkan kepalanya dengan kasar. Anas tidak sempat bertindak kerana kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia terus pengsan di situ.
Tapi kenapa? Kenapa bila dia bangun sahaja dia berada di dalam bilik ini. Dan kenapa Irina ada sekali?!
Tiba-tiba pintu bilik diketuk seseorang. Irina menoleh ke arah Anas.
“Ini semua kerja awak kan!"
“Takde masalah aku nak buat macam ni. Untuk apa??!"
Ketukan di pintu itu semakin kuat. Jadi terpaksalah mereka berdua turun dari katil dan membuka pintu itu.
Kelihatan 3 lelaki tua yang berpakaian jubah putih dan berkopiah.
“Kami dari pejabat agama. Kami dapat aduan, yang kamu berdua telah melakukan perkara terkutuk di dalam hotel ini"
Irina sudah longgar lututnya tika ini. Hotel? Melakukan perkara terkutuk? T-tak. Dia takkan buat macam tu.
“Tak. Ini semua salah faham. Ada orang yang cuba perangkap kami" Anas cuba membela walaupun dia tahu yang lelaki itu tidak akan percaya.
“Sila bawa kami berjumpa dengan kedua ibubapa kamu" Tegas lelaki itu.
~•~•~•~•~•~•
“No, papa. Irina tak buat pun macam tu!" Irina menyusun sepuluh jari di hadapan papanya. Meminta agar papanya itu percayakannya.
Anas sudahpun pulang ke rumah. Pasal lelaki itu dia sudah malas ingin mengambil tahu.
“Papa tak sangka yang Irina ni pun sanggup main lelaki. Papa ingatkan yang Sara saja yang jenis macam tu. Jangan jadi hipokrit Irina"
Sara buat rolling eyes. Tak pasal-pasal nama aku dipetiknya.
“No! Irina tak buat macam tu." tersedu-sedan dia mengangis dan melutut di hadapan papanya.
Mak Imah menenangkan Irina. Dia menggosok perlahan belakang gadis itu.
Irina mengalihkan pandangannya kepada Mak Imah pula.
“Mak Imah. Mak Imah percayakan yang Irina takkan buat macam tu. Mak Imah percayakan" desak Irina sambil lengan Mak Imah digoncangnya.
“Ye, Irina. Mak Imah percayakan Irina"
“Irina! Mama nak tanya kamu. Macam mana kamu boleh keluar rumah? Bukanke kamu asyik berkurung ke dalam bilik tu" soal Datin Khatijah seraya berpeluk tubuh di sebelah suaminya.
Irina bangun. Dia berjalan pula ke arah mamanya.
“Masatu Kak Lia yang suruh Irina ambilkan baju dia dekat butik. Dia minta tolong Irina. Tapi masa nak balik tu, tiba-tiba ada orang hentakkan kepala Irina dengan kayu besar. Irina tak tahu apa-apa masa tu. Mama, percayalah cakap Irina." terang Irina satu persatu. Dia sendiri pun tidak sangka yang dia akan dilanda ujian setimpal ini.
“Tipu!"
“Dia tipu!" celah Aulia pula yang sedang duduk di sebelah Sara. Dia bangun berdiri.
“Dia tipu ma. Ni. Ni baju yang Lia beli dekat butik tu. Lia tak minta pun Irina pergi ambil" Aulia menunjukkan beg plastik yang didalamnya ada baju itu.
Irina menekup mulut sendiri. Dia menggeleh lemah. “No! Akak sendiri yang suruh Irina pergi ambil"
Aulia tersenyum sinis. “Dah kantoi tu masih nak bela diri lagi. Tak payah nak reka ceritala Irina"
“Dah! Sudah! Papa tak kira. Papa tetap nak Irina kahwin juga dengan Tengku tu. Walau apa pun terjadi. Itu maruah keluarga kita. Papa takkan sesekali cemarkan maruah keluarga kita."
“Keputusan Papa muktamad. Papa tetap nak kamu kahwin dengan dia" tegas Dato Mukhriz sebelum dia berlalu pergi.
Irina jatuh terduduk. Air mata makin laju mengalir. Kahwin? Dengan Anas? Ahh kenapa hidup aku macam ni? Kenapa aku tak mati je dari awal.
~•~•~•~•~•~•~•
Anas meramas rambutnya kasar. Dari tadi lagi daddynya asyik memaksanya suruh berkawin juga.
“No, daddy. Anas takkan kahwin dengan dia" bantah Anas.
“Daddy tetap nak kamu kahwin dengan dia. Kamu nak ke maruah keluarga kita tercalar? Hah?!"
“Tapi kan daddy. Laura tak rasa pun yang abang takkan buat macam tu. Jangan-jangan itu rancangan perempuan yang perangkap abang tu" celah Laura cuba membela abangnya.
“Shut up Laura. Daddy tak kira ni perangkap sapa pun yang buat. Yang penting, kamu kena kahwin juga dengan anak Dato Mukhriz tu"
Datin Suhaila hanya memekakkan telinga sahaja mendengar perbalahan antara dua beranak itu. Pening kepalanya memikirkan masalah ini.
“Tolong dengar apa yang daddy cakap ni, Anas. Kahwin dengan Irina, masalah akan selesai. Mungkin itu memang jodoh kamu dengan Irina" dato Tengku Jefri cuba memujuk anaknya..
Anas semakin gelisah. Stress memikirkan semua masalah. Ditambah pula dengan masalah yang begitu besar ini.
Apa yang aku patut buat?!
“Bagi Anas masa, daddy. Anas nak masa" kata Anas sebelum dia keluar dari rumah itu.
Fikirannya kini betul-betul bercelaru. Dia memerlukan ketenangan tika ini.
~•~•~•~•~•~•~
Irina menangis semahu-mahunya di pangkuan Mak Imah di dalam biliknya. Hanya Mak Imah sahaja tempat dia melepaskan perasaan. Nasib baiklah Mak Imah pulang pada waktu yang tepat.
Mak Imah menggosok rambut Irina dengan penuh kasih. Dia pun tumpang kasihan melihat Irina begitu. Susah untuk dia percaya yang Irina pernah tidur sekatil dengan lelaki.
“Mak Imah" panggil Irina sambil kepalanya dijatuhkan pada riba Mak Imah.
“Ye, Irina".
“Mak Imah percayakan yang Irina takkan buat macam tu. Mak Imah percayakan yang Irina tak pernah tidur sekatil dengan lelaki. Mak Imah percayakan yang Irina tak semurah tu. Mak Imah percayakan semua tu?" soal Irina memandang wajahnya merenung lantai.
“Mak Imah percaya yang Irina takkan buat macam tu. Mak Imah dah lama jaga Irina. Mak Imah tahu yang Irina tak semurah tu"
“Tapi kenapa papa dan mama tak percayakan Irina? Mereka memang tak sayangkan Irina ke?"
“Tak Irina. Bukan macam tu. Mungkin perkara ni terjadi sekara mengejut."
Irina bangun lalu dia memeluk tubuh tua Mak Imah tua. Tangisannya semakin menjadi-jadi waktu itu.
“Irina tak suka semua ni, Mak Imah. Irina tak kuat bila semua orang paksa Irina kahwin dengan lelaki tu padahal Irina tak buat pun benda terkutuk tu. Kenapa manusia dalam dunia ni kejam sangat Mak Imah? Kenapa Irina tak pernah bahagia? Irina memang tak layakkan hidup dalam dunia ni"
“ Mak Imah tahu yang Irina tak suka semua ni. Tapi itu tak bermakna Irina kena lemah. Irina kena kuat. Tempuhi dugaan hidup ni dan carilah kebahagiaan sendiri" ucap Mak Imah lembut seraya menggosok lembut belakang gadis itu. Memang itulah yang selalu dia buat untuk menenangkan Irina.
“Irina akan bahagia ke dengan dia?"
“Mak Imah percaya. Dialah lelaki yang terbaik buat Irina. Mak Imah akan selalu mendoakan kebahagiaan Irina. Dah, tak mau sedih-sedih macam ni. Irina kan kuat"
Pelukan dileraikan. Mak Imah kuntum senyum hambar. Air mata yang masih lagi keluar dari mata Irina, diseka olehnya.
“Irina jangan risau. Mak Imah akan selalu ada untuk Irina"
Irina mengangguk lemah. Dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana Mak Imah percayakannya. Cukuplah hanya Mak Imah sahaja yang percayakannya, itu pun sudah buat dia lega.
~•~•~•~•~•~•~
Anas meongkat tangannya ke dagu. Dia mengambil angin pada beranda di condonya.
Sesekali kedengaran dia mengeluh. “Kenapa dia? Kenapa perlu dia? Mesti Aydan akan kecewa dengan aku."
Dia menutup mata. Cuba untuk melepaskan kekecewaannga tika ini.
Irina Mitilda. Seorang perempuan yang akan hadir dalam hidupnya sebagai isterinya.
Sungguh dia tidak sangka.
Tambahan pula apabila wanita itu baru sahaja dia kenal. Bukankah itu aneh?
Siapakah angkara di sebalik perangkap ini?
“Irina"
Tanpa sedar nama itu disebutnya perlahan.
‘Aku tak sangka yang kau adalah perempuan yang akan jadi isteri aku. Betul-betul tak sangka. Aku harap, kau berbeza dengan perempuan lain. Aku harap yang kau takkan pandang harta dan kekayaan aku.' gumamnya perlahan.
Share this novel