DPH 10 - BERMALAM

Romance Series 33468

Irina menarik nafas apabila melihat Anas yang sudah berlari anak mendapatkannya yang kini sudah sah menjadi pasangan suami isteri. Pada mulanya Irina susah untuk melepaskan zaman bujangnya. Tapi bila mengingatkan kembali yang dia harus menjaga aib keluarganya, dia terpaksa.

Anas tiba-tiba menarik tangannya kuat. Serta-merta lamunan Irina terhenti. Mata Irina jatuh pada tangannya. Haishh...dia ni. Perangai tak ubah-ubah.

“Kita nak pergi mana ni?" soal Irina. Dia mengeraskan badannya supaya Anas berhenti berjalan.

Sempat Anas menarik nafas sedalam-dalamnya dahulu. Sabar Anas. Kalau kau dengan budak ni, kau kena banyakkan bersabar. Maklumlah, dia kan isteri kau sekarang ni.

“Balik condo aku lah"

“Hah? Balik condo awak?" Alamak.. Dia nak bawa aku pergi condo lah pulak. Aduhhh..

“Ye. Dah jom" Dia menarik kuat tangan wanita itu yang cuba mengeraskan diri.

Irina mencebik. Nasib baik kau suami aku

Pintu kereta ditutup serentak sebaik sahaja mereka berdua membolos masuk ke dalam kereta Audi milik Anas.

Irina jeling Anas sekilas. Macam manalah aku nak hidup dengan lelaki ni kalau dah berhati batu.

“Apa jeling-jeling? Nak ni?" Anas menunjukkan penumbuk pada wajah Irina.

“Takde apa-apa pun" jawabnya acuh tak acuh.

Anas jeling sekilas ke arah gadis itu sebelum dia berpaling semula ke hadapan.

Pedal minyak ditekan, Kereta Audi milik Anas sudah meluncur laju membelah jalan raya.

~•~•~•~•~•~•

Suasana di dalam kereta, sungguh sunyi. Hanya mendengar dj radio sahaja di dalamnya.

Irina lebih memilih membuang pandangan ke luar tingkap. Memang dia terasa janggal sangat-sangat apabila duduk berdua dengan Anas. Ini baru dalam kereta. Kalau dekat condo nanti macam mana?

Sesekali dia berasa lega apabila dia sudah keluar dari rumahnya itu sebagai penjara. Sekurang-kurangnya dia tidak lagi akan mengikut cakap kakaknya.

Jadi kalau tak ikut cakap Aulia dan Sara, jadi aku kena ikut cakap lelaki ni lah. Dia kan suami aku. Tapi macam mana ye aku nak hidup dengan dia ni? Beku je aku tengok dia.

Anas berdehem seketika sambil matanya masih menumpu pada pemanduannya.

Serta-merta lamunan Irina mati. Dia paling ke arah Anas. “What?"

“Nothing. Just boring."

Habistu kalau kau boring, kau nak aku buat apa. Hah?. Baca buku cerita dekat kau? Memang tak la.

“So?" berani kau melawan kan Irina. Ingat sikit. Dia ni suami kau. Bukannya kawan kau.

Sepi.

Irina buat rolling eyes. Tadi cakap boring. Lepastuh senyap pulak. Jadi, aku cakap sorang-sorang lah ni.

Dia kembali mengalihkan pandangan ke luar. Rasa loyar tekak pun ada aku tengok muka dia ni. Nasib hensem.

“Ni ke condo awak?" tanya Irina kagum sebaik sahaja mereka berdiri betul-betul di hadapan condo itu.

Anas mengangguk.

“Cepatlah buka pintu" lengan Anas digoncangnya kuat. Sudah tidak sabar ingin meneroka setiap bilik di dalam condo itu.

“Nanti. Sebelum aku buka pintu, ada lima syarat yang kau kena tahu sebagai isteri aku" kata Anas sambil dia memandang tepat ke arah Irina.

“Ish, cepatlah. Apa dia?" Nak bersyarat-syarat pula dia ni.

“Yang pertama sekali, aku nak kau sediakan makanan yang sedap-sedap bila aku minta. Terutama sekali bila pagi. Kalau pagi tu aku nak kau sediakan roti bakar."

“What? Awak ingat saya bibik ke?"

“No. You are my wife. Bukanke itu kerja isteri. Layan suami dengan baik. So, kau kena layan aku dengan baik" kata Anas yang cukup menyakitkan hati gadis itu.

“Yelah. Syarat yang kedua apa?" soal Irina. Malas ingin berbahas lagi.

“Syarat yang kedua ni penting. Bila aku bercakap, kau jangan sesekali menyampuk sebab aku paling tak suka orang yang menyampuk ni. Especially you" jari telunjuknya ditunding ke arah wajah Irina.

Irina angkat kedua tangannya ke atas udara. Takde angin takde ribut, tuduh aku pulak.

“Why me? Bila pulak saya menyampuk apa yang awak cakap?"

“Tu. Itu pun kau tengah menyampuk"

Irina jeling. Dia berpeluk tubuh memandang Anas.

“Okey syarat yang ketiga, kita tak boleh tidur sekali sebab aku tak suka tidur dengan perempuan ni. Maknanya bilik kita berasingan."

“Baguslah kalau macam tu. Saya pun tak suka tidur dengan lelaki. Lagipun saya tak suka berkongsi. So bilik kita memang patut pun berasingan"

Anas berdecit geram. “Sekali lagi kau menyampuk aku bercakap, siap kau. Ni last warning"

“Fine!" jawabnya malas. Badan disandarkan pada dinding condo itu. Bilalah dia ni nak stop bercakap. Kaki aku pun dah lenguh.

“Syarat keempat, kau tak boleh kerja. Aku tak suka bila isteri yang kuat kerja ni."

“What?! Habistu awak nak saya buat apa dekat condo ni nanti sorang-sorang. Boring lah. Saya teringin nak....."

Cup!

Anas terus mengucup bibir Irina cepat. Matanya terus terbuntang luas.

“Apa awak ni?!" badan Anas ditolak kasar jauh darinya. Suka-suka je nak cium aku.

“Itu balasannya bila mulut kau tak reti nak tutup"

“Urgh! Cepatlah. Apa syarat ke lima." Kata Irina cukup geram dengan kelakuan Anas tadi.

“Syarat kelima, aku taknak kau masuk campur pasal aku. Sebab aku nak privasi. Tapi aku boleh masuk campur pasal kau"

What?! Aku tak boleh masuk campur pasal dia, tapi dia boleh masuk campur pasal aku. Adil ke? Mentang-mentanglah dia tu suami aku, suka-suka je nak tetapkan semua ni. Arghh menyampahnya aku dengan dia ni!

Tapi kata-kata itu tidak dapat dia lontarkan keluar. Tak pasal-pasal bibir aku pulak jadi mangsanya.

Anas tersenyum sinis. Tahu pun nak tutup mulut. Tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

Anas menekan password yang terdapat pada dinding condo itu.

Irina hanya memerhati sahaja tingkah laku Anas itu.

“Dah jom masuk" kakinya terus nelangkah ke dalam condo itu.

“Luggage ni?" Irina menunjukkan dua luggage di sebelahnya.

Anas toleh ke belakang. Dia mengangkat kening sebelah. “Takde tangan? Boleh angkat sendiri kan? So angkatlah."

Irina mengepal penumbuk. Ya Allah, perangai dia ni. Kalau sehari tak buat aku marah, memang tak sah kan. Macam manalah aku nak hidup dengan dia ni hari-hari.

“Dah alang-alang kau angkat tu, tolong angkat luggage aku jugak ye" Sesudah itu, dia berpaling semula ke hadapan. Dia melabuhkan sofa di ruang tamu itu. Handphon di keluarkan dari kocek seluar. Tangannya ligat menekan skrin itu. Entah apa yang ditengoknya.

Irina menarik nafas dalam-dalam sebelum dia masuk ke dalam condo. Kedua belah tangannya sudah menjinjit luggage miliknya dan milik Anas.

Mulutnya terkumat-kamit mengomel perkataan yang tidak jelas.

Dia berjalan melintasi Anas yang selesa duduk di atas sofa itu. Irina jeling. Dia punyalah main rehat kat situ, aku pulak yang jadi mangsanya. Sabar je lah Irina.

Irina berdehem. Anas angkat wajahnya.

“Kat atas" kata Anas singkat.

Irina kerut kening. Tak faham. “Apa kat atas?"

“Bilik aku. And sebelah bilik aku tu baru bilik kau. Faham kan?"

“Ye" jawabnya malas. Lebih baik aku siapkan kerja aku ni. Lagi cepat lagi bagus.

Dia berpaling semula ke arah Anas bila teringatkan sesuatu.

“Anas"

“Apa?"

“Awak tinggal sini kan?"

“Yes. Kenapa?"

“Habistu kenapa awak bawa luggage ni. Pakaian awak semuakan dah ada dekat sini" kata Irina lagak seperti detektif pun ada.

“Saja"

What? Saja? Dia ni memang nak kena kan.

“Dah-dah. Tak payah nak banyak tanya. Kau bawak je luggage aku tu dalam bilik"

Irina buat rolling eyes. Sabar je lah. Nanti hari-hari aku kena hadap dengan perangai dia ni.

Dia berjalan ke arah tangga. Luggage milik Anas dihempasnya kasar disitu.

“Ish dia ni. Bawak batu ke apa hah? Berat betul"

“Bawa elok-elok luggage aku. Mahal aku beli tu" laung Anas dari ruang tamu.

Irina buat tak dengar. Dengan perasaan yang sebal, dia berjalan juga naik ke atas.

Daun pintu ditolaknya perlahan. “Ni ke bilik dia tu?" Soalnya sendiri. Luggage Anas diletakkan di tepi dinding.

Kakinya melangkah di segenap milik Anas. Mhmm not bad. Cantik bilik dia ni. Pembersih juga lelaki ni.

Tiba-tiba matanya tertancap pada frame yang terdapat pada meja di sebelah katil Anas.

Tangannya menyambar salah satu frame di situ. Dia melihat frame itu yang gambarnya ada ramai wanita yang sudah kerumun Anas dan Anas di tengah-tengah mereka.

“Sayang jugak dekat peminat kau ye. Sampaikan jadikan frame gambar diorang ni" kata Irina sendiri. Frame itu diusapnya perlahan.

“Of course lah sayang. Aku lebih sayang pada diorang daripada kau tau" Kata Anas berpeluk tubuh sambil badannya disandarkan pada pintu biliknya.

Irina toleh. Cepat-cepat dia meletakkan kembali frame itu.

Malas ingin bergaduh dengan lelaki itu lagi, dia melangkah keluar dari bilik itu. Dia menjeling kepada Anas sekilas sebelum dia melintas lelaki itu.

Anas menggeleng sendiri. Mata tu kalau sehari tak jeling dekat aku memang tak sah.

Irina merebahkan badannya di atas katil. Dia melepaskan nafas lelah. Ahh selesanya.

Kalau tidur petang ni tak salah rasanya. Memang aku betul-betul penat. Dengan nak melayan perangai si Anas tu lagi.

Lambat-lambat matanya tertutup juga. Selesa apabila lenanya tiada siapa yang mengganggu.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu itu membuatkan mata Irina kembali luas. Dia menggosok matanya. Sesekali kedengaran dia mengeluh. Aduhh..dia ni nak apa lagi?

“Apa dia?" soal Irina malas. Pantang betul aku siapa yang kacau aku tidur ni.

“Kau bersiap cepat. Kita pergi rumah daddy"

“Hah?" soal Irina dalam blur. Sumpah aku keliru sekarang ni.

“Daddy call tadi. Dia suruh kita tidur rumah dia malam ni. Jom lah."

“Berapa hari?"

“Satu malam je"

“Tapi Kenapa?"

“Manalah aku tahu. Cepat boleh tak? Jangan nak tanya banyak soalan. Dah aku tunggu kat luar." arah Anas tegas sebelum dia berlalu pergi.

Irina menyebak rambutnya ke belakang. Ahhh kenapalah time aku mengantuk ni nak kena pergi? Mengantuk!

~•~•~•~•~•~•~•~

“Lambatnya lah kau ni" kata Anas tatkala dia melihat Irina sudahpun membolos masuk ke dalam kereta.

Lambat? Urghh aku rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia ni. Dah kau yang pergi macam tu aje. Alih-alih aku jugak kena siapkan semuanya. Kau? Tunggu dalam kereta je.

Irina diam. Malas aku nak bergaduh dengan dia ni pasal masalah kecik je.

Sesekali Irina mengibas mukanya dengan tangan. Panas. Dah kenapa pulak mamat ni taknak hidupkan enjin.

“Hidupkanlah enjin tu" akhirnya Irina buka juga mulutnya.

“Ada pun suara. Ingatkan dah bisu tadi" sindir Anas sebelum dia menghidupkan enjin keretanya.

Irina jeling. Kau ni memang suka cari pasal dengan aku kan. Huh!

~•~•~•~•~•~•

Kereta Anas memasuki perkarangan rumah agam Dato Tengku Jefri.

Anas menutup pintu keretanya sebaik sahaja dia keluar. Irina masih lagi membeku di tempatnya. Kenapalah aku rasa seram sejuk je ni.

“Tak nak turun ke? Ke nak aku bentangkan karpet merah untuk kau"

Irina kancing gigi. Tak boleh cakap elok-elok ke ah!

Lambat-lambat dia turun juga dari kereta itu.

Aans mencapai tangan wanita itu lalu dipimpinnya. Irina beriak selamba. Sudah masak dengan perangai Anas yang suka pegang tangan orang ni.

Baru sahaja kaki mereka ingin menapak ke dalam, kemunculan Dato Tengku Jefri dan Datin Suhaila itu membuatkan mereka berhenti di hadapan pintu.

“How are you, Irina" sapa Dato Tengku Jefri terlebih dahulu.

“I'm fine" jawab Irina lembut. Dia menghembuskan nafas lega. Baik juga kan ayah mertua aku ni.

Sesekali matanya mengerling ke arah Datin Suhaila yang dari tadi memerhati darinya dari bawah sampai atas.

Gulp

Air liur ditelan kelat. Kalau tengok dari pandangan Datin Suhaila tu, confirm dia tak suka aku. Aduhh..makin seksalah hiup aku macam ni.

“Masuklah" kata Dato Tengku Jafri.

Mereka berdua hanya mengangguk sebelum sama-sama membuka langkah ke dalam rumah itu.

Mata Irina bersinar-sinar melihat setiap reka bentuk di dalam rumah itu. Cantik!. Aku rasa semua barang ni mesti dari luar negara.

Tidak lama kemudian, datang seorang bibik yang menyediakan teh dan minuman kepada mereka sebelum dia meminta diri.

“Irina biasakanlah diri dekat sini ye. Ini pun rumah Irina" ujar Dato Tengku Jefri dengan lembut.

“Terima kasih..er" Dia menggaru kepala tak gatal. Aku nak panggil apa ni.

Dato Jefri tergelak kecil. “Panggil daddy"

“Terima kasih daddy" kata Irina membetulkan ayatnya tadi.

Anas di sebelahnya hanya diam sahaja. Mumgkin tiada apa yang hendak diboraknya.

“Jadi isteri tu, kenalah pandai-pandai layan suami. Masak apa yang dia minta. Barulah isteri mithali namanya." celah Datin Suhaila pula.

Irina hanya mengangguk. Kenapa aku dengar tu macam sindiran je.

Meow!

Seekor kucing parsi datang menempel pada kaki Irina. Mata gadis itu terus terbuntang luas.

No! No!

Janganlah kau nak buat hal dalam rumah ni Irina. Bulu romanya sudah mencacak naik.

Kaki diangkat sedikit. Melihat itu, Anas simpan senyum. Penakut. Dengan kucing pun nak takut.

Tiba-tiba kucing itu memanjat ke atas sofa. Irina mula tak keruan. Tolonglah jangan datang.

“Cimmy!" laung seorang wanita yang mula mendekat ke arah mereka.

Gadis itu kuntum senyum saat melihat kucing parsi yang berwarna kelabu itu. Kucing itu dicapainya lalu diusapnya penuh kasih.

Irina menarik nafas lega.

“Ni ke wife abang?" tanya Laura seraya dia mengambik tempat di sebelah Datin Suhaila. Kucing peliharannya diletakkan di atas riba.

Anas mengangguk.

Irina masih lagi beriak selamba walhal dalam hati ni aku rasa nak lari balik rumah. Kenapa aku rasa yang diri aku ni kerdil sangat untuk keluarga ni.

Laura tidak berkata apa-apa. Pandangannya tajam memandang wajah Irina seperti tidak puas hati.

Irina yang faham akan pandangan itu hanya diam sahaja. Tidak berani untuk melawan.

Sunyi.

Dato Jefri berdehem seketika memecahkan kesunyian.

“Mhm kalau macam tu, kamu berdua naiklah dulu masuk bilik Anas. Irina bermalam dekat sini kan?"

Irina mengangguk. Tapi dalam kepalanya memikirkan kata-kata ayah mertuanya. Masuk bilik? Anas?. Takkanlah malam ni aku nak tidur sekali dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience