DPH 19 - PAKSAAN

Romance Series 33468

Laura menolak kasar daun pintu utama rumah agam itu. Kasut tumit tingginya ditanggalkan cepat. Dia berlari anak menuju ke dapur.

Dari jauh lagi, kelihatan tiga orang bibik mengemaskan meja makan bermakna semua orang sudah selesai menjamu selera. Laura tayang muka sedih. Tak sempat nak join dinner sekali bila asyik terleka dengan shopping dan kawan-kawannya semua ni.

Kedengaran derapan kaki seseorang dari belakang, membuatkan Laura cepat menoleh. Dia segera mengukir senyuman tatkala wajah Erinda di hadapannya.

Erinda turut mengukir senyuman. Terkejut melihat Laura yang sudah semakin cantik. “Cantik Laura sekarang ni. Dah lama tau akak tak jumpa Laura. Rindu." ucapnya memaniskan mulut.

“Thanks kak. Akak dari dulu lagi selalu puji Laura macam ni. Laura pun rindu juga dekat akak. Dah lama akak tak balik. Akak dah habis belajar ke?"

Erinda mengangguk.

Tak lama, dia buka kembali mulut apabila bayangan wajah Irina melintasi benaknya.

“Mhm Laura. Akak nak tanya something boleh?"

“Apa dia kak. Tanyalah."

“Macam mana hubungan Laura dengan wife Anas? Maksud Akak, Laura rapat ke dengan wife Anas tu?" soal Erinda ingin tahu.

Laura diam sejenak. Sedetik, dia berpeluk tubuh sendiri lalu wajahnya digelengkan. “Tak. Laura tak suka dia."

Semakin melebar senyuman Erinda mendengar jawapan gadis itu. Senyuman yang mempunyai maksud tersirat.

“Kenapa?"

“Dia rapat sangat dengan Aydan. Laura tak suka mana-mana perempuan rapat dengan Aydan selain Laura."

“Rapat? Maksud Laura, dia rapat macam mana?" Tanya Erinda lagi.

“Dia dan Aydan sekawan. Tapi tulah..Laura nampak, diorang mesra sangat. Padahal abang suami dia, bukannya Aydan."

Erinda yang setia mendengar itu, hanya mengangguk kepala. Dia mula membayangkan tentang kemesraan Irina dan Aydan.

Tiba-tiba bunyi perut Laura berkeroncang hebat, membuatkan gadis itu menangkat wajah memandang Laura.

Laura tersengih. Tangannya menggosok perut sendiri. “Mhmm Laura pergi makan dulu. Lapar" rengeknya.

Melihat anggukan Erinda, dia terus berlalu pergi dari situ.

Perlahan-lahan Erinda melabuhkan punggung pada sofa di ruang tamu. Matanya melilau mencari susuk tubuh Anas yang masih lagi tidak dijumpai.

Sehinggalah matanya tertancap pada susuk tubuh bondanya yang makin mendekat ke arahnya.

“Erin tak nak balik lagi?" soalnya berdiri di hadapan gadis itu.

Erinda menggeleng. Dia tahu yang bukan masanya lagi untuk dia pulang ke rumah. Dia harus bersua muka dengan perempuan yang dikatakan isteri Anas.

Datin Rosmiza menggosok bahu anak angkatnya berserta senyuman. Memang wanita itu sangat lemah lembut dan peramah sekali.

“Jangan balik lewat sangat ye." pesannya kepada Erinda.

Erinda mengangguk.

“Tapi nanti, Erin nak balik dengan siapa?"

“Pasal tu bonda jangan risau lah. Pandai-pandilah Erin balik sendiri. Lagipun Erin kan dah besar"

“Yelah kalau macam tu. Bonda balik dulu ye" kata wanita itu sebelum berpaling ke belakang.

“Eh Roz, dah nak balik dah ke?" soal Datin Suhaila yang baru sahaja turun.

“Ye. Dah nak balik dah ni. Takpe kan kalau Erin ni tak balik lagi. Katanya dia nak balik kejap lagi" kata Datin Rozimah berpaling ke arah Erinda.

“It's okey lah Roz. Kalau Erin nak tidur dekat sini pun boleh. You jangan risaulah. I pun dah anggap Erin ni macam anak I sendiri tau"

Datin Rozimah ketawa kecil. “Lega I dengar you cakap macam tu. Takpelah, I balik dulu ye"

Kedua wanita itu hanya mengangguk.

Hilang sahaja kelibat bonda Erinda, Datin Suhaila terus mengambil tempat di sebelah wanita itu. Sebenarnya dari tadi lagi dia ingin bercakap dengan Erinda tapi memandangkan Datin Rozimah ada sekali, jadi ditangguhkan dulu untuk bercakap dengan wanita itu.

Erinda turut menggerakkan tubuhnya memandang wajah wanita di hadapannya.

“Rancangan kita gagal Mummy" kata Erinda dengan wajah sedih. Kepalanya ditundukkan.

Datin Suhaila menggosok peha Erinda. Dia tahu yang gadis itu kecewa tika ini.

“Erin janganlah sedih macam ni. Kalau Erin sedih, Mummy pun sedih tau. Erin jangan risau. Mummy ada satu lagi rancangan"

Mendenar itu, Erinda lantas mengangkat wajahnya cepat. Dia memandang wajah Datin Suhaila penuh pengharapan agar rancangan mereka kali ini tidak akan gagal lagi.

“A-apa Mummy?"

Wanita itu tersungging senyuman jahat. Erinda yang masih lagi terpinga-pinga mengerut dahinya. Tidak faham dengan senyuman itu.

“Mummy akan gunakan dengan cara paksaan"

“Paksaan apa Mummy?"

“Mummy akan tetap paksa Anas kahwin dengan Erin." kali ini suaranya berubah serius. Senyuman jahatnya pun, sudah hilang.

“Mummy, kan sekarang ni Mummy sedang paksa Anas kahwin dengan Erin. Tapi sekarang, tetap tak jadi. Mummy nak paksa Anas macam mana lagi" kata wanita itu tegas. Tapi suaranya masih lagi diperlahankan.

“Don't worry Erin. Mummy berani jamin yang rancangan kita kali ni akan berjaya. You just wait"

“Okey. Erin harap rancangan kali ni akan berjaya" balas wanita itu.

Datin Suhaila mengangguk penuh yakin.

“Mummy" sapa Anas yang baru turun dari tangga. Irina di sebelah lelaki itu menunduk kepala. Masih lagi tidak berani membuka mulut.

Mendengar suara Anas yang menyapa mereka itu, membuatkan Erinda dan Datin Suhaila serentak berpaling.

“Err..Ye Anas?"

“Anas dah nak balik" kata lelaki itu dingin. Sempat lagi matanya mengerling ke arah Erinda.

“Mhm Anas taknak jumpa Daddy? Kenapa awal sangat nak balik" kata Datin Suhaila seperti tidak membenarkan Anas pulang.

“Dah jumpa tadi. Sebab tu nak balik ni"

“Kejap dulu Anas " Dia bangun dari duduk lalu berjalan menghampiri anaknya. Erinda yang melihat itu, turut mengikuti langkah Datin
Suhaila.

“What Mummy?"

“Mummy nak cakap dekat Anas yang Mummy tetap akan..."

“Irina, tolong ambil phon aku kat dalam kereta" pangkas Anas terlebih dahulu. Dia tahu tentang apa yang Mummynya ingin bicarakan. Tapi yang pasti, dia taknak yang Irina tahu pasal ini.

“Ta-tapi..phon awak kan..." matanya jatuh pada tangan Anas yang sedang memegang telefon bimbit. ‘Dah kenapa pula tiba-tiba nak suruh aku ambil phon dia ni. Padahal phon dia dekat tangan dia je kut'

“Please Irina"

“Fine!" kata gadis itu berjalan pergi ke muka pintu. Malas ingin berdebat lagi.

Pintu kereta dibuka perlahan. Terus dia duduk di sebelah kerusi penumpang.

Tangannya membuka dashboard. Tiada. Dia memanjangkan leher pula melihat ke arah tempat duduk belakang. Juga tidak kelihatan telefon bimbit Anas.

Kepala yang tidak gatal digarunya. “Dia suruh aku ambil phon dia. Tapi masalahnya sekarang ni, phon dia ada dekat tangan dia. Mestilah takda dekat dalam kereta ni" katanya sendiri.

Dia kembali menyandarkan tubuh pada kerusi kereta itu. Mulut menguap sendiri.

Dia lantas menggeliat kecil. “Ngantuknya" kata gadis itu sambil menggosok mata sendiri.

“Tidur dulu lah" Tanpa menghidupkan enjin kereta, dia perlahan-lahan menurunkan kerusi lalu badannya dipusingkan berpaling ke arah tingkap kereta. Suasana di dalam kereta itu, tidaklah panas mana memandangkan waktu tika ini malam.

Baik aku tidur dalam kereta daripada masuk cumpur urusan mereka berdua. Lagipun takda kena mengena dengan aku.

“Mummy tak sepatutnya cakap benda ni depan Irina"

“Kenapa tak boleh? Dia patut tahu kan. Yelah. Erinda ni kan bakal menantu dia" kata Datin Suhaila bersahaja.

“Madu? Anas takkan sesekali lah kahwin dengan perempuan ni" suara lelaki itu mula meninggi. Tangannya dihalakan ke arah Erinda.

“Anas jangan nak uji kesabaran Mummy ye. Selama ni Mummy dah banyak bersabar dengan Anas. Tolong jangan jadi anak derhaka. Kenapa? Anas dah pandai melawan cakap Mummy kan. Sebab perempuan tu kan." balas Datin Suhaila tidak mahu mengalah. Air mata palsunya mula bertakung.

Anas meramas rambutnya kasar. Kusut memikirkan semua ini. Lagi-lagi bila melihat wajah Mummynya yang menahan air mata dari tumpah. Sungguh dia tidak sanggup melihat Mummynya menangis di sebabnya. Dia tidak pernah membuat wanita itu menangis. Dia tak nak Mummy kecewa dengannya. Tapi dalam masa yang sama juga, dia tak nak Irina kecewa dan sedih dengannya. Apa yang harus dia buat tika ini?

Nafas di tarik sedalam-dalamnya. Cuba menenangkam dirinya sendiri. “Apa yang Mummy nak Anas buat sebenarnya?" soalnya acuh tak acuh.

“Kahwin dengan Erin. Jelaskan?"

Tersentap Anas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Mummynya. Kenapa ianya berlaku terlalu pantas?

Tiba-tiba dia berasa menyesal pula datang makan malam ke sini walhal dia sendiri tahu apa tujuan Mummynya mengajak dia makan malam sekali.

Anas diam. Sesekali kedengaran lelaki itu mengeluh. Rambutnya di sebak ke belakang. Matanya di pejam rapat. Cuba untuk mencari ketenangan buat sementara.

“How? Dah buat keputusan?" soal wanita itu lagi membuatkan Anas kembali buka mata.

“Give me time. Anas tak suka orang push Anas ni. Anas taknak kecewakan Mummy. Tapi Anas pun taknak kecewakan Irina. Dia isteri Anas. And now..Mummy nak suruh Anas kahwin dengan perempuan ni pula ke? Jadi Mummy nak suruh Anas ceraikan Irina. Macam tu?"

“Mummy tak suruh pun Anas ceraikan Irina. Tak salahkan kalau Anas kahwin lagi satu. Lelaki boleh kahwin empat Anas. Boleh tambah lagi tiga"

“Mummy senangkan cakap macam tu. Yang kahwinnya Anas. Yang kecewanya Irina. Mummy ingat Irina boleh terima ke semua ni?"

Datin Suhaila lantas ketawa sinis. Erinda hanya membatu sejak tadi. Malas ingin ikut campur. Yang penting, Anas setuju untuk kahwin dengannya. Cukup.

“Sejak bila Anas kisahkan pasal perempuan ni? Kenapa sampai nak jaga hati dia. Anas jangan cakap dekat Mummy yang Anas dah jatuh cinta dekat perempuan tu"

“Why? Salahke kalau Anas jatuh cinta dekat isteri Anas sendiri. Tak berdosa kan?" balas lelaki itu. Tiada niat pun di hati untuk melawan kata-kata Mummynya. Tapi apa salahnya kalau dia mempertahankan hubungannya dengan Irina.

Datin Suhaila mengurut dada sendiri. Memujuk hatinya agar bertenang. Sabar.

“Apa yang bising-bising ni kat bawah. Daddy nak tidur kat atas pun tak boleh" celah Dato Jefri sambil kakinya menuruni anak tangga. Jelas wajahnya yang baru sahaja tersedar dari lena. Masih lagi mamai.

Tidak mengendahkan suaminya itu, dia merenung tepat ke arah Anas. “Mummy bagi Anas satu minggu untuk berfikir semua ni. Mummy harap Anas takkan kecewakan Mummy" tegas wanita itu berkata-kata.

“Anas balik dulu" dia berjalan ke arah daddynya lalu tangan lelaki itu disalam.

“Eh, Irina mana?" soal Dato Jefri sambil menjenguk ke belakang Anas.

Sekali lagi lelaki itu mengeluh. Macam mana dia boleh lupakan tentang Irina. Aduh...

“Err..Irina kat dalam kereta. Anas balik dulu ye Daddy"

“Mhm Yelah. Bawa kereta elok-elok"

Anas mengangguk. Lalu kakinya melangkah pula ke arah Mummynya. Sempat dia menjeling tajam ke arah Erinda saat dia melintasi gadis itu.

“Anas balik dulu" kata lelaki itu perlahan sebelum tangan Mummynya disalam.

Dia terus berjalan keluar dari situ. Tidak betah berlama-lama di dalam.

Pintu kereta di hempas kasar. Mulutnya menguap sendiri. Mungkin sudah waktu untuk tidur memandangkan malam semakin larut.

Anas mengalihkan pandangan memandangkan ke arah Irina yang nyenyak tidur itu.

Dia mendekatkan wajahnya ke arah gadis itu yang tidur membekelanginya. Jelas kedengaran dengkuran halus dari Irina.

Dia lantas memegang bahu Irina lalu menarik badan gadis itu supaya berpaling ke arahnya. Wajah Irina ditatap lama.

Tanpa sedar, bibir kuntum senyum. Hilang segala masalah tatkala melihat wajah Irina di hadapannya.

Dia mencapai tangan Irina lalu dikucupnya lembut.

“I love you so much" ucapnya perlahan supaya tidak didengari oleh sesiapa.

Dia kembali berpaling ke hadapan. Enjin kereta dihidupnya. Tangan kanannya memegang stereng kereta dan tangan kirinya masih memegang erat tangan wanita itu seperti tidak mahu dilepaskan.

~•~•~•~•~•~•~•

“Kenapa dengan Anas tu? Balik tergesa-gesa je?" soal Dato Jefri sambil melabuhkan punggung ke atas sofa lalu remote tv dicapainya. Tv yang gelap tadi, mula mengeluarkan warna. Dia yang mengantuk tadi pun sudah hilang mengantuknya.

“Manalah saya tau dengan anak awak tu. Geram betul saya dengan perangai keras kepala dia tu"

“Apa yang awak tak puas hati lagi ni Ila? Awak suruh dia buat apa lagi?'' Kata Dato Jefri yang masih lagi tidak tahu dengan rancangan Datin Suhaila. Pandangannya tidak dikalihkan dari memandang televisyen. Lansung tidak sedar dengan kehadiran Erinda.

“Eh, abang dah balik dah ke?" celah Laura dengan kucingnya Cimmy di dalam dukungannya.

“Haah dah balik"

'Ehem!'. Erinda berdehem membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya.

“Mhmm kalau macam tu Erin balik dulu ye. Lagipun dah lewat ni" ujar wanita itu perlahan. Niat untuk bersemuka dengan Irina, ditangguhkan dahulu.

“Eh Erin. Tak perasan pula uncle tadi. Ingatkan dah balik"

Erinda hanya ukir senyum. Tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi.

“Erin balik naik apa?" soal Datin Suhaila.

“Erin dah call tadi suruh driver keluarga Erin datang ambil "

“Kenapa susah-susah. Mummy boleh hantarkan lah"

“Takpelah Mummy. Erin okey je" balas wanita itu tidak mahu menyusahkan Datin Suhaila.

“Erin jangan risau ye. Tak lama lagi Anas akan tetap jadi milik Erin" Ucap Datin Suhaila berbisik ke telinga gadis itu.

Erinda mengangguk berserta senyuman di bibir. Bertambah semangat apabila mendengar kata-kata dari wanita itu tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience