DPH 24 - DEMI KESAYANGANKU

Romance Series 33468

Erinda berlari anak mendapat Datin Rozimah yang sedang ralit menonton televisyen di ruang tamu.

Punggung dihenyak cepat di sebelah wanita itu. Datin Rozmah terus mengurut dadanya sendiri. Terkejut Ya Allah.

Dia tersenyum-senyum sendiri sambil menempel badannya mendekat ke arah Datin Rozimah.

Wanita itu memandang anaknya pelik. “Ni dah kenapa pula ni. Macam dah ulat bulu dah Bonda nampak" kata wanita itu malah Erinda hanya tayang gigi.

“Erin taknak apa-apa. Cuma Erin nak tanya Bonda. Bonda ikhlas ke terima Anas sebagai menantu Bonda tu" soalnya. Yelah. Masa rombongan meminang tu jelas kelihatan riak wajah bondanya nampak terkejut dan tidak berapa gembira.

Datin Rozimah menghela nafas berat. “Bonda ikhas terima Anas sebagai menantu Bonda. Tapi.." dia jedakan ayat membuatkan wanita itu tertunggu-tuunggu.

“Tapi apa Bonda?"

“Bonda tak yakin yang Erin akan bahagia dengan suami orang ni. Lagipun Bonda sendiri nampak yang Anas tu betul-betul cintakan wife dia. Takkan Erin nak jadi orang ketiga pula dalam rumahtangga mereka. Walau Erin cintakan dia sekalipun, itu belum tentu lagi yang Anas cintakan Erin. Bonda rasa yang Anas dah bahagia dah dengan wife dia sekarang ni. Lagi-lagi bila kamu berdua kahwin tanpa pengetahuan dia. Siapa yang tak sakit hati kan bila sorok perkahwinan macam ni" jelas Datin Rozimah yang tidak berapa suka dengan perkahwinan ini.

Erinda tarik muncung. “Kenapa Bonda tak pernah pun nak support Erin?. Erin tahulah yang Erin ni cuma anak angkat. Erin.."

“Bonda tak pernah pun anggap Erin ni sebagai anak angkat. Malah Bonda selalu anggap Erin ni dah macam anak kandung Bonda. Dari kecil lagi Bonda jaga Erin. Bonda bagi makan minum Erin. Bonda sayang Erin. Bonda just nak yang terbaik untuk Erin. Itu aja" balasnya sayu.

Memang dia tak boleh mengandung. Jadi sebab itu dia mengambil keputusan untuk ambil anak angkat. Tapi dia tidak pernah pun anggap Erinda sebagai orang luar walaupun darah daging yang mengalir pada tubuhnya tiada kena mengena dengan mereka.

“Habistu kenapa Bonda tak hormat keputusan yang Erin buat. Ini keputusan Erin bonda. Erin tahu yang ini adalah yang terbaik. Erin jamin semua tu" yakin dia berkata seolah-olah dia dapat melihat masa depan.

“Bonda bukannya tak hormat keputusan Erin. Cuma bonda nak Erin fikir masak-masak dulu pasal ni..Bonda tak nak..."

“Erin dah fikir masak-masak Bonda. Ini yang terbaik untuk Erin" kata wanita itu tiba-tiba naik angin. Dia angkat punggung berkira-kira ingin berlalu dari situ. Tapi entah kenapa kakinya seakan di gam saat telinga sudah menangkap nama seseorang di televisyen.

Datin Rozimah yang turut terkejut juga memalingkan ke arah televisyen tersebut. Dia kembali duduk di sofa. Menanti penuh sabar apa yang lelaki itu ingin katakan.

~•~•~•~•~•~•

IRINA menyandarkan badannya pada kepala katil. Sungguh tinggal di dalam rumah keseorangan sangatlah membosankan.

Novel dicapai seraya tangannya serentak mengambil remote kawalan jauh.

Butang on ditekan. Televisyen mula mengeluarkan warna dan bunyi. Tapi gadis itu malah menumpukan perhatian pada novel sahaja. Mungkin televisyen hanya dipasang untuk menghilangkan rasa sunyi. Ni kalau ada Anas ni mahu kena membebel aku macam ni.

Saat telinganya secara tidak sengaja menangkap pendengaran mendengar nama Anas yang muncul pada kaca televisyen itu membuatkan dia kaku seluruh tubuh.

Novel ditutup cepat lalu diletakkan ke tempat asal semula. Memberi tumpukan yang penuh ke arah televisyen.

Hujung bibirnya digigit lembut. Entah apa yang lelaki itu ingin katakan. Tapi kenapa Anas tidak bagitahunya yang dia akan adakan sidang media?.

Apa...yang awak sedang buat ni Anas?

~•~•~•~•~•~•~

Dia menarik nafas dalam. Banyak jurugambar yang sedang mengambil gambarnya malah lelaki itu hanya beriak santai.

Dia berdiri di atas pentas penuh gaya. Ada juga sekempulan wanita yang sedang menjerit memanggil namanya. Tapi dia hanya buat tidak endah sahaja.

Nafas ditarik dalam sebelum dia menyampaikan berita yang ingin dia sampaikan kepada semua orang.

“I sure pasti semua orang tertanya-tanya kenapa I buat sidang media tiba-tiba macam ni. But I can't keep this a secret anymore. I will to tell everyone a biggest secret.." dia jedakan ayat sebentar. Bergema suaranya dalam dewan itu.

Semua orang yang sudah mendengar kata-kata Anas tadi sudah pandang sesama sendiri. Tidak faham apa yang Anas ingin sampaikan.

“Actually...I dah berkahwin" cukup dengan itu, semua orang jelas terpampan mendengar penjelasan Anas. Ada juga yang tayang wajah tidak puas hati.

“I know banyak orang tak puas hati with me for keeping all this a secret. But I have a specific reason why do all this. So I hope no slander is spread in magazines, newspapers, social media or anything else. If I knew all that, I would take action. So please..jangan sebarkan berita yang tidak sahih. Atau leih tepat lagi Fitnah.

I married him, for no other reason than falling in love with a woman who had stolen my heart.

I hope everyone is satisfied with what I explained. I tak nak nanti tiba-tiba timbul fitnah pula yang I ni kaki perempuan

And that woman, everyone will know one day" akhir katanya membuatkan semua orang sudah tidak sabar menanti.

Dia tersenyum lebar. Puas hatinya saat satu Malaysia sudah tahu yang dah berkahwin.

‘So sekarang ni dah takda apa-apa halangan untuk aku keluar bersama dengan kesayanganku.'

Dia tergelak kecil. Boleh angau aku dibuatnya dengan si Irina ini.

~•~•~•~•~•~•~

Irina menutup mulut sendiri di akhir kata Anas. Lelaki ini dah gilakah? Mana aku nak letak muka aku nanti?

Memang perangai Anas susah hendak dijangka. Nasib baiklah dia tak sebut nama aku. Kalau tak..siap lah lelaki itu aku kerjakan.

Sumpah aku geram sekarang ni. Rasa nak hempuk juga kepala dia. Kenapa tak bincang dengan aku dulu? Suka sangat buat kerja ikut kepala dia aja.

Malas ingin pertikaikan dengan benda yang sudah jadi, dia terus menutup televisyen lalu mencapai semula novel yang dibacanya tadi.

Tunggu lah lelaki itu balik. Memang siap aku kerjakan dia. Dahlah pening kepala ni belum hilang lagi. Lagi pening melayan karenah Anas yang susah hendak dijangka.

~•~•~•~•~•~•

“See. Erin sendiri kan nampak semua tu" Datin Rozimah berpaling ke arah anaknya yang jelas terkejut mendengar kata-kata Anas barusan. Memang tidak di sangka. Dia sendiri pun terkejut tadi mendengar semuanya.

Dia kepal penumbuk. Air mata cuba ditahan supaya tumpah. ‘You nak balas dendam ke apa ni Anas sampaikan nak hebohkan satu Malaysia yang you dah kahwin. Perlukah?

“Erin masih lagi nak teruskan perkahwinan ni? Erin sendiri kan nampak yang Anas betul-betul cintakan wife dia. Erin nak ke nanti kalau diri Erin sendiri yang kecewa kelak. Bonda tak sanggup..."

“Dahlah Bonda. Erin ingat Bonda akan selalu support apa pun Erin buat. Tapi sangkaan Erin silap. Bonda dah betul-betul tak sayangakan Erin" bentak wanita itu geram bila dari tadi lagi wanita itu asyik membuatkan pendirannya mula goyah dari memiliki Anas. Kenapa semua ini boleh berlaku? Ahh...serabutnya!

Dia terus meninggalkan berjalan pergi dari situ. Kaki sengaja dihentak kuat menandakan dia betul-betul protes.

Mana tak sakit hati bila semua orang tak pernah sokong keputusan yang dia buat.

Aku tetap dengan keputusan aku. Pilih Anas sebagai suami yang tepat walaupun Bonda tak suka dengan keputusan aku. Tapi ini life aku. So aku berhak buat keputusan demi masa depan aku sendiri.

Wanita itu hanya mampu menggeleng kepala melihat perangai Erinda yang sudah pandai melawan cakap. Ikut perangai siapalah ni.

~•~•~•~•~•~•

Pintu rumah agam itu diketuk kasar. Amarahnya tidak dapat dibendung lagi. Dia harus berbincang dengan wanita itu. Dia pasti yang Datin Suhaila pun pasti tidak tahu pasal ini.

Tidak lama, terjengul wajah bibik di rumah agam itu dengan senyuman yang manis. Tapi Erinda hanya membalas dengan jelingan tajam. Terus dia berjalan dengan gayanya.

Dia meluaskan pandangan pada segenap ruang di tingkat bawah memandangkan rumah agam ini sangat besar. Jadi susah untuk mencari keberadaan Datin Suhaila.

Kakinya mendaki pula tangga menuju ke dalam bilik wanita itu. Lagak seperti rumah dia sendiri pula. Langsung tiada hormat berada di dalam rumah orang.

Daun pintu dotolak perlahan. Dia sendiri sudah tahu dimana bilik wanita itu. Macam mana tak tahu kalau asyik-asyik datang sini je kerjanya.

Dari jauh lagi dia melihat Datin Suhaila yang sedang duduk di sofa sambil matanya dihalakan ke arah televisyen di mana Anas menyampaikan tentang beritanya barusan.

Dia tersenyum sinis. ‘Tengoklah perangai anak kau ni. Tak pernah kalau tak sakitkan hati aku. Nasib sayang'

Dia menyandarkan badannya pada pintu seraya sebelah tangannya lagi sengaja mengetuk pintu bagi membuatkan wanita itu sedari akan kehadirannya.

Bunyi ketukan yang menerpa gegendang telinganya membuatkan dia berpaling. Terkejut melihat Erinda yang selamba menyandar badan melihat ke arahnya.

Dia tersenyum nipis. “Erin dah lama sampai? Sorry Mummy tak perasan" kata wanita itu perlahan sambil tangannya mencapai remote lalu televisyen itu dimatikannya.

Erinda tidak menjawab pertanyaan dari Datin Suhaila. Malah selamba sahaja dia masuk ke dalam bilik wanita itu lalu duduk bersebelahan dengannya.

“Mummy tengok sendiri kan apa yang Anas dah buat hari ni? Tak pasal-pasal Erin pula kena kecam rampas suami orang ni. Satu Malaysia dah tahu yang Anas dah kahwin. Habis Erin ni siapa? Erin pun tunang dia tau. Kenapa tak bagitahu semua tu. Dia memang saja je nak sakitkan hati Erin ni" katanya dalam merajuk. Tangan saja naik menyilang ke dada.

Wanita itu tergelak kecik. Bahu Erinda ditepuk berkali-kali. “Erin janganlah risau. Suatu hari nanti, Anas akan tetap jadi hak Erin. Mummy jamin semua tu"

“Tapi macam mana kalau Anas tiba-tiba tarik balik persetujuan dia tu."

“Don't worry Erin. Mummy akan cepatkan perkahwinan kamu berdua" kata wanita itu cukup yakin.

Erinda menutup mulutnya sendiri seakan tidak percaya. “Are you sure?"

“Yes. Takkan Mummy nak tipu pula" balasnya tersenyum manis.

“Dalam seminggu korang berdua akan kahwin" tambah Datin Suhaila membuatkan Erinda sekali lagi terkejut. Oh my gosh! Biar betul! Hatinya sudah berbunga-bunga tika ini.

“Thanks Mummy" tubuh tua wanita itu dipeluk erat. Dia tersenyum puas. Sabar Erinda. Tak lama je lagi.

~•~•~•~•~•~•

Malam yang damai, Dato Jefri yang sedang asyik melayan perasaan di tepi kolam itu tersenyum sendiri.

Bunyi air kolam yang mengalir menambahkan lagi rasa aman di dalam dirinya.

Dia..bangga. Bangga melihat Anas yang bijak membuatkan keputusan walaupun anaknya itu tidak memberitahu dia langsung yang dia akan adakan sidang media.

Terselit sedikit perasaan kecewa di hatinya. Tapi ditepis cepat agar dia tidak terlalu emosi.

Anas memang anak yang baik walaupun dia seorang yang keras kepala. Kena ikut cakap dia aja. Tapi keras kepalanya juga dia masih lagi tundukkan hormat pada orang yang lebih tua.

Macam...isterinya. Yang tidak habis-habis memaksa Anas berkahwin dengan wanita lain. Bukan dia tidak tahu pasal itu tapi dia malas masuk campur walaupun dia berhak ke atas perihal itu.

Mengingatkan tentang persetujuan Anas tentang berkahwin lain, dia menghela nafas berat. Tak sangka anaknya yang keras kepala kini akhirnya bersetuju juga. Ayat apa lah yang isterinya bagi sampai Anas setuju.

Tiba-tiba terasa kerusi di depannya di tarik seseorang. Sekaligus memberhentikan lamunannya tadi.

Wajah isteri tercinta dipandang. Datin Suhaila menarik senyuman lebar lalu melabuhkan punggung pada kerusi di hadapan suaminya.

“Termenung jauh tu abang. Fikir pasal apa?" soal Datin Suhaila. Sengaja ingin ajak bebual. Dah lama mereka tidak berbual bersama memandangkan sibuk dengan urusan masing-masing.

“Pasal masa depan Anas" jawab lelaki itu berbaur sindiran.

Malah Datin Suhaila yang masih lagi tidak faham dengan ayat sindiran itu semakin melebar senyumannya. Mungkin dia fikir yang suaminya akan setuju dengan perkahwinan Erinda dan anaknya.

“Abang fikir yang Anas akan bahagia ke tak dengan Erinda kan? Abang jangan risau. Ila pasti yang diorang akan bahagia" balas wanita itu disambut dengan kerutan di dahi Dato Jefri.

“Apa kamu merepek ni Ila. Saya fikir pasal masa depan Anas. Bukannya fikir tentang menantu pilihan kamu dengan Anas tu"

Senyuman yang menghiasi bibirnya perlahan-perlahan pudar. Barulah dia faham dengan ayat yang dikatakan suaminya barusan.

“Abang...masih lagi tak percaya yang Erin lah yang terbaik untuk Anas."

“Saya bukannya tak percaya. Cuma saya tak pasti sebab bagi saya Anas dah betul-betul bahagia dengan isteri dia" kata Dato Jefri seraya melemparkan pandangan ke arah kolam.

Wanita itu ketawa sinis. Cuba untuk menutup rasa kecewa di hati. “Kenapa abang yakin sangat yang perempuan tu dah bahagiakan anak kita. Abang ada buktikan. Tunjukkan." tutur Datin Suhaila seolah mencabar suaminya.

Dato Jefri masih lagi mampu beriak santai walaupun isterinya itu tiada hak untuk melawan katanya sebagai suami. Selagi dia boleh sabar, selagi itu dia akan bersabar dengan semua ni.

“Ada. Dan bukti tu kamu sendiri yang tengok. Sidang media..Anas dah buat sidang media dan dia dah bagitahu seluruh dunia yang dia dah isteri. Itu bermakna..dia betul-betul cintakan Irina. Sebab dia taknak sorokkan lagi perkahwinan ni"

“Saya tak percaya. Anas buat macam tu mungkin perempuan tu yang paksa" Dia menekan setiap bait katanya menandakan dia betul-betul geram dengan jawapan suaminya. Seolah-olah lelaki itu ingin menyebelahi perempuan tak tahu malu tu pula.

“Ila!" serunya memanggil nama sang isteri yang semakin tidak beradab dengannya. Suasana menjadi hening seketika dengan topik perbualan mereka yang masing-masing tidak sepakat semuanya.

“Kalau kamu nak tengok Anas bahagia, sila tarik balik rancangan gila kamu tu. Saya tak tahu apa la yang kamu dah buat sampaikan Anas setuju untuk berkahwin lain. Tapi yang pasti..Anas takkan sesekali terima semua ni kalau kamu tak paksa" kali ini suaranga sedikit mengendur seraya tangannya naik mengurut dada sendiri. Sabar.

“Saya percaya yang Anas akan bahagia dengan menantu pilihan saya. Saya tahu semua tu"

“Kamu tuhan ke Ila sampaikan boleh tengok masa depan?. Kamu tahu tak kamu sekarang ni tengah rosakka rumahtangga anak sendiri. Anas lebih merana kalau..."

“Ya, saya memang bukan tuhan. Tapi saya dapat jamin yang Erin paling terbaik untuk anak saya. Anas takkan merana kalau Erin selalu bersama dengan dia" pangkas wanita itu cepat sebelum dia bingkas bangun berlalu dari situ.

Menyesal aku datang. Ingatkan dapat spend time dengan suami sendiri. Tapi bila topik ini dibualkan, mahu aku tak mengamuk. Dah elok-elok aku nak satukan mereka berdua, ada pula yang tak puas hati. Ni aku nak marah ni.

Dia meraup wajahnha kusut. Kenapa isterinya semakin biadap dengannya?.

“Anas takkan bahagia dengan mana-mana perempuan selain Irina" gumamnya perlahan.

Dia..sudah tahu semunya. Dia sudah tahu yang Anas merahsiakan perkahwinan ini dari Irina. Malah kawannya sendiri Dato Mukhriz iaitu ayah dari Irina pun sudah tahu kerana dia sudah menceritakan semuanya.

Memang kawannya ada sedikit rasa kecewa dengan Anas. Apatah lagi dia sebagai seorang bapa yang melihat anaknya sanggup membohongi Irina. Kenapa dia perlu rahsiakan semua ni? Kenapa tak bagitahu je perjara sebenar?

Dia menggeleng kesal. Tidak terlintas dek akalnya apa yang akan terjadi suatu hari nanti kalau Irina tahu. Semuanya diluar jangkaannya belaka.

Dia hanya mampu berdoa. Agar kebahagiaan selalu menjadi milik mereka walaupun dugaan mula melanda rumahtangga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience