DPH 6 - KELUAR

Romance Series 33468

Cahaya matahari yang menembusi jendela biliknya itu, menyedarkan tidur Irina.

Dia menggosok matanya. Jam di dalam bilik itu, dikerling. Alamak! Terlajak tidur pulak dah.

Cepat-cepat dia turun dari katil lalu kakinya berlari kecil mendapatkan bilik air. Macam mana aku boleh terlajak tidur pulak ni.

Hampir setengah jam dia menyiapkan dirinya, akhirnya dia turun menapak ke bawah.

Matanya meliar mencari Aulia dan Sara yang masih lagi tidak nampak batang hidung. Kemana pulak diorang ni pergi.

Tiba-tiba perutnya berkeroncang hebat. Dia memegang perutnya. Ahh lapar.

Kakinya dihayunkan ke dapur. Saji di atas meja itu dibuka. Kosong.

“What?! Pastu aku nak makan apa pulak ni?"..Aduhh

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia merungut. Masa ni jugaklah ada orang nak call.

Tanpa melihat gerangan yang menelefon itu, dia mengangkat juga.

“Ye? Nak apa?" soal Irina acuh tak acuh. Dahlah aku tengah lapar ni.

Sara berdehem di hujung talian.

Mata Irina membulat. What?! Kakak aku ke yang call?

“Err, so..sorry"

“Ni aku nak bagitahu dekat kau. Aku keluar pergi makan. Kak Lia takde dekat rumah sebab dia ikut Papa pergi kerja. So, kalau kau nak keluar kau keluarlah. Tapi jangan lama sangat. And kunci pintu rumah."

Mendengar itu, Irina melompat gembira.

“T..thanks kak"

Klik

Panggilan dimatikan. Dia terus berlari ke bilik. Beg slingnya disangkut ke bahu.

Selesai mengunci pintu rumah, dia teringatkan sesuatu. Wajahnya dikalihkan pada garaj kereta yang kosong itu.

Macam mana aku nak pergi kalau kereta aku takde. Alahh, ni semua pasal mamat tu. Kalau dia tolong hantarkan kereta aku kelmarin mesti dah takkan jadi masalah.

Haish

Nak tak nak, dia terpaksa juga berjalan kaki ke bus stop. Lagipun dekat kawasan ni jarang-jarang je teksi lalu.

Kakinya keluar dari perkarangan rumah. Wajahnya dipalingkan ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu.

Tapi matanya tertancap pada sebuah kereta yang dikenalinya. Jap. Tu bukan ke kereta...

Aydan!

Aydan memberhentikan keretanya di hadapan Irina. Irina mengundur sedikit.

“Jom jalan-jalan" ajak Aydan cuba untuk menarik tangan Irina.

“Ta...tapi"

Tidak sempat Irina berkata, Aydan menarik tangan Irina terlebih dahulu.

Irina duduk di sebelah penumpang. Aydan yang baru membolos masuk ke dalam kereta itu, memandang Irina.

Dia kuntum senyum.

“Are you okey?"

Dia mengangguk.

“Tapi Aydan. Saya nak pergi ambil kereta saya"

“Sebab tu saya datang"

Irina kerut dahi. Tidak mengerti apa yang Aydan katakan.

“Why?"

“Saya nampak kereta awak dekat bengkel tu. That's why saya datang ambil awak."

“Tak susahkan awak ke?"

“No. Awak tak pernah susahkan saya"

Melihat wajah Irina yang hanya diam itu, tangannya menekan pedal minyak. Berlalu pergi meninggalkan kawasan rumah itu.

~•~•~•~•~•~•~•

Mereka serentak turun dari kereta. Irina berjalan mendekati Aydan.

“Kita nak ke mana?"

“Jom makan. Saya tahu awak lapar kan"

“Ma..macam mana awak tahu?"

“Sebab saya dengar perut awak berbunyi tadi"

What?! Dia dengar? Oh my god! Malunya. Aku rasa nak sorokkan muka aku dalam baju sekarang ni. Sumpah aku malu.

Pipi Irina mula memerah. Malunya!

Aydan ketawa kecil. “You so cute bila blushing macam tu" Pipi Irina dicubitnya lembut.

“Dah dah jom"

Tangan Irina dipimpinnya melintas jalan. Wajah Irina jatuh pada tangannya yang dipimpin Aydan itu. Aydan dengan Anas ni takde beza pun. Diorang memang suka pegang tangan aku.

“Kita nak makan dekat mana?" soal Irina menoleh ke arah Aydan.

“Entah"

Tiba-tiba mata Irina tertancap pada sekumpulan manusia yang berkerumun ramai di dalam cafe yang dilaluinya.

Langkah Irina terhenti. Matanya memerhati manusia yang berkerumun ramai di sebalik dinding kaca cafe itu.

Aydan turut mengalihkan pandangannya.

“Kenapa ramai sangat tu?" tanya Irina.

“Mhmm siapa lagi kalau bukan Anas."

“Anas?"

“Dia kan Lelaki Pujaan Wanita. Mesti dia lah tu kena kerumun dengan perempuan."

Irina hanya mengangguk. Apa yang istimewa sangat dekat Anas tu pun aku tak tahu. Kalau muka dia tu memangla hensem. Tapi perangai? Huh! Dialah lelaki pertama yang dah aku senaraikan sebagai lelaki yang paling berlagak.

Aydan menarik tangan Irina supaya berjalan di sebelahnya. Irina hanya menurut sahaja.

Yang perlu aku tahu, aku nak makanan sekarang ni. Memang lapar aku tahap dewa dah ni.

~•~•~•~•~•~•

Mereka sama-sama melabuhkan punggung di tempat yang bertentangan.

Aydan memanggil pelayan untuk mengambil order.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang pelayan lalu diletakkan buku menu di atas meja mereka

“Give me lamb chop and green tea" Kata Aydan seraya memgembalikan buku menu itu semula.

“Saya nak chicken rice dan jus oren"

Pelayan itu hanya mengangguk. Tangannya mula mencatit pesanan yang dipesan oleh mereka tadi.

Dia berlalu pergi sambil membawa buku menu itu tadi.

Aydan memandang Irina tepat. Tidak berkelip langsung dia memandang wajah itu.

“Kenapa pandang saya macam tu?"

“Tak. Saya pelik. Selalunya awak tak boleh keluar. And sekarang, kenapa tiba-tiba kakak awak bagi pulak"

“Oh, dia bagi keluar sebab takde apa-apa makanan pun dalam rumah tu. Lagipun kakak saya pun keluar. Mungkin pergi makan"

Mendengar itu, Aydan hanya mengangguk sahaja.

Hampir lama mereka hanya berdiam diri, seorang pelayan tadi datang menghidangkan makanan yang dipesan oleh mereka.

Aydan hanya menguntum senyum sahaja kepada pelayan itu sebelum dia berlalu pergi.

“Makanlah"

“Thanks tau Aydan bawak saya pergi makan ni. You the bestfriend" ucap Irina sebelum dia menjamu selera.

Aydan hanya tersenyum hambar. Bestfriend? Jadi betul lah dia hanya anggap aku ni sebagai kawan sahaja. Tak lebih dari tu. Jadi aku ni cinta bertepuk sebelah tangan ke?

Irina mengelap mulutnya dengan tisu sesudah makan. Perutnya digosok lembut. Kenyang.

Aydan dihadapannya dipandang. Makanan lelaki itu masih lagi banyak.

Tangannya mencapai jus oren yang dipesannya tadi. Tiba-tiba ada satu tangan yang lebih cepat mencapainya.

Kepalanya mendongak memandang gerangan manusia yang berani ambil air aku ni.

Anas melabuhkan punggung di sebelah Irina. Jus itu diteguknya rakus.

Irina menampar kuat bahu Anas membuatkan Anas angkat kening sebelah kepada Irina.

Aydan diam. Dia sendiri pelik bagaimana Anas boleh sampai di sini.

“Tu air saya lah"

“Nah" baki minuman yang diminumnya tadi diberi semula kepada Irina.

Irina kancing gigi. Suka-suka dia aje kan ambil air aku.

“Kau dari mana ni Anas?" tanya Aydan.

“Aku baru boleh keluar dari perempuan-perempuan yang kerumun aku tadi. Dahlah time tu aku dahaga. Rimas tau. Tapi tak sangka pulak boleh jumpa kau kat sini"

Irina jeling.

Dahaga? Sampai nak minum air aku. Huh!

“Waiter"

Seorang pelayan berjalan ke arah mereka apabila dipanggil oleh Anas.

“Give me a red velvet cheese cake" arahnya. Pelayan itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Sunyi. Suasana diantara mereka bertiga sunyi sepi.

Anas berdehem seketika.

“Lepasni korang nak pergi mana?" soal Anas memecahkan kesunyian.

“Nak pergi ambil keretalah. Orang tu boleh pulak bagi kunci saja. Ingatkan nak bagi kereta sekali. Last-last saya juga kena pergi ambil." jawab Irina bercampur sindiran.

“Kereta? Bukan ke kereta kau sekarang ada dekat rumah Papa kau ke?"

Dahi Irina berkerut seribu. Macam mana pula ada dekat rumah papa aku. Bila masa aku ambik?

“Bila masa?"

“Orang aku dah hantar kereta kau"

“Tapi kunci kereta saya tu ada dengan saya"

“Are you sure? Kau tahu tak yang kau dah bagi kunci kereta kau tu dengan kunci spare dekat aku. So, yang aku bagi dekat kau tu kunci kereta satu lagi. Yang spare tu ada dengan aku"

Irina buat rolling eyes. See. Dia ni memang selalu menyusahkan aku. Cakaplah awal-awal yang dia dah upah orang untuk hantar kereta aku tu.

Aydan diam. Diperhatikan sahaja Anas dan Irina yang sedang berbual. Berbual? Ke tengah bergaduh? Entah. Yang pasti, dia tidak faham apa-apa yang mereka bicarakan.

Tidak lama, seorang pelayan perempuan datang menghantar kek cheese red velvet yang dipesannya tadi.

Anas paling ke arah Irina. Irina jeling sekilas ke arahnya sebelum dia memandang ke tempat lain.

“Irina!"

Panggil Anas perlahan. Perlahan-lahan Irina berpaling. Nak apa lagi mamat ni.

“Apa la...."

Ayatnya mati disitu apabila Anas menyukan sebahagian dari kek itu ke dalam mulutnya.

Mulut Irina kembung seketika. Punyalah banyak dia suapkan aku kek tu. Nak telan pun susah tau.

Anas ketawa kecil.

“Itu untuk ganti rugi air kau yang aku dah minum tadi" katanya. Kek disuakan ke dalam mulutnya pula.

Aydan hanya memerhati sahaja walau sedikit sebanyak ada perasaan cemburu dengan layanan Anas kepada Irina. Main suap-suap pula tu.

~•~•~•~•~•~•~•

Mereka bersama-sama keluar dari restoran itu. Pada mulanya, Anas mengatakan bahawa clientnya akan datang sebentar lagi di restoran yang mereka makan itu. Tapi tiba-tiba cancel pula sebab Nurul yang akan berjumpa dengan client itu.

“Kita nak pergi mana?" soal Anas.

“Awak tak kerja ke?"

“Tak. I'm a boss. So, suka hati aku lah nak masuk kerja ke tak" jawab Anas selamba.

See. Masih lagi nak berlagak.

“Meoww!!"

Tiba-tiba seekor kucing datang mendekati Irina. Irina membulat mata. No..No!!

“Arghh!"

Tempik Irina kuat menyebabkan dua lelaki itu berpaling ke arahnya.

Irina berlari kecil. Dia menyorokkan badannya di belakang Aydan. Aydan yang masih terpinga-pinga itu hanya dibirkan sahaja.

“Kucing? Kau takut kucing ke?" tanya Anas lalu wajahnya dijatuhkan pada kucing itu.

“To..tolong halau kucing tu" ucap Irina takut-takut. Dia memegang kemas baju yang Aydan pakai itu.

Anas mendukung kucing itu masuk ke dalam dakapannya. Dibelainya kucing itu penuh kasih. Dia berjalan mendekati Irina. Kucing itu disuakan kepadanya.

“Arghh"

Sekali lagi Irina menempik kuat membuatkan secara tidak sengaja dia terpijak kasut yang dipakai Anas. Kucing yang dipegangnya itu pun sudah jatuh ke bawah lalu kucing itu melepaskan diri.

“Arghh shit!" mulut mula menyumpah.

Irina melepaskan pegangan dari baju Aydan. Kini barulah dia tersedar yang dia sudah secara tidak sengaja terpeluk Aydan dari belakang.

“Err, sorry Aydan" ucap Irina perlahan.

Aydan hanya menghadiahkan senyuman sahaja. Terasa dirinya sangat bertuah bila dipeluk sebegitu.

“It's okey"

“Sorry dekat Aydan je ke? Kaki aku yang sakit ni kau biarkan je?" soal Anas meninggikan suaranya sambil mengaduh sakit.

“Awak yang cari pasal sangat. Terimalah akibatnya"

Aydan tergelak kecil melihat gelagat sepupunya.

Dia menghulurkan tangan kepada Anas. Anas menyambut cepat.

“Kau okey ke?"

“Okey." jawabnya perlahan.

“Dah, jom balik" ajak Aydan sambil matanya melirik ke arah Anas.

Anas hanya mengangguk.

“Err, awak baliklah dulu. Biar saya tumpang teksi. Lagipun saya ada nak singgah dekat tempat lain dulu"

“Kat mana?"

“Err mana-mana je. Okey bye" jawabnya sebelum berlalu pergi.

“Aydan"

“Aydan!"

Panggil Anas kuat bila melihat Aydan yang hanya melihat Irina yang berlalu pergi itu.

Aydan berpaling. “Apa dia?"

“Stop pandang dia. Kaki aku yang sakit ni. Macam manalah kau boleh jatuh cinta dengan dia?! Haish. Dah-dah jom" Anas menarik tangan Aydan supaya berjalan ke arah kereta.

Aydan hanya akur sahaja walaupun dalam fikirannya asyik memikirkan tentang Irina.

~•~•~•~•~•

Irina keluar dari kedai buku sambil tangannya menjinjit satu plastik yang berisikan novel.

Alang-alang dah boleh keluar ni, singgah lah beli novel. Lagipun novel dalam bilik aku tu dah berapa puluh kali aku aku baca cerita yang sama.

Matanya meliar mencari teksi. Aduhh takde lah pulak. So aku kena berjalan dekat bus stop la ni.

Tiba-tiba terasa dirinya diekori seseorang. Dia pandang ke belakang. Tiada.

Rasa tidak sedap hati mula datang. Bulu romanya mencacak naik. Sumpah aku takut. Lagi-lagi bila tempat ni sunyi.

Dia berlari sekuat hati. Entah kenapa dia betul-betul rasa yang ada orang mengekorinya dari belakang.

Matanya terpandang sesusuk tubuh yang cukup dikenalinya...

Sara!

“Kak Sara!" laungnya kuat.

Sara paling. Dia mengecilkan matanya. Irina ke tu?

Irina berlari anak mendapatkan Sara. Terasa lega sedikit hatinya.

“Kau kenapa ni?"

“Err, boleh tak kalau Irina tumpang naik kereta akak?"

“Kenapa?"

“Bolehlah kak" ujar Irina separuh merayu.

“Kau dari mana ni?" tanya Sara. Sesekali dia mencuri pandang plastik yang dibawa Irina itu.

“Dari kedai buku. Tapi jauh pula nak pergi bus stop. Boleh lah kak"

“Yelah-yelah. Cepat naik"

Irina menghembus nafas lega. Sebab itulah dia masih lagi tidak dapat membenci kakaknya. Sejahat-jahat Sara, dia selalu ada masa aku memerlukan.

~•~•~•~•~•~•~•

Dia merebahkan badan di atas katil biliknya. Penat. Tapi dalam penat pun dia rasa lega kerana dia sudah dapat keluar dari rumah ini walaupun hanya hari ni sahaja.

Tiba-tiba fikirannya mula memikirkan tentang seseorang yang mengekorinya.

Betulke ada orang ikut aku?

Ke perasaan aku je tadi?

Tapi kenapa hati aku kuat mengatakan yang ada orang sedang perhatikan aku sekarang ni.

Tapi siapa?

Malas ingin berfikir tentang soalan yang belum pasti lagi ada jawapan itu, dia perlahan-lahan turun dari katil.

Dia duduk di atas kerusi berhampiran dengan meja solek.

Plaster di dahinya di tenung lama. Kini, dia merasakan yang darah sudah berhenti mengalir dari dahi itu.

Mhmm mungkin luka tu dah kering.

Perlahan-lahan tangannya menanggalkan plaster itu. Hilang sudah rasa sakit di dahinya. Betul lah yang luka ni dah pulih.

Lepasni sumpah aku dah taknak dah cari pasal dengan Aulia tu. Ni pun dah serik kena. Dahlah dapat free gift penampar lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience