WAJAH Anas yang berdiri di hadapannya di pandang dengan hairan. Kaki mula berundur setapak dari lelaki itu dengan air mata mula bertakung.
“Do you want to explain for me?" Soalnya dengan suara bergetar. Rasa kurang nyaman mula membelit di tangkal hati.
“Tak, sayang." Dia terus menggeleng sambil cuba mendapatkan gadis itu malah cepat saja Irina menghalang dengan air mata mula mengalir.
Tak dapat membayangkan dia dengan situasi ini. Sakit hati? Pasti!. Isteri mana yang tidak sakit hati bila dapat tahu semua ini.
Kecewa?
Entah kenapa perasaan kecewa selama ini yang dia cuba kuburkan oleh lelaki itu datang kembali. Hanya sedikit saja perasaan kecewa itu. Tapi kenapa dia malah..bertindak untuk menjauhkan diri?.
Seolah-olah sesuatu perkara buruk yang telah terjadi. Tapi..apakah dia?..
Irina mengangkat wajah sebentar sebelum dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Tak sanggup. Dia tidak sanggup untuk melihat bekas yang ditinggalkan di leher suaminya itu.
Sedangkan dia..belum pernah sekali pun berbuat sedemikian rupa. Tapi kenapa perempuan itu yang perlu ambil dahulu haknya sebagai isteri.
“Siapa yang tinggalkan bekas tu di leher awak Anas." Lembut dia menyoal sambil menyeka air mata. Tidak perlu untuk menangis dengan benda yang sudah terjadi Irina.
“I..I don't know sayang." Jawabnya separuh terdesak. Setapak dia cuba untuk mendekati lagi dan nafas lega dihembuskan apabila melihat isterinya tidak halang. Wajah sayu sang isteri direnung lama. ‘Maafkan saya Irina'
“Dia..dah ambil hak saya." Perlahan Irina menutur kata dengan matanya turut membalas renungan lelaki itu. Cuba berlagak jadi berani walaupun hakikatnya dia langsung tidak kuat dengan semua ini.
‘Lembik kau Irina. Baru je tengok bekas ciuman tu dah nak menangis bagai. Dah nama pun dugaan rumah tangga. Mesti lah kena hadap.' Bisik satu suara di pendengaran telinganya.
Tangan digenggam kemas dengan mata automatik terpejam cuba mencari ketenangan buat sementara.
Melihat itu, hati lelakinya dimamah sayu. Sakit hati dengan semua ini. Kalau tak disebabkan Erinda, semua ini takkan terjadi!
Ringan sahaja tangannya naik mengelus pipi sang isteri dengan wajah mereka dijarakkan.
“Trust me sayang. Abang tak pernah curang belakang sayang. Abang takkan buat semua tu." Katanya lagi. Berbisik perlahan di telinga sang isteri.
Irina perlahan-lahan membuka mata. Reaksi terkejut melihat jarak mereka yang dekat inj cuba dikawal. Tangannya menolak lembut dada bidang lelaki itu menjauh.
“Dia dah ambil hak saya." Balas Irina perlahan. Kaki sudah mula mengatur langkah ke pintu.
Melihat Irina yang ingin keluar dari bilik itu cepat-cepat dia menyambar lengan gadis itu. Memaksa Irina supaya memandang ke arahnya.
”Sayang nak hak sayang malam ni? Fine. Saya terima. Tiada siapa yang akan ambil hak sayang sebagai isteri saya." Ujar Anas sedikit tegas. Dia tidak mahu. Tidak mahu berpisah tidur dengan gadis itu. Malah dia tidak mahu pun berpisah dengan gadis itu buat selamanya.
Irina sembunyi senyuman sinis. Dia menarik nafas dahulu yang begitu menyesakkan dada tika ini.
“Good night" tak mengendahkan perlawaan Anas dia malah meninggalkan bilik itu sendirian.
‘Kenapa..hati ini begitu sakit untuk melihat semua itu sedangkan dia..dia sendiri yang ajak aku untuk bersama..'
'Adakah..aku belum bersedia.' Badannya disandarkan badan pintu setelah dia sudah sampai ke biliknya lalu mengunci pintu bilik itu.
Wajahnya diraup perlahan. Kepala digeleng perlahan cuba untuk mengusir rasa aneh yang mula bertandang di hati.
Adakah..ini yang dinamanya bala sudah datang?
~•~•~•~•~•~•
Pada pagi itu, Anas terpaksa menuju semula ke rumah keluarga Erinda. Dia perlu membuat perhitungan dengan wanita itu.
Terpaksa dia masuk lewat ke kerja hari ini semata-mata Erinda. Atas sebab apa..?
Semua ini takkan terjadi kalau Erinda tidak akan buat kerja gila dan Irina takkan buat perangai dia sampai tak keluar bilik macam ni.
Dia tahu itu salahnya juga. Tapi kalau tak disebabkan Erinda, semua ini takkan terjadi!
Kuat dia memulas stereng kereta ke arah kiri menandakan dia betul-betul marah tika ini.
Sampai sahaja di luar rumah agam itu dia terus menceroboh masuk lagak pencuri.
Sudah tiada masa untuk memakir kereta pada-pada masa ini. Terus dia meletakkan keretanya itu di luar rumah sahaja.
Loceng rumah ditekan berkali-kali sambil dia meraup wajah kasar. ‘Tsk!' Anas berdecit geram apabila tiada tanda-tanda yang pintu rumah akan dibuka.
Berdiri dia bercekak sebelah pinggang sambil meraut wajahnya yang jelas kelihatan serabut.
“Erinda!" Kuat dia melaung dari luar jika masih lagi pintu tak dibuka dengan tangannya kasar mengetuk pintu. Kuat.
Tak lama, telinganya mula menangkap suara yang dikenalinya sedang berbicara sendiri. Mungkin ingin menuju ke sini.
“Haishh..Mana lah bibik dekat rumah ni. Pekak ke apa. Dari tadi lagi aku dengar loceng berbunyi takkan tak reti nak bukakan pintu dekat tetamu pulak." Kasar nada suaranya mengomel sambil kaki berjalan ke pintu dengan wajah sehabis masam.
Sengaja kaki dihenteknya kuat dengan perasaan sebal dia memulas juga tombol pintu. Kasar.
“Nak apa datang..." Terus terhenti bicaranya apabila wajah Anas di hadapannya tika ini sangat tegang dan serius. Jarang dia melihat wajah Anas berubah sehingga begini.
“Puas hati kau sekarang Erinda?" Garau suaranya menyoal pada gadis itu. Kalau diikutkan hati, nak saja dia menampar wanita di hadapannya ini. Tapi dia tidak mahu pula nanti bila dia di cop sebagai lelaki dayus.
Tak terus masuk ke dalam rumah walaupun pintu sudah terbuka luas. Dia hanya tercegat berdiri di hadapan pintu. Wajah serius ditayang. Menatap tajam wanita di hadapannya.
“Apa motif kau Erinda? Hpmh? Nak rumah tangga aku hancur?" Sekali lagi dia menyoal dan soalannya itu bagai angin di bawa pergi kerana Erinda hanya berdiam diri. Jelas riak wajah gadis itu terkebil-kebil.
Anas tersenyum sinis. Tangannya disilang ke dada sambil menjogket kedua alisnya.
“Last warning aku nak bagitahu dekat kau Erinda. Jangan sesekali Irinda dapat tahu semuanya dari kau. Kau kena ingat. Kuasa talak ada pada aku. Jadi bila-bila masa saja aku boleh ceraikan kau. Kau ingat tu." Keras dia mengugut sambil menunding jari telunjuk tepat ke wajah Erinda.
“W-what? A-apa yang I buat?" Dah jelas lagikan nyata yang semua ini berpunca daripada dia tapi masih lagi tak mengaku.
Kering terasa tekak melihat wajah tegang Anas. Air liur ditelan payah. Dengan berani dia menatap pandangan tajam lelaki di hadapannya.
“I..I pun berhak Anas. I pun berhak ambik hak I. You pun dah jadi suami I Anas. Please..you sepatutnya berlaku adil pada I. Bukan hanya Irina sorang." Terus suaranya berubah menjadi sayu. Tangan lelaki itu cuba dipegang namun Anas lebih cepat menepis.
“Hak?" Lelaki itu tergelak sinis. Sinis sekali sehingga menyakitkan telinganya yang mendengar.
“Aku dah bagitahu kau awal-awal Erinda. Aku dah bagitahu kau yang kita kahwin ni bukan atas cinta. Tapi atas paksaan. Kau faham kan. PAKSAAN. Jadi kau kena hadap risikonya. Kau jangan nak salahkan aku kalau aku bersikap kasar dengan kau sedangkan semua ni berpunca dari kau!" Ujar Anas lantang. Sedaya upaya cuba mengawal perasaan marah yang menggunung.
“Atas dasar apa you cakap? Paksaan? Habistu you kahwin dengan Irina pun atas dasar paksaan kan. Sebab you dan perempuan tu di tangkap khalwat and then tiba-tiba kena kahwin. Senang cerita, you dan Irina kena kahwin paksa. Kan? Tapi macam mana you boleh jatuh cinta dengan dia Anas." Suaranya berubah kendur dengan air mata mula bertakung. Memandang sayu ke arah Anas berharap ada sekelumit rasa simpati dari lelaki itu.
Malangnya tiada apabila wajah tegang Anas langsung tidak berubah. Dia menyeka air mata kasar sebelum menyambung semula bicaranya. Sungguh menyakitkan.
“Jadi..tak salahkan apa yang I sedang buat ni Anas. Tak semestinya kita kahwin paksa, kita tak bahagia sedangkan I tahu you sedang bahagia sekarang ni dengan Irina. Berpunca dari apa? Itu pun perpunca dari paksaan. Kalau daddy you tak paksa you kahwin dengan Irina, you mesti takkan bahagia. Jadi I mohon sangat dengan you. Tolong bagi I peluang kedua Anas. Kalau you dengan Irina boleh bahagia, macam mana I tak boleh bahagia sedangkan suami kita orang hanya orang yang sama." Panjang dia meluahkan apa yang terbuku di hati.
Keadaan berubah jadi tegang. Tak juga wanita itu menjemput Anas masuk ke dalam rumah. Pergaduhan mulut mereka masih lagi tak berhenti di pintu utama rumahnya.
“Jangan jadi bodoh Erinda. Kau tak perlu nak paksa aku untuk cintakan kau. Walaupun kau digelar isteri, tapi kau kena ingat. Yang kau hanya isteri PAKSAAN" tegas dia berkata dengan perkataan paksaan itu ditekankan.
Wajahnya diraup kasar sambil dia bercekak sebelah pinggang. Memejam matanya buat berapa saat sebelum dia kembali mengalih pandangan ke arah Erinda.
“Jangan ingat aku tak warning kau Erinda. Aku dah warning kau. Dan kau..jangan sesekali pecahkan rahsia ni..kalau Irina dapat tahu semua ni, siap kau!" Keras dia memberi amaran belum sempat dia meminta diri, terus badannya dipaling ke belakang.
Melihat itu cepat Erinda mengejar. Cuba menghalang Anas dari terus pergi.
“Tolong..tolong jangan buat saya macam ni Anas. Saya merayu sangat-sangat" air mata palsunya perlahan-lahan mengalir di pipi. Berharap agar lelaki itu termakan dengan pujukannya.
Lengan Anas cuba dicapai. Dan sekali lagi lelaki itu menepisnya. Tak juga kuat. Tapi cukup untuk dia terkesan atas segala kelakuan Anas. Namun hati masih lagi kental. Tetap juga dia ingin memiliki lelaki yang digelar suaminya ini.
Wajah Anas tetap membeku. Tegak berdiri sebelum dia mengorak langkah keluar dari halaman rumah yang begitu menyesakkan dadanya.
Tak mampu untuk dia menghalang, bayangan lelaki itu terus lenyap di saat badan Anas sudah membolos masuk di dalam kereta.
Tangan dikepal kuat. Air mata diseka kasar. Sakit hati? Ya, dia benar-benar sakit hati tika ini.
Kalaulah Irina didepannya, sudah pasti hancur wanita itu dikerjakannya. Habis merah padam muka Erinda menahan marah.
“Irina.." Nama wanita yang dibenci itu disebutnya perlahan. Gigi dikancing kuat.
Segala kemarahannya sudah memuncak naik. Dari dulu lagi dia bersabar dengan semua ni. Tapi apa yang aku dapat? Tiada! Langsung tidak dapat apa-apa.
~•~•~•~•~•
Tegang wajah Anas keluar dari bilik meeting setelah 2 jam berlalu. Nurul di sebelah juga sudah kecut perut melihat wajah Bossnya hari ini.
‘Apa kes ni? Tengku Anas Danial versi dulu dah datang balik ke? Oh my god!' Gumam Nurul sambil menundukkan wajahnya sedang kaki masih lagi mengikut jejak langkah Anas.
“Just follow me here" garau suara itu mengarah sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.
“Hah?" Terkebil-kebil Nurul mengangkat muka.
Tak menghiraukan wajah terkebil-kebil gadis itu dia terus mengorak langkah luas sebelum dirinya sudah selamat masuk ke dalam bilik.
Nurul tepuk dahi sendiri. Dah sah-sah Boss kau ni tak suka disoal dua kali tapi kau tanya juga. Aduhh..
Panjang lehernya mengintai bilik Anas sambil menyimpan senyum. Muka tegang pun tetap hensem. Haila, nasib suami orang.
Tekun lelaki itu menghadap komputer dengan serius. Sesekali dia menghirup air kopi yang dibuat oleh Nurul barusan.
Sebelah tangannya mengetuk pen di dahi mungkin untuk berfikir tentang kerja yang sedang dibuat. Sesekali dia berdecit geram seraya melipat lengan bajunya hingga ke siku. Wajah diraup kasar sebelum menyambung kerja semula.
Tak sedar dia akan kehadiran Ayden yang memasuki biliknya tanpa mengetuk pintu. Tersenyum Ayden sambil menarik kerusi perlahan-lahan di hadapan Anas bila melihat lelaki itu masih tidak menyedari kehadirannya.
‘Pap!' Lantas meja kerja Anas ditepuknya kuat dengan sergahan. Meledak tawa Ayden saat melihat muka cemberut Anas. Dapat didengarinya lelaki itu mendengus kasar.
“Nak apa?" Direct! Tanpa berbasa basi dia terus menyoal. Tiada masa nak bergurau.
“Ermm" Ayden garu kepala tak gatal sambil bergumam sendiri. Terasa hairah melihat wajah tegang Anas itu. ‘Hmm Anas versi dulu dah datang balik ke?'
‘Ehem!' Kuat dia berdehem cuba mengusir rasa sunyi namun lelaki itu masih tidak melayan. Terus dengan kerjanya menatap komputer bagai nak tembus.
“Lunch jom"
“Aku tak lapar."
“Kalau macam tu apa kata kalau kita keluar ambil angin kejap."
“Aku busy."
"Erm.." Mati kutu Aydan untuk menyoal lagi. Dia tahu Anas perlukan ketenangan waktu ini tanpa nampaknya lelaki itu masih lagi dengan kerjanya.
Berapa minit berlalu, keadaan masih sunyi. Sesekali lelaki itu memanjangkan leher mengintai di skrin komputer yang dari tadi tidak lepas dipandang Anas.
Satu apa pun memang dia tak faham buat kerja macam ni. Jadi niat ingin melawat Anas sekali pakej ajak lelaki itu keluar. Eh, alih-alih dia juga yang bosan.
Kalau ada kawan ramai tak apelah. Ni Haqeem sorang je kawan aku. Itu pun dia ada kerja sekarang ni. Haihh..
Lamunan pendeknya mati saat telinga mula terdengar akan panggilan telefon dari seluarnya. Segera tangannya menyeluk masuk ke dalam poket seluar lalu butang hijau diseret ke tepi tanpa melihat si pemanggil. Handphonnya dilekapkan di telinga sambil masih memerhati gerak-geri Anas di hadapan.
“Assalamualaikum Ayden." Ceria suara Irina di corong telefon sehingga Ayden automatik berdiri.
“Wa..waalikumussalam" balasnya perlahan. Dia berundur setapak sebelum membuka beberapa langkah menyandarkan badannya di dinding.
“Awak free tak? Jom lunch. Nadia dan Qis tak boleh join lah. Diorang ada hal."
“Hah?" Terpinga wajah Ayden mendengar ajakan Irina. Sekilas dia melihat seraut wajah Anas yang masih tegang sambil berfikir mencari idea.
“Awak..free tak?" Soal Irina sekali lagi apabila tiada balasan dari lelaki itu.
“Aaa ye. Sa..saya free sekarang ni" jawabnya masih lagi was-was dengan jawapan sendiri.
“Kita jumpa dekat cafe berdekatan hotel Anas je lah ye." Cepat dia membuat keputusan sebelum Irina berkata.
“Owh, okey. Jumpa dekat sana. See you. Bye"
“Bye"
‘Tut!' Panggilan dimatikan. Dia mengemam bibir sendiri sambil berpeluk tubuh.
Otak masih lagi ligat berfikir tentang mereka berdua.
‘Kenapa Irina ajak aku lunch hari ni tapi bukannya Anas. Jangan-jangan...mereka bergaduh? Tapi pasal apa? Patutlah muka si Anas ni tegang semacam je.'
Malas ingin mengambil peduli lagi, dia terus memusingkan tubuh bersiap sedia ingin keluar dari bilik itu.
Baru sahaja tangannya ingin membuka pintu, tiba-tiba kedengaran suara Anas menghalang membuatkan dia lambat-lambat memalingkan semula tubuh ke belakang.
Kelihatan lelaki itu telahpun bangun dari duduk sambil menyusun fail yang berteraburan tadi lalu diletakkan di tempat yang sepatutnya.
Kot baju yang disangkutkan pada badan kerusi kerjanya itu diambil lalu memakainya.
Dia mula berjalan mendekati Aydan yang dari tadi hanya memerhati gelagatnya.
Aydan angkat kening sebelah memandang ke arah Anas yang seperti memandangnya tidak puas hati.
Lelaki itu tayang riak wajah yang kosong. Tiada senyuman mahupun wajah itu tegang.
Kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar sebelum lelaki itu berbisik sesuatu yang betul-betul di telinga Ayden.
“Dia isteri aku Ayden. Kau tak perlu nak keluar dengan isteri orang sedangkan dia dah ada suami." Tak tegas suara itu berkata namun dia tahu disebalik kelembutan kata-kata Anas itu pasti ada ketegasan.
”A..aku cuma.."
Tak sempat dia mahu menghabiskan bicaranya, Anas terlebih dahulu membuka pintu bilik itu. Menonong dia keluar tanpa sempat Ayden menghabiskan bicaranya.
Ayden menggeleng kepala sendiri seraya mengeluh perlahan.
Pasti ada sesuatu yang tak kena ni..
~•~•~•~•~•~•~•
“Err.." Garu kepala Irina dibuatnya apabila melihat Ayden yang dijemput itu rupa-rupanya dia pergi ajak si Anas ni sekali. Aduh..
“Dah makanan ke belum?" soal Ayden yang baru mengambil tempat duduk. Dan wanita itu hanya balas dengan anggukan.
Dah terang-terang ada cupcake depan dia ni mesti dah ambil order. Satu biji cupcake disuakan ke dalam mulutnya.
Sedaya upaya dia cuba manahan diri agar bersabar. Anas yang duduk berhadapan dengannya masih tidak dapat mengalih perhatian dari menatap seraut wajah yang cantik itu.
“Anas, kau order apa?" Soal Ayden kepada si Anas pula sambil memerhati menu di atas meja.
“One hot coffee" balasnya dengan suara tanpa nada. Tepat memandang wajah cantik sang isteri di hadapan.
Ayden hanya mengangguk. Kembali berdiri semula lalu berjalan ke arah kaunter untuk membuat pesanan.
Tinggallah mereka berdua di meja makan itu. Walaupun keadaan terasa seperti janggal namun Irina tetap mengawal riak biasa.
Sengaja dia memandang sekeliling sambil menyumbat lagi separuh cupcake ke dalam mulutnya.
Anas yang memerhati mula mengeluh perlahan. Lidahnya menolak bahagian dalam pipinya.
“Masih merajuk?" soalnya perlahan. Berharap agar Ayden akan datang lambat. Bolehlah dia slow talk dengan Irina walaupun tika ini masa tidak mengizinkan.
Gadis itu hanya diam. Jujur dia langsung tidak merajuk tapi lebih kepada kecewa. Takut andai dia akan berkongsi suami yang dia cintai. Takut hati Anas akan beralih pada orang lain.
Memikir tentang itu dia hanya menahan sebak di dada. Kenapa dia begitu takut ditinggalkan? Ahh..
Tak mengendahkan lelaki itu terus dia menyuap cupcake yang terakhir. Menyesal pula ajak Ayden lunch kalau dia pergi bawa sekali sepupunya ini.
“Irina..please.." terus dia mencapai tangan itu lalu digenggamnya erat. Gadis itu berkeras minta ingin dilepaskan namun genggaman tangan Anas yang kuat itu buat dia hanya pasrah.
“Apa awak nak lagi Anas" penuh malas dia berkata. Entah kenapa dia tiada mood untuk menatap wajah Anas sejak kejadian malam itu.
“Kita..."
“For you." lantas bicara Anas mati bila dilihatnya Ayden sudah mengambil tempat duduknya semula lalu disua coffee yang dia pesan tadi kearahnya.
Cepat saja Irina melarikan tangannya bila melihat Anas sudah seperti tidak suka dengan kehadiran Aydan.
Sekali lagi lelaki itu mengeluh. Ayden memang suka buat hal. Tak boleh tengok orang senang langsung. Coffee itu dihirupnya perlahan yang sedari tadi tekaknya terasa kering. Kepala ditunduk ke bawah sedar akan kesilapannya itu.
Ayden yang masih tidak tahu apa-apa hanya menumpukan pada makanannya. Nampak macam dah tak makan setahun dah si Ayden ni. Lapar sangat gamaknya.
“Err..wait a minute, saya nak pergi toilet." pinta wanita itu secara tiba-tiba.
Anas yang sedari tadi menunduk terus mengangkat muka. Serta merta dirinya dihambat rasa cemburu apabila melihat wajah kesayangannya itu hanya berpaling ke arah Ayden dan hanya bercakap dengan lelaki itu sahaja. Ini tak adil!
Melihat riak Anas itu dia simpan senyum sinis. Tahu lelaki itu cemburu. Tapi apa dia kesah..dia lebih cemburu dari itu.
~•~•~•~•~•~•
“So nice mummy. Thanks you so much" ucap Erinda selepas melihat semula isi paper beg yang dijinjitnya itu lantas lengan Datin Suhaila dipeluk kemas sambil mereka masih berjalan menuju ke kereta.
Melihat itu Datin Suhaila simpul senyum dengan menggosok lengan menantunya.
“You know what...baju yang kita beli tadi keluaran terbaru tau. And kita first customer yang beli tadi. Erin patut beruntung." bicara Datin Suhaila pula dengan gembira. Gembira dapat bershopping sakan dengan si Erinda.
“Ya, I know..and thanks sebab belanja Erin hari ni. I'm so happy."
“If Erin happy, mummy pun happy tau." balas Datin Suhaila lagi. Dan akhirnya mereka sama-sama ketawa.
Saat mereka baru sahaja hendak melintas jalan setelah tawa mulai reda, tanpa sengaja kepala Erinda berpaling ke arah sebuah cafe dimana matanya tertancap pada sebuah meja.
Ya, meja dimana Anas dan Ayden sedang menjamu selera.
Lantas dia mencuit lengan Datin Suhaila di sebelah yang masih lagi tidak perasan.
“What Erinda?" tanya Datin Suhaila turut berpaling. Namun mata masih lagi tidak mampu melihat kedudukan Anas.
“Mummy cuba tengok kat sana." jarinya menujuk ke arah meja yang diduduki oleh Anas. Memandangkan dinding cafe itu adalah kaca jadi senang untuk dia melihat tentang keberadaan Anas dari dalam.
Wanita itu mengecilkan matanya sambil mencari apa yang ditunjukkan Erinda. Saat matanya sudah tertancap pada manusia yang cukup dikenalinya lantas dia mengheret lengan Erinda menuju ke sana.
“Eh mummy. Mummy nak pergi mana ni?" terkejut Erinda dengan tingah mak mertuanya namun dia ikuti saja. Tapi dalam masa yang sama dia sudah dapat mengagak apa yang akan dibuat oleh wanita ini. Tanpa sedar bibirnya kuntum senyum. Cepat sangat ya bertindak.
Perlahan kakinya melangkah ingin menunju ke arah meja makanan itu semula setelah kembali ke tandas.
Meja mereka yang hanya tinggal beberapa langkah saja lagi buatkan langkahnya terus terhenti. Tunak matanya memandang ke arah dua figura yang sedang berbual dengan Ayden dan Anas.
Sakit hatinya melihat tempat yang diduduknya barusan itu telah di ambil Erinda.
Lantas tubuhnya dipaling ke arah lain lalu dibawa menyandar ke dinding yang sedikit tertutup dari orang ramai.
Tangab dikepal kuat. Sakit hatinya belum reda lagi dengan Anas malah lagi menyakitkan melihat muka sok alim si Erinda. Dia benci dengan wanita itu. Entah lah disebakan kenapa. Tiada alasan untuk dia ungkapkan mengenai Erinda kerana hatinya telah membenci wanita itu tanpa sebab.
‘Ahh!' berat keluhan dilepaskan.
Dia harus kuat. Dia tidak akan menyerah di awal permainan ini. Dia harus lawan jika sesiapa yang cuba menentangnya.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Rambutnya terjuntai itu diselit ke belakang telinga.
Berjalan dia penuh bergaya ke arah mereka dengan senyuman manis di bibir seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Tempatnya yang diambil Erinda itu hanya dia pandang sekilas. Mengambil terus tempatnya di hujung meja yang masih kosong.
“You pun ada sekali?" soal Erinda seperti tidak senang dengan kehadiran Irina.
“Of course saya kena ada sekali Cik Erinda." bidas Irina dengan panggilan sehabis hormat. Heh! Baru kau tahu yang aku ni sopan santun orangnya.
Erinda hanya membalas dengan anggukan lalu senyuman palsu dihadiahkan.
Datin Suhaila yang turut tidak menyenangi kehadiran Irina itu juga menjeling tajam ke arah menantunya. Eh menantu ke? No! Hanya menantu di atas kertas.
“Aunty dari mana ni?" tanya Ayden setelah berdiam diri. Sesekali matanya mengerling ke arah Irina seperti menahan marah. Jelas dari riak wajah gadis itu yang Irina pasti tidak suka dengan mereka berdua ini.
Mendengar soalan Ayden itu dia kuntum senyum. Susah untuk tafsirkan senyuman itu ikhlas atau ada udang di disebalik batu. Good question Ayden.
“Dari butik kawan aunty tu. Dia ada keluaran tudung terbaru tau. So dah alang-alang mummy ajak Erin keluar ni kita orang singgah la dekat situ sekali. Design tudung tu memang amazing sangat-sangat. Sesuai sangat dengan Erin." panjang lebar pula dia menjawab. Sekilas dia memandang wajah Irina, sinis.
“Taklah macam perempuan tu. Tudung pun entah ke mana. Rambut tu memang sengaja dibiar lepas. Nak sangat lelaki pandang rambut dia. Tak tahu dosa pahala. Yang kena tanggung dosa tu suami dia. Bukannya dia. Memang jauh berbeza dengan Erinda." sinis Datin Suhaila membalas. Masih lagi nak cari gaduh.
Berasap telinga Irina yang mendengarnya. Dia tahu apa yang dikatakan pada wanita itu mesti ditujukan padanya. Dasar perempuan tua tak sedar diri! Ha kan termengata dah.
Anas dan Ayden yang turut mendengar bicara wanita itu juga lantas mengalih wajah ke arah Irina. Dia tahu yang wanita itu pasti terasa.
Erinda sembunyi senyum sinis. Good mummy good. Go ahead! Teruskan!
Masih tak mahu hentikan lagi biacara sinisnya pada Irina dia teruskan lagi. Nak tengok sejauh mana kesabaran perempuan itu yang hanya acah baik di hadapan semua orang. Dasar hipokrit!
“Ni mesti mak bapak tak reti nak ajar anak. Dah tahu dah benda tu wajib kena tutup aurat kenapa nak dibiarkan lepas. Mak jenis yang bertudung, anak-anak pula takde sorang pun yang pakai tudung. Lagi-lagi bila jenis adik beradik kaki kelab. Memang mudah sangat terpengaruh. Lain kali..."
“Stop it!" mendadak dia bangun berdiri sekaligus memberhentikan kata-kata Datin Suhaila.
Dia memang sudah hilang sabar. Kalau perempuan tua ni nak selitkan keluarganya sekali memang dia takkan bersabar.
Wajahnya diangkat. Cuba untuk mencari wajah Anas berharap lelaki itu akan melindunginya. Malah Anas hanya berdiam diri. Langsung tidak buka mulut walau sepatah.
Kecewa dia melihat tingkah Anas. Nampaknya dia sendiri yang akan pertahankan haknya.
Baru sahaja mulutnya ingin dibuka, tiba-tiba sahaja Ayden turut bangun berdiri. Tak jadi dia untuk melawan kata-kata Datin Suhaila barusan.
“Aunty tak patut hina Irina macam tu aunty. If Irina tak bertudung pun kita tak boleh hina dia tapi sebaliknya kita kena nasihatkan dia. And tolong jangan bandingkan Irina dengan sesiapa pun. Mummy jangan anggap Erinda ni dah sempurna di mata mummy sebab dalam dunia ni tiada seorang pun yang sempurna mummy." Sungguh dia tiada niat untuk biadap pada orang tua. Tapi nampaknya Datin Suhaila sudah lebih-lebih. Salahnya juga kerana bertanya soalan yang dianggap tidak menyakitkan hati orang lain.
Usai itu dia terus menarik tangan Irina keluar. Dia tidak boleh berdiam diri. Biar dianggap dirinya kurang ajar. Memang dia tidak boleh terima bila Irina dihina.
Terdiam dan terharu Irina melihat Ayden di hadapannya. Sungguh..di saat ini Ayden lah lelaki yang terbaik.
Sedangkan Anas suaminya pun tidak sanggup melindunginya tapi Ayden?
Ah..sungguh membuatkan hatinya berbelah bahagi diantara terharu dan kecewa. Terharu disebabkan lelaki ini mempertahankan. Tapi kecewa disebabkan bukan Anas yang mempertahankannya.
Adakah...mummy yang menghinanya jadi Anas perlu hormat wanita itu sebagai ibu? Tapi perlukah hanya berdiam diri sahaja?!
Sakit hati dia mengenang sikap Anas itu. Dia memang...
Lelaki yang pengecut!
Sorry for late update (T_T)..jangan kecam Mira tau..kalau nak kecam jugk sila kecam si Erinda and perempuan tua tu hahaha >.<
Share this novel
update cepatttt sblm Sye pergi rumah awk, sye yg tolg tuliskan, awk bgi ayattt ???
update lagi pleaseeee best sangat nihhhh
next