DPH 4 - PERTEMUAN SECARA TIDAK SENGAJA

Romance Series 33468

“Dato, boleh kita mulakan majlis?" soal Zaquan selaku pengacara di dalam majlis itu.

“Kejap je lagi. Kita tunggu Tengku sampai dulu"

“Tapi tetamu dah ramai datang"

“Awak buatlah apa yang patut. Yang penting, kita tunggu Tengku sampai dulu baru kita boleh mulakan majlis"

Zaquan mengangguk.

“Saya minta diri dulu" ujar Zaquan sebelum dia berlalu pergi dari situ.

Dato Mukhriz masih tidak senang duduk. Mana Tengku ni. Takkanlah dia tak jadi datang.

~•~•~•~•~•

Irina memberhentikan keretanya di bahu jalan. Pintu kereta dihempas kuat sebaik sahaja dia keluar dari kereta itu.

Dia berdecit geram. “Kenapalah, time ni jugak dia nak pancit. Alahh macam mana ni?"

Dia mundar mandir di situ. Sesekali matanya beralih pada jalan raya di hadapannya. Takkanlah takde sorang nak tolong aku ni.

Anas memperlahankan keretanya sebaik sahaja dia melihat sebatang figura yang berdiri di bahu jalan itu.

Matanya dikecilkan. “Tu bukanke perempuan yang Aydan cakap ke? Dia buat apa kat situ?", malas ingin membuang masa, cepat sahaja keretanya membelok ke kiri dimana kereta Irina berhenti disitu.

Anas turun dari kereta. Dia berjalan mendekati Irina.

“Kereta kau ni rosak ke?"

Cepat-cepat Irina berpaling.

“Awak ni sapa?"

Dia mengangkat kening sebelah. Ada jugak perempuan yang tak kenal aku ni sapa.

“Anas. Panggil aku Anas je. Kereta kau ni kenapa?"

Irina merungut. “Tayar pancitla."

“Kau nak pergi dekat Hotel Brightest Star ke?"

“Ma..macam mana awak tahu?" soal Irina tidak percaya. Lelaki ada kuasa boleh baca fikiran orang ke apa.

“Jom ikut aku" ajak Anas cuba untuk meraih tangan Irina. Irina cepat-cepat menepisnya.

“Nak pergi mana?"

“Hotel Brightest Star lah"

“Tak nak"

Anas diam. Dia merenung Irina tepat. Dialah perempuan pertama yang menolak ajakan aku. Selalunya kalau perempuan lain belum aku ajak lagi, dia dah masuk dalam kereta. Mhm betul lah kata Aydan. Dia berbeza dengan perempuan lain. Tapi jangan percaya sangat. Perempuan ni kan pandai berlakon.

“Habistu, kau nak duduk sini sampai esok?"

“Macam mana saya nak ikut awak. Saya pun tak kenal awak"

“Haish, kau ni. Kan aku dah cakap. Nama aku Anas. Kau dah kenalkan aku? So, ikut jelah aku" tanpa banyak cakap dia menarik tangan Irina supaya masuk ke dalam keretanya.

“Tapi...kereta saya?"

“Bak sini kunci kereta kau"

“Hah?"

“Kunci kereta"

Irina memberikan kunci keretanya kepada Anas. Anas menyambut.

“Nanti aku suruh diorang ambil kereta kau. Dah masuk"

“Tak. Saya takkan masuk selagi saya tak tahu awak ni siapa?"

Anas mendengus geram. Banyak tanyalah perempuan ni. “Kau memang banyak tanyalah. Kau tak payah risau. Takdenya aku nak culik kau. Cukup je yang kau tahu aku ni sepupu Aydan"

“Hah? Sepupu Aydan?"

Anas mengangguk. “Masuk cepat la"

Nak tak nak, Irina terpaksa masuk juga ke dalam kereta Anas. Memang suka paksa orang lah dia ni. Tapi jauh di sudut hati, dia berasa lega kerana ada jugak orang yang sudi hantarkan aku walaupun aku masih ragu-ragu lagi dengan mamat korea ni. Eh, tapi dia orang korea ke? Kalau tengok dari luar memang nampak macam korea. Dahlah kulit putih. Bibir dia pun nampak merah. Tapi mana tahu kan, kot-kot dia pakai lip balm ke? Orang zaman sekarang mana boleh percaya sangat.

Anas juga turut membolos masuk ke dalam kereta. “Kau ada nombor fon?"

“Buat apa?" soal Irina hairan. Ni dah lebih dah ni. Sampaikan minta nombor fon bagai.

“Kau ni memang lembab kan. Of course lah aku kena ada nombor fon kau. Nanti senang lah aku nak call kau bila kereta kau tu dah siap"

“Oh. Kejap"

Irina mengeluarkan kertas dan pen dari begnya. Nombor telefonnya ditulis disitu.

“Nah"

Anas menyambut walau matanya tidak memandang ke arah Irina.

Suasana di dalam kereta, sangat sunyi bila masing-masing memilih untuk berdiam diri.

Tiba-tiba telefon Irina berdering. Irina melihat nama si pemanggil. Dia telan liur apabila nama ‘Kak Lia' di skrin telefonnya. Alamak.

Akhirnya, Irina meilih untuk tidak diangkat. Alah, pandai-pandailah aku bagi alasan apa nanti.

Anas menoleh ke arah Irina kejap. “Kenapa kau tak jawab?"

“Err, tak penting pun"

“Mana kau tahu tak penting? Tak pasal-pasal tu benda penting. Angkatlah" arah Anas tegas seperti diktator.

Irina jeling. Suka-suka je dia nak arahkan aku.

Terpaksa juga Irina mengangkat panggilan itu.

“Eh, jap. Buka loud speaker. Aku nak dengar"

Irina membuntang biji mata. Dia nak dah kenapa, nak sibuk pula pasal aku?

“Kenapa?"

“Buka jelah"

Irina kancing gigi. Lambat-lambat, dia terpaksa juga buka loud speaker. Hanphonnya didekatkan pada telinganya.

“He..hello?"

“Kau kat mana ah? Semua orang dah ada dah ni. Kau memang suka kan menyusahkan semua orang."

“Ta..tak.. Bukan macam tu"

“Ke, kau tengah beli baju baru? Ye lah kan. Baju kau tu kan dah koyak"

“What?! Akak ke yang koyakkan baju Irina tu?" Irina menahan air mata dari gugur. Geram je aku nak tumbuk-tumbuk muka kakaknya itu. Sabar Irina sabar. Ingat sikit yang ada orang tengah perhatikan kau.

Anas kerling Irina disebelahnya. Dia melihat di tubir mata Irina yang ada cecair jernih di situ.

Walaupun dia tidak tahu apa-apa, tapi dia dapat mengagak yang menelefon Irina ialah kakaknya. Dan mungkin, ada yang tidak kena diantara mereka.

“Not me. Tapi aku rasa Sara. Kau faham-faham lah kan dia tu macam mana."

Klik!

Irina terus menutup panggilannya dengan Aulia. Tangannya menggenggam penumbuk.

Cepat-cepat telefonnya disimpan ke dalam beg slingnya apabila melihat kereta Anas sudah berhenti.

Anas memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan Hotel Brightest Star yang berdiri gah itu.

Mereka sama-sama keluar dari perut kereta. Irina memandang Anas begitu juga Anas memandang Irina. Pandangan mereka berataut. Irina cepat-cepat memalingkan mukanya ke arah lain.

“Err, walaupun saya tak kenal awak siapa dan saya tak pernah pun jumpa awak, tapi terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong saya. Saya pergi dulu" ucap Irina sebelum dia berlalu pergi.

Anas tidak berkata apa-apa, dia hanya mengangguk kepalanya sahaja. Baru sahaja Anas ingin menutup pintu kereta, matanya tertancap pada beg sling Irina yang diletakkan di tengah-tengah handbrake itu.

Dia tersenyum kecil.

“Clumsy betul perempuan ni"

~•~•~•~•~•

“Ma, sorry Irina lambat sampai. Tayar pancit tadi" Irina memberi alasan. Eh, tapi bukan alasan. Memang kenyataan yang tayar keretanya pancit tadi.

“Kamu okey ke Irina?" soal Dato Mukhriz.

Irina angguk kepala.

Datin Khatijah pandang Irina atas bawah.

Irina tayang muka blur. Dah agak dah. Mesti kena soal siasat dengan Mamanya kejap lagi.

“Kenapa pakai blouse ni?"

“Err, baju tu hilang"

“Hilang? Macam mana boleh hilang?"

“Mhm entah. Mungkin baju tu ada kaki". Bagus Irina. Alasan yang paling mengarut. Ada kaki? Tak pernah lagi aku jumpa baju yang ada kaki.

Datin Khatijah menggeleng.

“Takpelah. Asalkan warna merah."

“Tu, Tengku dah sampai" celah Dato Mukhriz sambil matanya dihalakan ke arah Anas.

Datin Khatijah dan Irina serentak berpaling.

Irina membulatkan matanya. What?! D..dia ni ke Tengku?

Masuk sahaja Anas di dalam hotel itu, semua wanita tertumpu ke arahnya. Ada juga anak-anak dato berteriakan bagai terkena histeria.

Anas berjalan ke arah Dato Mukhriz. Ketika itulah, Aulia dan Sara datang mencelah.

Sara menolak badan Irina supaya wanita itu dibelakangnya.

Irina buat rolling eyes. Gediknya!

“Kak Sara" panggil Irina separuh berbisik. Dia hendak tahu, kenapa Kakaknya itu sanggup merosakkan bajunya.

Sara terpaksa berpaling menghadap Irina. Matanya tajam memandang gadis itu.

Dia memegang pergelangan Irina kuat sehinggakan Irina mengerang kesakitan.

Tangan Irina ditarik supaya Irina mengekori langkahnya.

“Kau nak apa?" soalnya kasar. Kini, mereka berada di belakang bangunan Hotel Brightest Star.
Irina menggosok pergelangan tangannya. Kepalanya didongak memandang tasik yang luas itu. Baru aku tahu yang belakang bangunan hotel ni ada tasik rupanya.

Dia kembali menghadap kakaknya.

“Kak Sara kan yang rosakkan baju Irina?"

Sara ketawa sinis.

“Why? Lagipun kau tak sesuai langsung pakai baju tu. Salahke kalau aku buat macam tu?"

“Akak jahat. Apa yang akak tak puas hati lagi dengan Irina hah?!"

“Kau nak tahu sebab apa? Sebab kau ni menyusahkan. Aku dan Kak Lia akan buat hidup kau merana sampailah kau betul-betul putus asa dalam hidup ni dan kau akan keluar dari keluarga ni."

Mendengar itu, Irina jatuh terduduk. Ta..Tak mungkin.

Air mata yang ditahan selama ini, akhirnya tumpah juga.

“Sa..sampai hati Kak Sara buat macam ni kan?"

Sekali lagi kedengaran tawa sinis dari Sara.

“Aku takkan buat macam ni, kalau kau tak hidup dalam dunia ni. So, sapa yang salah?"

Irina bangun.

Dia menarik kuat baju Sara. Melihat itu, Sara membuntang biji mata. Berani dia sentuh baju aku.

Sara menolak Irina sekuat hati. Plaster yang elok ditampal di dahi Irina itu, dibukanya kuat buat kali kedua.

Irina jatuh terjolopok. Dia memegang dahinya yang terasa perit.

“Don't play with fire, Irina. Later you will also suffer", Sara berlalu dari situ. Meninggalkan Irina yang menahan kesakitan.

Air matanya tidak henti-henti mengalir. Tangan kanannya menutup di atas luka itu. Dapat dia rasakan, yang darah mula mengalir.

“Arghh'' tempiknya kuat. Cuba untuk menghilangkan rasa amarahnya.

“Sampai hati..sampai hati Kak Lia dan Kak Sara buat macam ni. Hina sangat ke Irina ni?" rintihnya perlahan.

Tanpa dia sedar, seseorang telah menyaksikan pergaduhannya dengan Sara itu.

“Cik, cik okey ke?" seorang pekerja hotel itu, datang menolong Irina bangun berdiri. Sebenarnya, dia mendengar tempikan seseorang dari sini. Jadi dia cuba untuk melihatnya. Tengok-tengok, dia melihat seorang perempuan yang jatuh terduduk di atas rumput.

“Sa..saya okey"

“A..anak Dato Mukhriz kan?" soal wanita itu separuh terkejut.

Irina hanya menganggukkan kepalanya.

“Biar saya hantar cik dekat bilik rawatan"

Badan Irina dipapahnya. Irina tidak membantah. Dia hanya ingin lukanya itu ditampal dengan plaster cepat.

~•~•~•~•~•

“Cik okey?" soalnya penuh prihatin. Plaster sudah ditampal semula di atas dahi Irina. First aid disimpannya di tempat asal.

Irina hanya mengangguk. Dia bangun berdiri. Blouse yang dipakainya itu, diperhatinya. Nasib baiklah tak kotor baju aku ni.

Ahh geramnya aku dengan dia tu!! Nak je aku cili-cili muka Sara tu. Tapi nak buat macam mana? Aku mana boleh lawan dengan Sara tu.

“Saya pergi dulu. Terima kasih sebab rawat luka saya"

Wanita itu hanya mengangguk. Matanya memerhati bayang Irina yang semakin hilang dari pandangan.

Dari jauh lagi, kelihatan semua orang sedang khusyuk mendengar ucapan dari Papanya.

Irina berjalan perlahan ke arah tempat duduk yang kosong. Rambutnya ditarik sedikit agar menutupi plaster itu.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi. Disebelah kirinya, ada seorang lelaki yang boleh tahan hensem juga. Mhm mungkin anak dato.

Disebelah kanannya pula kosong. Mana dia ah? Ahh lantaklah.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia mengeluh perlahan. “Mana beg aku? Alahh, takkanlah tertinggal dalam kereta mamat tu pulak" dia tepuk dahi sendiri.

Lelaki disebelahnya, berpaling ke arah Irina yang kelihatan gelabah itu.

“Are you okey?"

Irina angkat wajahnya.

“Sa...saya okey", dia mengawal sedikit riak wajahnya itu. Mesti lelaki itu nampakkan yang aku tengah gelabah tadi.

“Anak dato Mukhriz kan?"

Irina hanya menganggukkan kepalanya.

“Maafkan saya. Boleh saya jemput Cik Irina untuk naik ke pentas?" soal lelaki yang berdiri di hadapan Irina.

Irina mengangguk.

“Boleh ikut saya"

“Excuese me" ucap Irina sebelum dia mengikuti langkah lelaki itu dari belakang.

Lelaki itu hanya menghadiahkan senyuman sahaja.

“Kami dipersilakan menjemput anak kepada Dato Mukhriz untuk naik ke pentas!" bergema satu Hotel itu mendengar suara pengacara majlis itu.

Semua orang bersorak dan bertepuk tangan. Mungkin sudah tidak sabar untuk menyaksikannya.

“Kami dipersilakan. Aulia Mikayla sebagai anak pertama kepada Dato Mukhriz"

Aulia berjalan ke arah pentas. Semua mata tertumpu ke arahnya. Aulia hanya sekadar menguntum senyum. Tetamu-tetamu juga hanya sekadar menepuk tangan sahaja.

“Dijemput pula, Sara Marina sebagai anak yang kedua kepada Dato Mukhriz"

Sara naik ke pentas dengan lenggoknya. Ada juga yang bersorak dan menguntum senyum ke arah Sara. Sara juga dibalas dengan senyuman.

“Akhir sekali, kita menjemput Irina Mitilda sebagai anak bongsu kepada Dato Mukhriz"

Naik sahaja Irina ke atas pentas, kedengarana ramai memanggil namanya. Semua tetamu berdiri dan matanya tertumpu ke arah Irina.

Irina tidak membalas apa-apa. Bukannya dia sombong. Tapi dia tahu, dengan ramainya orang menyokongnya, pasti kejap lagi Aulia dan Sara tidak puas hati.

Serentak itu, mereka sama-sama menunduk sekadar memberi tanda hormat dan berjalan turun dari pentas.

Irina cepat-cepat turun dari pentas. Bukan apa, mesti ramai orang yang akan memintanya tanda tangan. Dan itu membuatkan Irina rimas.

Dia berjalan di sekitar kolam renang di hotel itu. Kedengaran air kolam itu, membuatkan dadanya semakin tenang. Hilang sudah kesakitan yang dia tanggung selama ini. Tapi dia tidak pasti. Adakah kesakitan itu, akan dia tanggung sampai bila-bila atau buat sementara waktu sahaja?

Dia merenung air di dalam kolam itu. Nampak tenang sahaja. Tiba-tiba matanya menangkap bayangan wajah Aydan dari air kolam itu.

Cepat-cepat dia berpaling ke hadapan.

Aydan kuntum senyum.

“A..aydan? Awak buat apa dekat sini?"

“Jumpa awak"

“Jumpa saya?"

“Sebenarnya saya kena pergi Penang. Tapi cancel sebab papa saya kata dia nak pergi sorang-sorang pulak. Sebab tu saya datang sini"

“You look so beautiful!" pujinya ikhlas. Memang dia terpegun dengan kecantikan wanita itu. Cuma sayangnya, dari wajah wanita itu tiada lansung seri. Dia faham. Mungkin Irina sedang menanggung derita saat ini.

“Thanks"

Rambut Irina yang menutupi wajahnya itu, Aydan selitkan ke belakang telinga. Senyuman serta merta mati apabila melihat ada plaster yang ditampalkan pada dahi itu.

“Kenapa dengan dahi awak tu?"

“Hah? Dahi saya?" Irina kembali menutup rambutnya.

“No, saya nak tengok" Dia menyelitkan kembali rambut Irina ke belakang telinga.

“Err sikit je ni. Terhantuk dinding"

“Terhantuk dinding ke kakak awak yang buat?" duga Aydan. Kedua belah bahu Irina dipegangnya kejap.

“T..tak terhantuk dinding je ni"

“Are you sure?"

“Yes"

Dia mengeluh berat. Dia pasti itu mesti angkara kakak Irina. Dia sendiri pun pelik dengan sikap Irina. Walaupun kakaknya itu selalu menyakitinya, tapi dia masih lagi ingin mempertahankan kakaknya itu. Mungkin itulah sifat Irina yang tiada pada wanita lain.

"Okey. Jom pergi makan", dalih Aydan bertukar mood gembira. Dia menarik tangan Irina supaya berjalan di sebelahnya. Irina hanya menurut sahaja.

~•~•~•~•~•

Selepas siap makan, semua tetamu mula beransur pulang.

Ada juga yang mengucapkan tahniah kepada Papanya. Irina tidak ambil kisah pasal tu. Lagipun aku mana minat sangat pasal syarikat-syarikat ni.

Aulia awal-awal lagi sudah balik ke rumah. Dia pun tidak berapa minat sangat dengan majlis seperti ini.

Aydan pun begitu. Tadi, dia terpaksa pulang ke rumahnya kerana dia perlu menjaga Ibunya yang sedang demam. Katanya, dia tidak berapa harapkan bibik di rumahnya untuk menjaga ibunya. Dan sebab itu, dia terpaksa pulang awal.

Sara? Hmph jangan dicakaplah. Dimana ada Anas, disitu ada Sara. Asyik berkepit je 24 jam. Tapi beli tengok dari riak wajah Anas pun, dia sendiri nampak yang lelaki itu tidak suka dengan Sara yang asyik berkepit je dengannya. Tapi nak buat macam mana kan? Dah Sara tu peminat dia. Aku yang tengok ni pun, rasa nak muntah.

“Papa, jom balik" rengek Irina manja. Manja? Haha memang Irina ni manja sangat dengan Papanya. Maklumlah, anak bongsu kan.

Dato Mukhriz menggosok kepala Irina lembut. “Nak balik? Kejap. Papa nak jumpa dengan Tengku dulu. Jom" ajak Papanya.

Nak tak nak Irina terpaksa juga mengikut langkah Papanya.

Dato Mukhriz menguntum senyum sebaik sahaja melihat Anas yang sedang berjabat tangan dengan tetamu-tetamu yang datang.

Anas berpaling.

“Tengku, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi sediakan majlis ni. Tengku dah banyak bantu saya"

“Takpe Dato. Saya tak kisah pun macam tu" Sesekali Anas kerling Irina di sebelah Dato Mukhriz. Kenapa aku tengok muka perempuan ni macam tak puas hati je?

“Kalau macam tu, saya minta diri dulu Tengku. Lagipun dah lewat malam dah ni."

Anas hanya mengangguk. Mereka bersalaman kejap.

“Sara jom balik" ajak Dato Mukhriz. Dia geleng kepala sendiri bila melihat anaknya asyik berkepit aja dengan Anas. Bukannya dia tak nampak, tapi dia hanya butakan mata aja.

Sara tarik muncung. Dengan perasaan separuh merajuk dia keluar juga dari bangunan hotel itu diikuti oleh Dato Mukhriz.

“Where mg handbeg?" soal Irina melulu. Tangannya menunding tepat ke arah wajah Anas.

“Oh, your handbeg?"

Anas tarik tangan Irina. Irina membulatkan mata. Suka-suka je pegang tangan orang.

Sampai di keretanya, dia membuka pintu kereta. Irina hanya memerhati sahaja tingkah laku Anas.

“This" Anas menghulurkan beg Irina kepada wanita itu. Irina menyambut.

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, tiba-tiba tangan Anas memegang erat tangannya. Irina kaku disitu. Dia berpaling menghadap Anas.

“So clumsy" ucapnya sebelum pergelangan tangan Irina dilepaskan.

Irina ketap bibir geram. Dia cakap aku apa?! Clumsy. Huh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience